22 September 2005

Bersama Mewujudkan Masyarakat Aktivis.
++ Anarkis? Komunis? Sosialis? Humanis? Feminis? Leftis? Liberalis? Anarko Sindikalis? Situasionis? _________is (isi kan tempat kosong tersebut dengan segala macam idealogi aktivisme yang kamu tahu). Aku sering mengidamkan suatu keadakan dimana seluruh masyarakat bumi ini adalah bernaung dibawah satu label sahaja, dan aku rasa ianya tidak mustahil untuk wujud, iaitu: MASYARAKAT AKTIVIS.


Kerja Yang Tak Pernah Sudah.
8.30 pagi :- masuk perjabat
1.00 tengah hari :- waktu rehat
2.00 petang :- waktu rehat tamat dan kembali masuk pejabat
5.30 petang:- waktu pulang
7.00 malam :- selamat sampai ke rumah (bergantung kepada keadaan jalan raya)
8.30 malam :- waktu bersosial bersama keluarga/teman-teman
12.00 malam :- masuk tidur
6.00 pagi :- bangun dan menyiapkan diri untuk ke pejabat.
7.00 pagi :- bergerak ke pejabat
(seterusnya ulang semula dari atas)

Inilah rutin kehidupan harian aku. Bukan aku yang tentukan rutin kehidupan ini, tetapi aku hanya mengikut apa yang telah ditetapkan (oleh Kerajaan). Mahu tidak mahu, hanya ini pilihan yang aku ada. Dan aku tidak punya banyak masa untuk menentang segala keburukan yang dilakukan kerajaan pemerintah. Bukan hanya aku sahaja, malah kawan-kawan aku juga begitu. Makanya, rutin hidup aku ini akan terus-menerus membenarkan kerajaan memperkotak katik kan kehidupan kita sesuka hati yang dikehendakinya. Aku kecewa dengan keadaan ini. Aku akan berusaha untuk menjadikan kehidupan aku lebih bermakna dari apa yang aku ada sekarang!


Internet Pembunuh Zine.
++ Hmmmm... sudah lama aku tidak menulis surat kepada teman-teman punk/hc, baik di malaysia mahupun di luar malaysia. Sudah lama aku tidak mendapat surat yang mengandungi kaset, zine, newsletter atau pun flyers. Dulu boleh dikatakan setiap hari paling kurang aku akan menerima surat dari rakan-rakan. Tapi sekarang semua itu sudah jadi kenangan. Komunikasi melalui surat sudah pupus dalam hidup aku. Yang ada cuma komunikasi melalui e-mail. Begitu juga dengan zine. Aku sudah jarang membaca zine dan semakin kerap pula membaca e-zine. Jadi, tegas aku mengatakan disini internet adalah pembunuh zine. Tidak pula aku mengatakan e-zine atau pun internet itu tidak bagus. Cumanya aku semakin rindukan saat-saat kemerihan dimana para editor berlumba-lumba untuk menghasilkan zine masing-masing. Zaman makin berubah atau manusia yang makin berubah? Tidak penting untuk dijawab persoalan ini. Yang pentingnya, kita harus memastikan perubahan yang berlaku saban hari menuju ke jalan yang lebih meriah dan riang gembira. Internet membunuh zine. Masa membunuh aku.


Cinta.
oleh: fad-nad
++satu perkataan yang terlalu agung.atas nama cinta tuhan itu maha mengasihani.atas nama cinta adam diciptakan untuk hawa.dan kerana cinta manusia bahagia..dan kerana cinta juga manusia berduka.cinta itu makamnya adalah hati.hati itu hanya satu.hati itu terlalu tulus .letakkkanlah cinta itu pada tempatnya.hati itu terlalu suci untuk setia kepada cinta.dalam cinta itu adanya rindu.satu rasa yang terlalu aneh yang tidak bisa terurai degan kata2.hanya hati yang mengerti.setulus jiwa yang merasa.hati itu terlalu tulus untuk mengkhianati cinta.hargailah cinta dengan hati,hayatilah cinta dengan jiwa, hanya dengan jiwa yang tulus, manusia merasa cinta...


Federasi Punk/Hardcore Se-Malaysia.
++ Sudah banyak kolektif punk/hc yang muncul di malaysia ini. Makanya, aku mula memikirkan sesuatu yang lebih daripada sebuah kolektif kecil, iaitu sebuah FEDERASI. Federasi mengikut kefahaman aku adalah dimana satu organisasi besar yang menggabungkan banyak kolektif kecil. Pengorganisasiannya tidak banyak beza dengan kolektif, cumanya skop aktiviti dan agenda bagi sebuah federasi adalah dalam skop yang lebih besar dan menyeluruh. Memang sudah sampai masanya untuk federasi dilahirkan di malaysia. Federasi adalah penting kerana kita para punk/hc bukan seharusnya terus-menerus melakukan kemajuan/perubahan dengan cepat (lebih popularnya: revolusi). Dengan kata lainnya, federasi mungkin akan lebih mempercepatkan terjadinya suatu yang dikatakan PUNK UNTUK SEMUA. Jadi, saatnya kewujudan federasi adalah sesuatu yang penting sekarang.


Membawa Sejuta Interpretasi.
oleh: fad-nad
++hidup.satu perkataan yang membawa sejuta interpretasi.manusia hidup atas satu janji yang agung kepada tuhan ketika manusia masih belum mengerti apakah itu erti kehidupan.aku juga hidup.insan disekeliling aku juga hidup.namun yang membezakan kita adalah dunia di mana manusia pilih untuk hidup.dunia yang penuh dengan persoalan yang pastinya tertulis jawapan.disekeliling aku ada satu jiwa bernama sahabat.sahabat yang memberi erti pada duniaku.dunia yang penuh keiikhlasan atas nama sebuah persahabatan.aku bersyukur..tatkala aku kecewa dengan dunia yang semakin kejam..masih ada ruang untukkku tersenyum di dalam ketulusan jiwa seorang sahabat.tuhan itu terlalu agung kerana menghadiahkan aku jiwa2 sahabat yang penuh dengan kasih sayang.sebuah hadiah yang tidak ternilai.dunia yang tidak akan kutukar ganti walaupun seluruh alam ini milikku.dunia yang ada kalanya diterangi jiwa2 yang gembira dan ada kalanya dihujani kesedihan. Walauapapon yang telah tertulis,aku bahagia kerana jiwa2 tulus itu tetap bersamaku.jutaan penghargaan aku sisipkan pada jiwa2 itu.jiwa itu adalah engkau,wahai sahabat..sahabat hingga matiku....


Sesi Wawancara Bersama Bung Dhani
hahaha... Terimalah kenyataan indah ini teman, bahwa kamu adalah korban MOW selanjutnya. Ceritanya nih, MOW akan menampilkan interview dengan para Cowok HC Pembuat Zine. Tolong jawab pertanyaan-pertanyaan berikut. Nah, agar lebih asyik, waktu kamu mengirimkan jawabanmu, jangan lupa kirimkan foto terbarumu yang paling keren, juga flyer zinemu.Much respect- xipheyx

1. Hey, Bro! Pertama-tama, seperti biasa, perkenalkan dulu dirimu kepada para pembaca MOW. Sebutkan namamu, asal kota, umur, pekerjaan, status, dan tentu saja zinemu.
+nama saya Ahmad Faisal.nickname saya pula Dhani Ahmad. saya dari kuala lumpur, malaysia.umur saya masuk 23 tahun pada tangggal 22.10.05 ini. yah! masih muda. Masih bujang. Masih belum punya isteri. seorang pemikir. penulis bebas. Idealist. malah seorang pemimpi yang sering [keseorangan] berusaha untuk terus hidup dalam dunia yang indah ini. dalam apa keadaan sekalipun saya akan terus mencipta ruang-ruang untuk hidup dengan lebih selesa sepanjang hayat yang ada. saya tidak tahu soal apa pun kecuali tentang cinta dan kehidupan. jadi tidak ada isu lain yang layak dibicarakan dengan saya selain CINTA dan KEHIDUPAN. masih muda+pemikir+idealis+pemimpi. tidak cukup dengan itu. aku juga menceriakan hidupku dengan musik. dan saya amat senang untuk mendengar sebarang jenis musik yang rock and roll. atau tatkala saya ingin terbang, adalah lebih enak menjamu telinga dengan musik-musik syahdu emo-indie-rock seperti lagu-lagu Padi, Dewa, Everybody Loves Irene ataupun A Fire Inside. apa pun yang berlaku, saya adalah seorang pemimpi yang akan memimpi hidup dengan mimpi-mimpi indah yang saya idamkan...

