19 March 2005

18.3.2005 [jumaat] BUSINESS COMMUNICATION NIGHT.

fuh. lega. aku rasa happy sangat2 skang ni.mana taknya, BUSINESS COMMUNICATION NIGHT berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun sedikit agak kelam kabut. biasalah, ini first time kitorang organize function. yang bestnya dalam projek BUSINESS COMMUNICATION NIGHT ni, aku dilantik sebagai director bersama dengan salah seorang lagi kawan aku si harith.[ada dua orang director untuk projek nih].dengan kata yang lebih pendeknya, aku adalah director BUSINESS COMMUNICATION NIGHT ni. :).hehe. bercerita pasal status director nih, sebenarnya kerja director ni tak derk ah susah sangat. cuma nak pastikan semua kerja-kerja berjalankan dengan lancar jerk. pastu, bila event berlangsung, director kena bagi ucapan/kata-kata aluan. itu jerk kerja director. bercerita bab ucapan nih. malam tadi aku rasa malu giler. bukan apa, sepatutnya harith dulu yang bagi welcoming speech kemudian baru aku.tapi harith datang lambat. jadi, aku secara sorang-sorang kena gi bagi speech kat depan. aku bajet nak baca jerk teks ucapan yang seketeri aku buatkan tu. tapi ntah macam mana ntah, bila MC panggil aku gi depan, si MC ni tak bergerak pun dari tempat diorang [tampat berucap]. sepatutnya aku kena gi cakap kat tempat diorang [mc] tu. dah diorang tak berganjak, aku cakap jerk depan2 V.I.P tanpa duduk di tempat berucap. pergh! ini part mencabar giler. aku langsung tak bajet nak kena berucap dalam situasi macam ni. lagi pun, aku dah set kat otak, aku just nak baca jerk apa yang seketeri aku tulis tu. dah jadi macam ni, aku pun belasah secara spontan jerk. apa yang aku ucap pun aku tak ingat. rasa macam nak wat presentation ah pulak. yang klakarnya, siap keluarkan tesk ucapan depan2 V.I.P tu. malu btul aku.hehehe.tapi tak per, ini pengalaman indah nie.hehe.memula aku rasa kecewa jugak dengan kegagalan aku tadi [gagal berucap dengan best]. yerk ah, malu ah lecturer aku, depan V.I.P, anak murid dia tak leh cakap dengan lancar.masa waktu makan tu, aku pun cakap ah dengan madam/lecturer aku pasal keadaan tadi.V.I.P pun ada sama. yer ah, director mesti kena makan satu meja dengan V.I.P. hehe. lega giler aku bila madam tak kisah sangat dengan kegagalan aku berucap dengan lancar tadi.yang lagi bestnya, madam puas hati dengan dinner yang kitorang organise nih. fuh... aku pun tumpang lega sbb dapat membuat madam aku berpuas hati.secara keseluruhannya, dinner malam tadi best giler walaupun agak kelam kabut sedikit. antara aktiviti yang berlangsung dalam BUSINESS COMMUNICATION NIGHT tadi, ada persembahan lagu dari band FEEL HEART [bakal artis. giler tak kitorang, dapat invite band yang bakal jadi artis nih.hehe.album diorang rilis bulan empat nih.]. ada game, ada tukar-tukar hadiah [part ni pun kantoi, aku kena tukar hadiah dengan harith.padahal awek punya lah ramai dalam kelas aku. skali jodoh aku bertukar hadiah kena dengan harith.hehe], dan kemuncaknya pengumuman "KING and QUEEN" untuk malam tadi.King and Queen ni kira macam orang yang dipilih tu dikenali ramai. kira orang yang femes ah. hehe.sbb nak pilih king and queen ni kena tulis nama siapa yang kita nak nobatkan sebagai king and queen. dan nak tahu tak, KING pada malam tadi adalah si Faisal sang director. aku lah tu beb! hehehe. giler aku tak sangka ramai yang tulis nama aku untuk dinobatkan sebagai RAJA pada malam tu.hehe. dan QUEEN nya pula adalah Suhaila, awek Kuala Nerang, kedah. nak tahu tak, sebenarnya aku dah pakat dengan Sue ni untuk kes RAJA dan PERMAISURI nih.bukan apa, dia tulis nama aku sebagai Raja, aku tulis nama dia sebagai Permaisuri.masing-masing up diri masing-masing.hehehehehhee. tapi tak sangka jugak ah ada lagik kawan2 yang lain tulis nama aku. makanya pada malam tadi, 18.3.05, hari jumaat, malam BUSINESS COMMUNICATION NIGHT, malam dinner, AKU ADALAH DIRECTOR dan AKU ADALAH RAJA. =). hehe. terima kasih buat semua yang terlibat untuk acara yang meninggalkan memori yang indah ini! i miss you all.

nak tengok gambar mlm dinner ni tak? kalo nak, masuk kat website ni: www.geocities.com/brosistravel/gambar2.htm

*gambar diatas adalah gambar komiti biz night dan gambar King & Queen tengah pegang hadiah. :)


komentar dari LECTURER
[komen satu:]
Thanks alot for the nice lovely picture
anyway one more time Congratulation to all of you.
well done
good luck 4 final too


from: madam rose

[komen dua:]
Dear Faisal, Thanks for sending the pics to Bro. Rizal. He likes them. Cumer satu Ms minta, tolong antarkan gambar2 Biz Comm Nite tu ke email Ms, semua, tak kisah ada gambar Ms atau Bro. Rizal atau tidak...Ms nak compile dlm album Biz Comm.....Please, yek? Especially yang ada gambar Ms atau Bro Rizal....For me, you did well, that nite. What is more important is the experience you gain from talking in front of vip and Ms lagiii...Bukan senang student nak cakap depan VIP tau...especially bila ada lecturer killer kat sebelah VIP tu. Congrats, Faisal, and keep on improving,ok?This is my email for students, you are free to email me anything, nak minta advice or stuff. I know students takut dgn saya, tapi saya tak makan orang.....Just approach jer, kay?I really hope you guys akan forward kan gambar 2 malam tu to me, ok?Right, till then, take care....

from:Ms Aimy Rashid

No comments: