23 November 2010

Lupakan iPhone seketika, Lihatlah John's Phone


Kalau anda sukakan Apple iPhone kerana ia lengkap dengan pelbagai fungsi serbaguna, apa pula pandangan anda pada telefon bimbit yang tidak ada fungsi sehebat iPhone?

Telefon bimbit yang diberi nama John’s Phone ini diberi nama jolokan sebagai Anti-iPhone disebabkan spesifikasi malah teknologinya yang amat bertentangan dengan iPhone.

Apple iPhone vs John’s Phone
Telefon bimbit paling ringkas, paling minimum dari segala aspek ini hanya mempunyai satu fungsi asal ciptaan telefon bimbit, untuk menelefon! Malah ia tidak mempunyai fungsi biasa seperti khidmat pesanan ringkas sms, fungsi jam, apatah lagi fungsi kamera!

Fungsi phonebook? anda kembali kepada zaman kertas dan pen, kerana untuk fungsi buku panggilan, anda hanya akan diberikan kepingan nota dan pen kecil yang disertakan pada bahagian belakang John’s Phone.

Yang menarik, bateri telefon bimbit ini mampu bertahan lebih 3 minggu! Telefon bimbit ciptaan dari Belanda tersebut dikatakan telah mula dijual dengan harga €69.95 (RM300.00+?).

Rekaan John’s Phone yang ini didatangkan dengan 5 corak rekaan warna berbeza, snow, grass, tree, business dan sweet.

maklumat lanjut: http://www.johnsphones.com

1 comment:

dwenrasid said...

nice blog....
thanks for sharing