2. Darimana muncul ide untuk membuat zine ini? Kenapa memilih nama Sebutir Bintang Merah? Ceritakan juga suka dukamu dalam mengasuh zine ini!
+ pada awal tahun 2000, saya dan teman-teman cuba mewujudkan satu komuniti punk/hc yang sememangnya tidak pernah ada di tempat kami. dikala itu, pelbagai idea timbul bagaimana cara yang berkesan untuk memeriahkan keadaan komuniti punk/hc ditempat kami. membuat band, membina kolektif, menghasilkan newsletter dan juga menghasilkan zine. dalam banyak pilihan yang ada, saya memilih untuk menghasilkan zine. kenapa nama zine saya jadi Sebutir Bintang Merah? nama ini terhasil setelah saya melihat pada dada sebuah bangunan yang bertulis "Bintang Merah Sendirian Berhad". ya, Bintang Merah Sendirian Berhad adalah nama sebuah syarikat korporat. Terus saya terfikir, wah, agak menarik untuk dijadikan nama zine nih. ? sungguh komunis sekali nama syarikat ini bukan? Kerana di malaysia komunis sering dikaitkan dengan nama “Bintang Tiga”. Jadi, saya letakkan nama zine saya sebagai Sebutir Bintang Merah (SBM). Sesuai dengan keadaan saya yang pada masa itu yang sedang mempelajari tentang apa itu liberal komunisme dan juga sedang saya meminati Rage Against The Machine. ?.hehe. cerita suka duka? Hmmm… apa yah? Terlalu banyak untuk saya bicarakan tentang hal suka duka disini. Nanti kita jumpa saya cerita kepada kamu ya. ?.

3. Siapa saja yang terlibat dalam pembuatan zine ini? Apakah kamu melakukan semuanya sendirian? Bagaimana klau ada pembaca MOW yang ingin berkontribusi? Bolehkah?
+Untuk isu pertama SBM, sememangnya hanya saya yang menjayakan zine ini bersendirian. Namun, masuk isu kedua, saya mula memikirkan untuk menjadikan zine ini sebagai sebuah zine kolektif. Yang mana, ianya adalah zine hasil himpunan tulisan dari rakan-rakan terdekat saya. Untuk ruangan interview, saya yang menghasilkan soalan secara sendirian. Sekarang, sudah 5 tahun masa berlaku. Namun, SBM bergerak dengan begitu tidak progresif sekali. Kerana hingga saat ini, isu terbaru yang saya keluarkan untuk SBM baru masuk isu ketiga. Keadaan ini terjadi mungkin kerana saya sendiri tidak suka terikat pada “satu nama”. Sebetulnya, disebalik SBM, saya juga ada menghasilkan zine-zine lain yang antaranya bernama Forget My Name, Abstained Agogo, Roti Dan Ros. Dan yang terkini saya sedang mengusahakan zine yang bernama Editor Telah Mati. Sekiranya ada teman-teman diluar sana yang ingin kontibute hasil tulisan untuk dimuatkan di dalam zine saya, hantarkan aja ke alamat email saya ok.

4. Bagaimana dengan pembiayaannya? Apakah ada donatur?
+Pembiayaan zine dilakukan sepenuhnya oleh saya.

5. Apa komentar orang-orang yang sudah membaca Sebutir Bintang Merah?
+Bercakap tentang komentar atau feedback yang saya terima dari pembaca, kebanyakannya mengatakan zine SBM adalah menarik dan bagus. Hampir 98% yang memberi komen positif. Cuma 2% yang memberi komen dari sudut negatif. Sememangnya komen positif amat menyenangkan hati saya, namun, saya lebih gemar menerima komen negatif yang dapat menjadikan saya lebih maju di masa hadapan.

6. Apa tanggapanmu tentang perkembangan media di underground yang cukup bagus saat ini?
+Jika di malaysia, saya harus mengatakan perkembangan media cetak underground di sini adalah tidak cukup bagus. Kerana apa? Kerana kami disini semakin susah untuk mendapatkan zine atau pun newsletter yang dihasilkan secara bercetak. 2 faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Satu, sudah tidak ramai editor yang menghasilkan zine dan tidak ramai yang mahu mencuba menjadi editor yang menghasilkan zine. Keduanya, pengaruh internet menyebabkan ramai yang lebih senang untuk membaca secara online. Atau dengan katalainnya, membaca e-zine. Jadi, perkembangan media bercetak di kalangan komuniti d.i.y di malaysia sedang mengalami saat-saat kematian barangkali. Kerana itu saya sedang menghasilkan zine yang bernama Editor Telah Mati. ?

7. Opinimu tentang semakin banyaknya cewek yang juga membuat zine, akhir-akhir ini?
+Oh, di indonesia saya semakin ramai cewek yang membuat zine yah? Itu keadaan yang bagus! Kerana, sejak dari dulu lagi di malaysia ini sangat susah untuk mencari zine yang dihasilkan oleh cewek. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang ganjil, kerana di malaysia itu sendiri tidak ramai cewek yang involve. Kirim salam buat cewek-cewek disana yah! ;) hehe.

8. Apa pendapatmu tentang feminisme?
+Feminisme tidak ubah sepertinya aktivisme. Maksud saya, feminisme dan aktivisme adalah satu idealogi yang memperjuangkan hak asasi manusia. Cumanya, feminisme ini fokusnya lebih kepada hak-hak manusia yang bernama wanita. Di malaysia sendiri agak banyak kumpulan-kumpulan yang berjuang tentang feminisme. Jika kamu punya kelapangan, cuba masuk website feminis ini: www.wao.org.my http://wdc.jinbo.net

9. Zine asal Indonesia apa saja yang sudah pernah kamu baca?
+Wah, banyak sekali zine dari indonesia yang saya baca. Antaranya : Kegagalan Punk Zine, Empathica, Rebellious Sickness, Mempersenjati Imijinasi, Daily Orgasmic Pleasures, Predestination, Urban dan banyak lagi. Yang belum dibaca ialah zine kamu. :) hehe.

10. Sebutkan zine yang kamu rekomendasikan untuk dibaca, juga alasannya!
+Zine dari malaysia ya? Jika zine-zine di malaysia, kamu harus baca zine Info Aktif, Jalan Jatuh Lari, Sireh Dan Cengkih Terpilih, dan juga Ricecooker e-zine (www.ricecooker.kerbau.com). Tiada alasan lain kecuali, zine mereka menarik dan infomatif!

11. Mohon berbagi tips untuk para pembaca MOW yang juga ingin memulai membuat zine!
+Wah. Saya tidak pernah ada tips tuh. ehehe. Yang saya buat cumalah, bermimpi, menulis mimpi-mimpi dikertas, lalu saya bukukan mimpi saya itu agar saya bisa membaca mimpi saya di masa hadapan. Jika saya rasakan mimpi-mimpi saya itu baik untuk dikongsikan dengan teman-teman yang lain, maka saya fotostatkan buku mimpi saya tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan. Itu saja yang saya lakukan. ;).hehe. dengan satu semangat, saya harus berani mengemukakan apa yang saya rasa dan memperdebatkan idea yang saya ada dengan sesiapa saja yang mahu memperdebatkannya. Persetankan semua golongan elit! Elitism must die!

12. Apa saja yang sedang menjadi playlistmu saat ini?
+New album from Padi. Favourite song adalah “prologue”.?.hehe. saya sangat mengidamkan saat-saat indah untuk menonton konsert Padi di Indonesia. Jangan lupa beritahu saya yah jika Padi atau Dewa ingin mengadakan konsert di tempat kamu. Kerana saya ingin menyaksikan mereka live di Indonesia. ?.

13. Pesan-pesan untuk para pembaca MOW?
+Pesan? Hmmmm mau pesan apa ya. Oh ya. Ini ada pesan usang untuk kamu semua: Balajar rajin-rajin ya. Sampai jadi pandai. Hehe. ;).

14. Thanx...
+Welcome. Jika mahu kontek saya, sila emil saya ke sini ok: merahdanhitam@yahoo.com. Jika mahu melihat website label saya, masuk ke sini: www.papakerma.com Jika mahu bercinta dengan saya, hantarkan sms cinta ke nombor ini: +601925+++57. :P. hehe. Terima kasih ya xipheyx untuk wawancara ini. Kapan kamu mahu datang ke malaysia?

No comments: