27 April 2005

MENIKAH JUST A MATTER OF MANAGEMENT.
oleh:kekasih waktu

Satu malam saya chat dengan Tarlen tentang pernikahan. Perempuan kecil berkacamata itu tanya ke saya: menurut kamu, menikah itu apa bu?? Saya bingung menjawabnya sebenarnya. Tetapi seperti setelah saya fikir-fikir saya akhirnya menemukan sebuah jawapan. Menikah bagi saya adalah “just a matter of management? Teman saya itu mungkin mikir saya ini mungkin terlalu kerasukan pekerjaan saya sehingga menjawab itu. Dia lalu bertanya? Maksudnya?? Saya hanya bilang? Benar, menikah itu persoalan bagaimana kita memanage segalanya?. Banyak hal yang harus di manage dengan baik dalam pernikahan, mari kita lihat satu persatu.
1. Manajemen ego (dalam pernikahan terjadi berbagai banyak ego kepentingan suami isteri. Karena dua orang yang menikah pasti membawa dan berego yang tidak sama)
2. Manajemen harapan (2 orang yg menikah pasti harapannya akan berbeda-beda dengan ekpektasi yang berbeda-beda pula)
3. Manajemen cinta dan sayang (cinta bukan barang mati, dia akan selalu bergerak pasang dan surut)
4. Manajemen kompromi (bagaimana kompromi 2 orang individu dibuat dng harapan yg berbeda2 itu)
5. Manajemen keluarga (di Indonesia, rata2 menikah juga adalah sebuah pernikahan 2 keluarga besar. Bagaiamana latar belakang masing2 keluarga mempunyai budayanya sendiri2)
6. Manajemen kewangan (ini dah tak usah dijelasin)
7. Manajemen komunikasi (ingat individu selalu berubah bukan?)
8. Manajemen mimpi
9. Manajemen kebahagiaan (bahagia itu diciptakan, bahagia bukan kado mendadak dari Tuhan bukan?)
10. Manajemen negosiasi (ini yang paling penting, bagaiaman kita memenej negosiasi2 kepentingan dng baik di masing2 individunya)

Jadi mungkin dongeng Cinderella bahawa menikah itu adalah pangeran dan putri yang akan bahagia selama-lamanya seperti yang di dengung2ngkan para pendongeng itu adalah hasil kerja keras menejemen2 di atas. (ah para pendongeng itu adalah criminal besar bukan? Realitasnya adalah semua kebahagiaan dan pernikahan adalah hasil kerja keras. Cinta sejati? Ah itu nonsense. Cinta tidak ada yg sejati dan tidak ada yang palsu. Cinta ya cinta saja gak usah pake embel2 apa2.

pesanan penaja:-point-point "management" di atas adalah ditranslasi dari artikel yang berasal dari negara indonesia. kerana saya rasakan agak menarik untuk ianya dibaca oleh kita, maka saya translatekan point-point dibawah ini kedalam bahasa yang mudah difahami oleh kita semua, bahasa malaysia.saya tujukan tulisan ini untuk mereka yang sedang bercinta dengan pasangan masing-masing: mar+munawar, zaza+bota(?), nikichan+faisal, fadiah+ashraf, toni+aliff(?). ;)

Ariel (Peterpan) Pemuja Kahlil Gibran.
+"Sesungguhnya aku mengatakan padamu bahwa buah pikir mempunyai tempat kediaman yang lebih tinggi daripada dunia-tampak, dan langit-langitnya tidak dipenuhi oleh awan sensualitas. Imijinasi menemukan jalan menuju kerajaan para dewa, dan di sana manusia dapat memandang sekilas yang terjadi setelah pembebasan jiwa dari hakikat dunia"
butiran ayat yang baru saja kamu baca tadi adalah petikan suara hati Kahlil Gibran yang dibukukan di buku yang judul aslinya "Thoughts And Meditations" dan diterjemah dalam versi indonesia lalu ditajuk-barukan buku itu dengan nama "Dewi Khayalan".siapakah si Kahlil Gibran ini? secara personalnya aku tidak kenal siapa dia. tetapi kawan-kawan aku selalu menyebut namanya. selalu juga aku mendengar dari mulut kawanku bahawasanya Kahlil Gibran ini sang pujangga cinta yang terkenal. malah, dalam kedua-dua album Peterpan, si Ariel sang vokalis Peterpan ada menulis nama Kahlil Gibran ini dalam senarai terima kasihnya.nampaknya, si Ariel ini pencinta tulisan Kahlil Gibran.Malah kawan-kawan aku ada mengatakan, bukan aja Peterpan, malah Dewa (Dhani), Padi (Piyu+Fadly) atau Iwan Fals juga amat-amat-amat terpengaruh penulisan lirik mereka dengan tulisan Kahlil Gibran. dan setakat ini, setelah membaca sedikit tulisan Kahlil Gibran, aku jadi tidak hairan kenapa dia digelar pujangga cinta kerana tulisannya memang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta agung.malah khayalan dan mimpi-mimpinya asyik sekali. bisa buat aku terbang tenang bersama khayalan-khayalan aku tersendiri...

p/s:- jika tahun terdahulu aku terlepas untuk menghadiri konsert Dewa yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah ALam; pada 9.4.05 lepas aku skali lagi terlepas untuk melibat band Peterpan (antara band kegemaran aku selepas Dewa dan Padi dan Caffeine [r.i.p]) yang datang membuat promosi di KL. adussssss.... eh, 1.4.05 ni Peterpan wat show kat kl kan. pastu 28.5.05 ni pulak Dewa wat konsert kat kl lagi kan. wow menarik! :)

Tentang Agama dan Adat
berikut adalah soal-jawab diantara Sara Asina dari Sabah dan Dhani Ahmad yang berlaku melalui e-mail.cuba tengok jawapan yang diberikan.agak pendek! lagi panjang soalan berbanding jawapan. maaf yer Sara Asina. hehe.;).
SOALAN] Tidakkah bagi anda,adat sebenarnya satu kepercayaan atau sekadar tradisi yg JELASnya ciptaan manusia.Ianya kita sendiri nampak bukan?Kenapa lain negara lain adat?dan walhal lain negara sama agama.Masing masing mempercayai agama dengan aturan yg sama.Tidak pula adat?kerana setiap tempat mempunyai berbeza beza adat.Sara cuma mahu sentuh 2 perkara yg menyakin Sara tidak percaya dengan adat.PERTAMA...adat itu ciptaan manusia.KEDUA..dan diantara ciptaan manusia sebenarnya masih ada sentiman racist,pemikiran dan kepercayaan kolot sebagai contoh larangan larangan,pantang larang pantang.Org tak boleh makan ikan jenis ini...dan tak boleh makan itu..secara logik benda ini seperti di cipta cipta dari turun temurun.Mengharamkan sesuatu bukan?Tapi soal mengharam ni sudah berkait dengan Agama.Lupakan Haram.Cuma yg Sara nampak dan Sara tidak boleh terima sekarang.Peraturan seperti itu yg menghalang orang utk keluar dari kepompong agar lebih peka dan bijak memahami sesuatu secara logik.Sara tahu bukankah kita di ajar utk menghormati/respect adat.Tidak mengapa...tapi cuma peraturan sahaja??sedikit sahaja yg perlu di sentuh.
JAWAPAN] hmmm... bagaimana saya harus mula menulis tentang adat ini ya? ok begini. apa yang saya perhatikan di malaysia ini adat banyak mempengaruhi undang-undang. undang-undang di malaysia digubal berdasarkan adat dan kemudiannya disuaikan pula dengan agama islam sebagai agama rasmi negara. jadi, jelas bahawa adat adalah element penting untuk negara kita. dan pastinya adat langsung tidak penting bagi kamu yang sudah pun tidak percaya dengan adat. sememangnya adat adalah ciptaan manusia. kerana adat itu sendiri tingkah laku manusia yang dilakukan sejak turun temurun. adat itu rasis, adat itu kolot dan sebagainya tidak harus diketengahkan kerana sememangnya adat itu akan terbentuk mengikut struktur masyarakat. jika masyarakat tersebut adalah seksis, maka adat yang bakal terbentuk juga seksis sifatnya. dan begitulah sebaliknya.yang paling menarik tentang adat ialah adat akan mempengaruhi gaya fikir manusia. bercakap soal gaya fikir, mereka yang kurang ilmu pengetahuan akan menjadi mangsa kepada sesuatu adat yang kolot lagi jijik. jadi,ubat kepada masalah adat hanyalah satu, iaitu: ILMU PENGETAHUAN. atau KNOWLEDGE. bagi saya, adat itu perlu, kerana tanpa adat maka kita tidak bisa menulis perkataan "adat".:P. hehe.yah, ambil yang baik, buang yang tidak perlu. manusia semakin hari semakin bijak. dan adat juga akan berubah mengikut kebijaksanaan manusia. malah adat juga akan menentu rupa bentuk undang-undang di malaysia.jadi, dari adat kepada sistem. untuk menghapuskan sistem, haruslah dihapuskan adat terlebih dahulu. :).jujurnya, saya langsung tidak kisahkan tentang adat.

SOALAN] Sara percaya agama..dan agama adalah sesuatu yg tidak perlu di campur aduk dalam HC/punk.Kenapa masih ada mereka yg suda ke tahap extreme sehingga menolak kepercayaan terhadap agama? Bukankah dalam HC pada asalnya menentang perkauman? respect? bukankah ia saling berkaitan?Jadi tindakan membuat lagu dan mengutuk agama agama...tidak percaya tuhan la bla bla..akan mengeruhkan lagi keadaan?/?Bukankah sahaja respect sebenar kunci kepada penyelesaian dikalangan kita???Sara cuma sebut dikalangan kita?kerana kalangan kita masih baru??Sara tidak tahu apakah sentimen sebenarnya yg berlaku dengan US dan negara negara yg diserang.Tapi Sara cuma ingin kepastian....dari mereka yg berfikir sebagai free thinker ini dan menjadikan ini agenda.
JAWAPAN] sebagaimana kamu, saya juga PERCAYA dengan agama yang saya anuti [agama Islam]. malah para marxis juga PERCAYA dengan idea-idea Karl Marx. malah para ethies juga PERCAYA bahawasanya dunia ini tidak punya tuhan. para anarkis pula PERCAYA dunia ini tidak harus ada pemimpin.kata akarnya disini adalah PERCAYA. setiap manusia punyai kepercayaan masing-masing dan menganuti apa yang dipercayainya.jadi, kepercayaan yang dianuti akan menjadi arah yang memandu hidup masing-masing. dan kepercayaan ini adalah AGAMA mereka.berdasarkan huraian ringkas saya di atas, saya tidak mampu untuk bersetuju dengan kenyataan Sara yang mana "agama adalah sesuatu yg tidak perlu di campur aduk dalam HC/punk". mungkin ini bukan kenyataan Sara yang sebenar-benarnya datang dari Sara, kerana saya sudah mendengar kenyataan ini sejak dulu lagi [akhir 90-an]. kenapa agama sesuatu yang tidak harus dicampur aduk dengan punk/hc? sedangkan punk/hc adalah menjadi diri sendiri [be yourself]. dan agama adalah sebahagian daripada diri kita. jadi, bisakah agama dan punk/hc di-tidak-campur-aduk-kan? yah, tentu aja bisa. tetapi ini tidak bermakna tindakan memburuk-burukkan agama antara satu sama lain adalah halal dilakukan dalam komuniti punk ini.ini adalah sangat tidak punk! harus dingat wahai punk-punk sekalian, hak beragama adalah milik penuh seseorang individu. jadi, mengutuk agama yang anda tidak percaya sudah pun mencabuli hak dan kebebasan individu untuk menentukan hidup mereka.secara ringkasnya, hal-hal ini merupakan hal yang harus difahami dengan jelas dan terang. dan yang perlu disedari semua, manusia ini memang diciptakan pencipta [atau tercipta tanpa pencipta?] dalam pelbagai rupa bentuk, pelbagai kepercayaan, pelbagai agama. jadi,kata magik [magic word] untuk perkara ini adalah: RESPECT!

Tulisan Penyucian Diri #3 (Kiamat Sudah Dekat)
+ribuan nyawa terbunuh ditelan tsunami.kemudian ribuan lagi dicabut nyawanya dalam gempa bumi di indonesia dibulan kelmarin.dan katanya sang pakar kajibumi, tasik toba di indonesia akan meletuskan gunung berapi yang paling dasat dalam sejarah peradaban manusia pada bulan ini [bulan 4 tahun 2005].benar atau tidak ramalan letusan gunung berapi ini akan kita ketahui nanti.aku katakan yang semua ini adalah tanda-tanda besar kiamat datang tak dijemput. setelah semua tanda-tanda kecil kiamat telah pun wujud sepenuhnya.dan tanda yang paling besar bahawa kiamat akan berlaku adalah lahir atau munculnya sang dajal [mata satu].harus diketahui juga DAJAL SUDAH PUN WUJUD.cumanya kewujudan dajal sekarang dengan keadaan diikat tubuh badannya dengan rantai besi dan diletakkan oleh Pencipta disebuah pulau yang tidak diketahui namanya. DAJAL SUDAH WUJUD sejak 1400 yang lepas sewaktu Rasul terakhir masih lagi hidup.DAJAL SUDAH WUJUD dan ini ada dinyatakan dalam hadis sahih Riwayat Imam Muslim.kelompokan ulamak juga bersetuju bahawasanya DAJAL SUDAH WUJUD sejak zaman nabi lagi. cumanya sekarang dajal tidak mampu berbuat apa-apa lagi dengan keadaan yang masih terikat dek rantai besi. bila tiba masanya, dajal akan dilepaskan dan akan menjelajah keseluruh pelusuk dunia [malaysia juga tidak terlepas] untuk merosakkan iman dan akidah umat manusia dalam masa 40 malam kecuali Mekah dan Madinah.DAJAL SUDAH PUN WUJUD!
"barang siapa yang menghafal 10 ayat daripada awal (ayat 1-ayat 10) surah al-kahfi, Allah akan memelihara mereka ini daripada Dajal"- sabda Rasulullah

Perbedaan Itu Kemuliaan
+sampai mati pun lelaki dan wanita akan berbeza.tidak pula bererti perbezaan ini menjadikan lelaki lebih mulia berbanding wanita.tetapi perbezaan ini adalah kemuliaan lagi adil.
ADIL = meletakkan sesuatu pada tempatnya.
[adil BUKAN kesamarataan BUKAN juga parti keadilan]

tajuk filem: A VERY SHORT STORY ABOUT AKU.
genre: IKLAN
durasi: 3 minit 43 saat
director: AKU
release by: Al-Hujrah Production
ringkasan/sinopsis cerita.
1.aku yang satu ini berada di gombak.
2.dan aku yang sorang lagi berada di taman melawati.
3.dengan kata lainnya, aku berdua berada di kuala lumpur.
4.suatu hari, timbul sedikit masalah diantara aku berdua.
5.dan aku yakin EMIL mampu menyelesaikan masalah ini.
6.kerana itu aku menggunakan emil walaupun aku boleh bertemu aku yang sorang lagi di mana-mana tempat di pulau pinang ini.opppss silap! di kuala lumpur ini.
7.tapi emil tetap pilihan aku.
8.dan aku yakin emil mampu merubah keadaan.
9.dan aku selalu berkata, LESS TALK, MORE ROCK.
1o.dan aku masih lagi di depan komputer kesayangan ku sekarang disaat semua orang berdemonstrasi dijalanan.-TAMAT-

No comments: