04 January 2020

Maszlee Pejuang Perang Kelas

Selagi Mahathir ada, kita tak boleh berharap banyak sangat kat orang lain. Semua yang berlaku sekarang ni dibawah radar permainan Mahathir. Nampak macam orang lain buat keje, tapi hakikatnya dibawah kelulusan Mahathir. Cukong ke, tak cukong ke, BMF ke, Jawi ke, YTL ke, semua di bawah pantauan Mahathir untuk kepentingan "negara".🤭. Mahathir ni Thanos. dia yang menentukan siapa yang patut hidup dan patut mati dalam politik.

Aku nak tulis pasal Maszlee ni sebenarnya. Tapi intro pasal Mahathir. Sebab, semua yang Maszlee buat pastinya dibawah restu Mahathir. Maszlee pulangkan jawatan pun atas nasihat Mahathir. Jadi, selama Maszlee bekerja, terima kasih juga lah Mahathir sebab merestui apa yang Maszlee buat.

Maszlee buat apa? banyak lah kalo nak tulis semuanya. Yang baik, yang tak baik, semua ada. Tulis panjang bukan org baca pun. Tengok gambar je lah. Gambar sejarah Maszlee. 

Aku tak harap banyak dgn Maszlee masa dia baru naik itu hari. aku cuma harap beban beg murid murid tahap satu dapat dikurangkan. bukan stakat beban beg, exam tahap satu pun dia mansuhkan. nampak macam biasakan. tapi exam ni adalah sebuah kemenangan paling utama yang patut dirai dalam PERANG KELAS. orang putih cakap, CLASS WAR.

sebelum zaman maszlee, hari pertama masuk darjah satu adalah hari exam. exam pertama dalam hidup murid untuk diKELASkan mengikut kepandaian. pada aku exam ni tak adil. sebab fasa kepandai murid di peringkat awal tak setara. orang kaya hantar anak kat tadika mahal, orang kurang kaya hantar kat pasti atau kemas. ada orang tak mampu tak hantar anak kat tadika, terus masuk darjah satu. jadi, exam pengkelasan ni tak setara. ni nanti ada yang cakap pengkelasan ni senang cikgu nak ajar antara budak pandai dengan budak tak pandai. masalahnya, bila ko start darjah satu dah duduk kelas corot, susah la nak catch up budak kelas pandai. Jadi aku gembira dengan apa yang maszlee buat.

Tahap satu belajar sama rata. Pandai ke tak pandai ke, duduk sama sama satu kelas. Bukannya pandai duduk dengan pandai, tak pandai duduk dengan sama tak pandai. Sistem pengkelasan gini menjadi titik pertama sistem kasta dalam masyarakat kita. Maszlee hapuskan pengkelasan gini. Tahap satu takde exam. Start darjah 4 baru ada exam. Jadi sepanjang 3 tahun pertama tu, semua murid pandai dan kurang pandai belajar benda yang sama secara adil. Jadi bila nak exam masa darjah 4, semua berada pada tahap yang sama. Lepas ni ada ah yang hantar anak gi tuition sebelum darjah 4. Hehe.

Satu lagi sistem kelas yang maszlee hapuskan ialah, BUDAK PANDAI AMBIK SAINS, BUDAK TAK PANDAI AMBIK SASTERA. sistem ni diganti dengan sistem STREAM iaitu pengajaran subjek sains, teknologi, membaca, seni dan muzik. Sistem STREAM ini akan bahagikan pelajar mengikut laluan pengajian berdasarkan kemampuan INTELEK dan MINAT, bukannya mengikut keputusan peperiksaan PT3. jadi lepas ni takde lagi istilah yang ambik SAINS budak pandai yang ambik SASTERA budak tak pandai. Dan yang lagi penting, boleh pilih subjek ikut MINAT.

ok aku nak tulis dua perkara ni je. Untuk perkara ni aku nobatkan Maszlee sebagai TOKOH AKTIVIS PERANG KELAS yang mementingkan PENDIDIKAN UNTUK SEMUA.

No comments: