26 January 2005

kumpulan rock butterfingers dan revolusi musik malaysia

lirik: Tentang Tentang

bukak radio di pagi hari
malam hari sama sahaja
cinta sana cinta sini
aku gila geli

bukak radio omputih
propaganda amerika
apa yang merdeka
jilat bontot depa
apa benda yang merdeka

bila kawan ramai keliling kita
cakap besar tunjuk belang
tapi bila sorang sorang
pengecut pemalu
macam semua orang

saya ni pun bukan sempurna
tapi saya tahu
dosa dan pahalaku tahun saja
tuhan saja yang tahu
gelang si paku gelang
gelang si rama rama
tentang marilah tetang
marilah tentang bersama-sama

rangkap-rangkap tulisan di atas merupakan lirik lagu Butterfingers yang terdapat dalam album terbaru mereka yang berjudul Selamat Tingga Dunia.aku merasakan pastinya sesuatu keunikan wujud dalam album terbaru ini apabila mereka menghasilkan lagu-lagu melayu sepenuhnya dalam album terbaru mereka sedangkan album2 sebelum ini dirakamkan sepenuhnya dalam bahasa inggeris.ditambah dengan ulasan salah satu akhbar arus perdana yang mengatakan lirik yang terdapat dalam album terbaru mereka ini adalah RADIKAL. jadi, aku beli. dan apa yang aku harapkan benar-benar wujud. musik dan lagu mereka memang unik.memang rock! (tapi bukan rock melayu ah).dan lirik memang radikal/politikal. malah tidak jiwang. tengok aja rangkap lirik diatas, mereka sudah pun bosan dengan lirik tipikal cinta-cinta-cinta-cinta dan cinta."cinta sana cinta sini.aku gila geli"-butterfingers.dimana politikal/radikal lirik mereka? lihat aja rangkap lirik ini: "jilat bontot depa". ini pertama kali terjadi rasanya dalam album artis malaysia yang punya perkataan yang agak "kasar" ini.malah ianya tidak di halang oleh lembaga penapisan malaysia.sebenarnya lirik di atas tidaklah begitu politikal. tetapi lirik lagu "Daulat Tuanku" memang gila. diorang buat lagi mengkritik sultan-sultan secara sarkastik. ini memang radikal. ini memang politikal.ini memang gila! dan ada satu lagu yang aku tak faham. lagu yang bertajuk "Urusan Seri Paduka Baginda" hanya mendendangkan alunan musik-musik klasik [musik raja-raja zaman dulu kala] ditokok tambah dengan efek-efek gitar.dimana lirik mereka? dimana suara vokalis mereka dalam lagu ini? mungkin lagu ini terlalu "sensitif" sehingga tidak bisa dikongsi-dengar oleh kita semua.apa pun, album melayu pertama butterfingers ini jauh lebih menarik dari album melayu pertama flop poppy. dan album melayu pertama butterfinger ini sama uniknya dengan album melayu pertama oag. semoga kumpulan-kumpulan seperti ini bisa memberi pembaharuan kepada scenario musik melayu tanah air agar lebih menarik dan unik.


SERIUS AKU SERIUS
aku pun tak tahu kenapalah penulisan aku begitu formal serius. serius aku tak reti nak buat tulisan aku jadi tak serius.serius aku tak tahu.



Ketidakfahaman: Hantu Yang Menakutkan

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) merupakan hantu yang sering menjadi mimpi ngeri kepada umat pelajar IPT. Gembar gembur tentang kekejaman dan kekuasaan AUKU terus dimomokan dan ditelan pula bulat-bulat oleh para pelajar tanpa usul periksa.

Begitu juga halnya dengan penulis. Penulis mengaku yang penulis agak takut untuk terlibat dengan aktiviti sosial yang melanggar AUKU. Hakikatnya penulis langsung tidak pernah tahu apa yang terkandung dalam AUKU. Penulis juga agak yakin, masih ramai yang buta tentang AUKU seperti mana dengan penulis. Maka, kesamaran dan ketidakfahaman tentang perkara ini terus menghantui penulis dan pelajar-pelajar lain.

Untuk berbicara tentang AUKU, tidak semuanya mampu. Ini kerana tidak semua faham apa itu AUKU? Kenapa adanya AUKU? Untuk apa AUKU? dan sebagainya. Penulis tidak segan untuk mengatakan tiada langsung kefahaman mendalam tentang AUKU dikalangan pelajar IIC. Mungkin pandangan ini agak sempit dan keterlaluan. Tapi jika ini adalah hakikatnya, ianya satu kejadian yang agak sedih bukan? Mungkin ada mereka yang tahu tentang AUKU secara mendalam. Tapi kefahaman mereka itu tidak datangnya dari kewujudan frasarana dan suasana pembelajaran di IIC, tetapi hasil inisiatif mereka sendiri barangkali. Seorang tokoh intelektual merangkap ulamak di Malaysia, YB Nik Aziz Nik Mat pernah berkata “manusia sering kali takut dengan apa yang mereka tidak fahami”. Mungkin ayat Nik Aziz ini tidak original datang dari dirinya kerana Saidina Ali juga ada berkata sedemikian sebelum ini. Tapi pokoknya disini adalah tentang: KEFAHAMAN.

Ada benarnya tidak ramai yang tahu tentang AUKU, tapi ramai yang pernah melihat dan menandatangani surat “Aku Janji”. Ya! Memang ramai yang tahu tentang “Aku Janji”, tapi berapa kerat sangatkah yang masih mengingati kontens yang ada dalam surat “Aku Janji” tersebut? Ah! “Aku Janji” juga hantu ciptaan yang cuba menakutkan manusia. Batas-batas kesamaran dan ketidakfahaman yang dicipta untuk mewujudkan keadaan menjadi lebih seram dan menakutkan. Ini semua dakyah pihak berkuasa yang mahu menakutkan pihak yang tidak berkuasa. Hmmmm…. Tanah pun belum ada, batas sudah mahu dibina!

Penulis sempitkan lagi isu yang diutarakan. Baru-baru ini penulis ada berbicara tentang AUKU dengan intelektualis dari fakulti undang-undang dari IIU. Tidak banyak pembedahan idea yang kami lakukan tentang isu ini. Dengan kata lainnya, perbincangan kami tidak terlalu mendasar. Tapi apa yang menarik untuk penulis kongsikan bersama dengan pembaca adalah satu soalan yang penulis tanyakan kepada salah seorang intelektualis tersebut:

soalan penulis: adakah kamu merasakan AUKU menyekat kebebasan pelajar IIU?
jawapan intelektualis: tidak. kerana IIU didaftar dibawah Akta Syarikat dan bukannya AUKU.

makanya satu kesimpulan mudah dapat penulis katakan di sini adalah:pelajar IIU tidak pernah terikat dengan AUKU. dan kerisauan tentang AUKU tidak harus wujud dikalangan pelajar IIU. Jika IIU di daftar di bawah Akta Syarikat, secara automatisnya IIC juga didaftar di bawah Akta Syarikat. Kerana apa? Kerana, IIC adalah anak syarikat milik penuh IIU. Kata lainnya, pelajar IIC juga bebas dari batas-batas AUKU.

Tapi bagaimana pula dengan “Aku Janji”? Persetankan aja! Anggap aja ianya tidak lebih dari peraduan teka silang kata yang hanya menjana daya pemikiran kita pada tahap yang minima. Mulai hari ini, penulis mengajak anda semua untuk berkata: HIDUP SIHAT TANPA AUKU. ;).


p/s:- eh.ini adalah penulisan bukan untuk dipaparkan di BILIK sebenarnya. tapi aku letak jugak untuk ianya disimpan di tempat yang selamat disimpan. J jadi kalo ada yang korang tak paham tentang artikel kat bawah ni, tanya ah aku. tak pun buat2 paham jerk ah. hehe.

No comments: