11 October 2022

Nikon Z50 Mirrorless Dalam Kenangan

Setelah berfikir panjang, 15 Feb 2022, buat pertama kali aku iklan untuk jual kamera aku. sayang, memang sayang. ini kamera paling mahal pernah aku beli. harga beli rm4k lebih. harga basic body dgn lens biasa tak sampai 4 ribu. tp aku beli eksesori tambahan, FTZ Mount Adapter dan lens 35mm. Mahal ya menatang dua ekor ni. Tp memang begitu pun permainan kamera ni. Harga lens lagi mahal dari body.

Itu yang sayang nak jual tu. Tapi, sayang juga benda ada, tapi aku tak fully utilize. Puncanya, aku beli kamera zaman pkp. Ingatkan lepas pkp dunia kembali ok. Rupanya lepas pkp, pkp, lepas tu pkp lagi dan lagi. Akibatnya, lama tersadai kamera ni.

So aku decide utk jual. Tapi tak nak jual online. Nak jual by hand ja. Supaya buyer dapat check kamera depan2 sebelum beli. Jadi aku keluarkan iklan versi wasap. Supaya kawan2 fotographer kelate senang nak share among mereka. Tapi, bila buat macam ni, sorang pun takde yg kontek.

Aku pun tak terdesak nak jual sangat. Takde orang kontek, takpe ah.

Sebenarnya perasaan masih berbelah bagi. Masih sayang. Nak jual ke nak simpan. Begitulah. 

*

Masa berlalu cepat. Lama aku tak fikir pasal kamera ni. Dari bulan February sampai bulan September. Lebih kurang 7 bulan. Berperang dengan "sayang" dan "jual". Akhirnya jual yang menang.

3 Sep 2022, aku up untuk jual kamera ni di Carousell. Kenapa Carousell? Tidak Shopee atau Lazada? Sebab kat Carousell boleh jual barang secara Meet-Up. 

Up harga jual rm3000 untuk satu set kamera. termasuk FTZ Mount Adapter dan lens 35mm. ada 4,5 yang inbox aku tanya lokasi meet-up kat mana. nak beli la tu maksudnya. bila cakap kat kota bharu, semua diam. 

tapi ada sorang buyer yang bijak mengayat. buyer dari kl. aku sebolehnya nak jual jumpa face to face. biar dia puas hati dpt check kamera, aku pun puas hati dapat jual kamera dgn kondisi yang cun. tapi buyer ni cakap by pos pun takpe. dia terima je. biasa pos pun takde masalah kamera tu. aku dah mula fikir nak pos. tapi still berbelah bagi.

nak jual. tak nak jual. nak jual. tak nak jual. ini masih bermain dlm fikiran. dari pertama kali up kat Carousell, benda ni drag sampai sebulan. walaupun dah ada buyer dari kl yang nak. aku sempat cancel nak jual dgn dia sebab masalah ni. dia kata, kalo nak jual balik, bitau dia. dia ready buyer.

kenapa masih ada rasa tak nak jual. sebab kamera cun gila. kondisi kedai. barang jarang guna. full set yang ready to go. tinggal lagi kalo nak upgarde, tambah lens je. kamera pulak teknologi terkini. maksudnya, lambat lagi nak habis zaman dia. macam dslr, boleh dianggap teknologi terdahulu dah sikit. orang dslr dah mula move to mirrorless. 

kenapa nak jual pulak, sebab, 2 tahun beli, kamera jarang guna. sayang juga kalo kalo kamera tu rosak sebab tak guna. daripada rosak sebab tak guna, baik jual. dan beli baru bila yang lebih update teknologi.

*

gitu lah. yang bermain difikiran.

selepas sebulan up kat Carousell, last last, aku nekad. jual ah.

tengok kat Carousell, lens 35mm saja orang jual rm500 ke rm700. rasa murah pulak rm3000 untuk satu set tu. aku cakap kat ready buyer tu, aku jadi jual, tapi dgn harga rm3500. dia mintak rm3000 tanpa lens 35mm. aku cakap kat dia, rm3100 lah. postage aku cover. dia setuju.

masih lagi dalam mode meet-up. aku pos kamera ke kawan aku di kl. kawan aku akan meet-up dgn buyer untuk jual. akhirnya, 9.10.2022, kamera yang disayangi berpindah tangan daripada pemilik di kelantan ke pemilik baru di kuala lumpur. 

Begitulah hidup. yang kita miliki hanyalah sementara. tak pernah kekal.

btw, setelah 2 tahun, harga jual masih di atas rm3000. rasa tak ralat sangat susut nilai seribu selepas dua tahun.








No comments: