Penulisan Bebas di Tempat Kerja
wah.sudah lama aku tidak mengemaskini web-blog ini dengan tulisan-tulisan baru. alasan vital untuk keadaan ini adalah, aku sudah tidak mempunyai komputer peribadi sekarang. ini kerana, komputer yang aku guna selama ini telah dikembalikan kepada tuan punya setelah tamat tempoh kontrak yang dimeterai. jadi, banyak aktiviti pengkomputeran aku terbantut sekarang. oh, aku harus mengumpul wang untuk memiliki komputer peribadi yang sebenar.bercakap soal wang, ada dua perkara utama yang ada dalam fikiran aku sekarang yang harus dibeli menggunakan wang.pertamanya: membeli pasport. dan keduanya: membeli kasut sukan yang bergaya.selama ini aku tidak pernah memiliki pasport. malah, tidak ada sebab untuk aku memiliki pasport sebenarnya. kerana aku bukanlah antara golongan manusia yang berpeluang untuk merantau ke luar negara. tapi, kali ini aku harus memiliki pasport. ini kerana, pada hujung tahun ini abang aku akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis dari singapura. walaupun hanya untuk ke negeri singapura, aku harus memiliki pasport. alasan untuk memiliki kasut sukan pula adalah kerana, sudah lama aku tidak menukat kasut sukan baru aku. sudah masuk 3 tahun aku hanya memakai kasut sukan adidas siam yang bernilai rm45. untuk kasut baru ini, bajet yang paling tinggi aku letakkan ialah: rm150. rm150 dicampur rm300 untuk membeli pasport, aku seharusnya memperuntukkan rm450 semuanya.rm450 bukanlah besar sangat nilainya pada aku sekarang kerana sekarang aku sedang menjalani latihan praktikel yang mana pada setiap bulan aku akan dibayar dengan elaun sebanyak rm300 sebulan.mendapat elaun praktikel adalah rezeki aku. kerana ramai kawan-kawan aku yang lain tidak mendapat elaun dari majikan mereka.dengan pandangan dari sudut yang lain, aku adalah pra-pekerja. :).aku sekarang bekerja di syarikat yang dimiliki oleh Tajudin Ramli . [siapa tak kenal dengan Tajudin Ramli? antara orang yang terkaya di malaysia] iaitu Syarikat Edaran Digital System. syarikat ini agak besar.dan juga agak boring. boring kerana tiada kerja yang aku dan rakan-rakan praktikel lain untuk lakukan. yah, logik akal, siapa yang berani memberi projek besar kepada budak skolah seperti kami.jadi, kami hanyalah kuli yang melakukan kerja-kerja remeh temeh.malah, pada saat ini aku tengah kebosanan kerana ketiadaan kerja. jadi, aku menulis artikel ini. :P. hehe.
kerana ketiadaan kerja, aku telah bertemu dengan supervisor aku dan juga bertemu dengan hr manager syarikat ini untuk meminta projek. setelah beberapa soal jawab yang dilakukan, aku berjaya mendapatkan projek untuk praktikel aku, iaitu membuat database untuk finace department. mungkin dalam minggu ini aku akan bertukar department dari engineering department ke finance department.
hmm.... apa lagi yah. oh, aku terleka. dalam keseronokan melayari internet, rupanya jam ditangan sudah menunjukkan sudah hampir pukul 4. dan aku belum sembayang zohor lagi. ok lah, aku stop kat sini dulu. nanti ada masa aku menulis lagi ok.oh, sedikit update. aku telah diberi space untuk menulis di salah satu WEBSITE POLITIKAL yang bernama Malaysian Community for Progressive Leadership. namun aku masih belum meletakkan sebarang tulisan aku disana. apapun, kamu bisa membaca tulisan politikal penulis2 lain di WEBSITE POLITIKAL: Malaysian Community for Progressive Leadership di: http://malaysianprogressive.21publish.com dan ruang yang saya ada di WEBISTE POLITIKAL tersebut adalah disini: http://malaysianprogressive.21publish.com/emolagi . sampai jumpa lagi yah. daaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment