18 September 2023
HALOBA DAN IRI
Sering kita terleka
Mengulang rutin yang alpa
Berkiblat cita dan rasa
Tak tersedar diselubung dunia
Sering kita bermimpi
Menyusuri yang tak pasti
Merentangi hari tanpa mengaji
Membawa diri ke lubuk ilusi
Kita haloba duniawi
Mengejar bersama saling iri
Hingga abai hakikat yang pasti
Bahwa hidup selepas basmi
18.9.2023, Lundang Paku
MEMECAH MALAM MAULID
Diselimuti gelap malam
Berteman bintang di angkasa
Mengiringi langkah menuju zawiat
Bersama nawaitu buat yang tercinta
Bergema selawat memecah malam
Lantoran vokal para jemaah
Berkumpul bersama bermunajad
Demi Sang Rasul tercinta
Walaupun tak pernah bersua
Walaupun berbeza beribu zaman
Namun tak terasa kejauhan
Kerana sentiasa dekat dihati
Untuk segala usaha dan derita
Untuk segala perih dan luka
Akan kujaga peninggalan mu
Akan dipanjangkan ke anak cucu
17.9.23, Lundang Paku
BARA BUAT PENERUS
Di sini cinta bersemi
Bersatu dalam perlawanan panjang
Menghambat tirani dari tanah air
Memintal cinta dengan keberanian
Tirani menjajah menggari nurani
Kita bangkit dengan ambisi
Bersama meroboh belenggu pemeras
Mengukir warita penuh damba
Tak ada kenangan substansial
Berbanding melawan para pemeras
Berbekal cinta sebagai senjata
Kita serempak meraih kebebasan
Setiap hela nafas
Kita rayakan cinta dan perjuangan
Mengenang jasa para pahlawan
Menyala bara generasi penerus
12.9.2003, Kota Bharu.
15 June 2023
Cukup
Tahun ni, dah 15 tahun aku hidup bersama awek ni. Btw, hari ni bukan anniversary kami. Anniversary dah lepas. Aku memang x selebrate apa2 perayaan ulang tahun kat medsos. Saje je nak tulis pasal ni.
11 October 2022
10.10.2022 : Kakak Masuk Asrama
Kelmarin, antara hari yang paling bahagia buat kakak. Dan hari yang melangkah ke ruang pembelajaran yang satu lagi. Kakak daftar masuk asrama. Alhamdulillah. Akhirnya.
Selepas dapat tawaran masuk ke sekolah Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), dalam kepala kami dan kakak, memang plan nak duduk kat asrama. Tapi, disebabkan alamat kami di daerah Kota Bharu, jadi, secara automatik, orang KB tak layak duduk asrama disebabkan jumlah kemasukan asrama yang terhad. Dia ambik pelajar diluar daerah KB je untuk menginap asrama. jadi, harapan untuk stay asrama, tinggal harapan.
Namun, cubaan untuk masuk asrama, tidak berhenti disitu. Bermula sesi persekolahan pada 4.4.2022, proses rayuan masuk asrama dilakukan. tak dapat rayu, minta diresearvekan jika ada pelajar yang keluar asrama. dan akhirnya, selepas 5 bulan, mendapat info ada kekosongan asrama setelah pelajar SPM tamat belajar. tepatnya pada bulan 9 kami dapat info ada asrama kosong. jadi usaha untuk masuk asrama terus dilakukan. Kami hubungi pentadbiran asrama untuk pengesahan. dan ianya disahkan ada kekosongan. kami minta detail info untuk daftarkan kakak ke asrama. Maka keperluan untuk ke asrama dilakukan.
Disebabkan dah tengah bulan 9, kami rancang untuk masuk asrama bulan 10. Usaha membeli kelengkapan masuk asrama dilakukan dengan pesat. Dan alhamdulillah, selepas hari ahad cuti Maulidul Rasul, hari isnin, 10.10.2022, kami hantar kakak ke asrama MMP.
Momen hantar kakak ke asrama biasa-biasa je. Takde feeling feeling macam hantar depan asrama bagai. sebabnya, boleh je kalo nak jumpa hari hari pun. Sebab sekolah kat area kb jugak. lepas daftar dan loading barang jam 2.30 ptg, kakak ada kelas tambahan pulak pukul 3.15. jadi, semua kejar masa. So kami berpisah dalam kereta je.
Kelmarin, antara hari yang paling bahagia buat kakak. Sebab dah dapat apa yang dia harapkan. Tapi, hari yang sedih buat adik. Bermula hari tersebut, adik dah takde the only one kawan siang dan malam dia. kami pun sedih juga. tapi adik paling terasa. sebab kakak lah kawan paling rapat dgn dia. sembilan tahun hidup bersama, tiba-tiba nak berpisah. tak dapat bayang apa perasaan adik.
Apa pun, semoga kakak boleh survive dengan dunia baru. Semoga selamat semuanya.