03 November 2009

BERCUTI SAMBIL BERAMAL

dua bulan yang lepas, kawan aku dari DBP call aku mintak tulis satu artikel pasal kolektif.untuk majalah Dewan Siswa. kawan aku dah bagi guideline ah nak tulis pasal apa. memandangkan dia dah bagi guideline, aku terima tawaran menulis tersebut. aku ni susah sikit nak menulis kalo takdek guideline. otak aku sering bermain dengan perkara-perkara besar. sampai aku tak dapat capture benda benda kecik depan mata. itu masalah aku.

dia mintak aku tulis pasal SATU kolektif jek. jadi, aku pun pilih HUMAN FIRST COLLECTIVE sebagai subjek untuk aku menulis. aku kontek cikgu fazri mintak nombor tepon "bos" HFC. cikgu fazri cakap dalam kolektif mana ada bos, sambil tu dia kasi nombr aniq. hehe. maka, bermula lah perhubungan aku dgn aniq melalui medium sms. aku banyak rfer aniq mengenai apa yang HFC buat. finally, aku siap tulis satu artikel pasal HFC. siap sebelum dateline.

aku submit kat kawan DBP aku tu. dia baca, dan dia cakap artikel aku tu agak "keras". dia mintak aku lembut kan sikit artikel tu. jadi aku edit sikit. lepas tu aku submit lagi skali. dan kawan aku suka dengan artikel baru tu.dia suka, aku pun suka lah.hehe. tapi artikel lepas aku edit ni memang aku pun suka jugak. aku berpuas hati dengan artikel ni.

tiba-tiba, kawan aku email cakap 2nd editor dia nak suruh aku edit lagi artikel tu. 2nd editor Dewan Siswa call aku cakap apa yang sebenarnya dia nak aku tulis. lepas calling calling tu, baru aku tahu bahawa berlaku salah faham antara editor Dewan Siswa dengan kawan aku tu. editor Dewan Siswa nak suh aku tulis berkenaan dengan banyak kolektif. dia tak nak artikel yang totally tulis mengenai HFC jek. dia nak ada banyak-banyak kolektif.dia cakap artikel sebelum ni dah ok dah. cuma nak kena tambah citer mengenai kolektif kolektif lain jugak. aku cakap, aku boleh buat. cuma nak kena extend dateline lah. sbb aku agak sibuk on that time. dia kasi masa lagi seminggu untuk siapkan artikel. seminggu tu lebih dari cukup dah sebenarnya. tapi korang nak tau tak, aku edit artikel tu pada tarikh akhir artikel tu kena submit. bukan sengaja nak buat mcm tu, tapi kesibukan kerja aku membatasi proses penulisan.

dah edit pun last last minit. aku memang tak puas hati dengan artikel aku tu. memula pikir, macam tak nak submit jek artikel aku tu. tapi pikir pikir balik, diorang dah sediakan space untuk aku, jadi aku pun submit jugak lah. pukul 8 pagi aku start edit. pukul 9 dekat dekat nak pukul 10 siap edit. edit lebih kurang jek. jam 2 aku submit artikel tu.

aku submit artikel tu kat kawan aku. aku cakap kat dia, aku memang tak puas hati dengan artikel tu. so, pepandai korang ah nak edit kasi best macam mana. pun tak follow up dengan perkembangan artikel tu. malu nak tanya sebenarnya. sbb artikel tak best.

tup tup, pertengah bulan 10 lepas, kawan aku cakap, artikel aku masuk dewan siswa. dia cakap tahniah. dia kata artikel aku akan keluar majalah dewan siswa keluaran bulan 11 nanti. aku tersenyum jek baca teks dari dia. tapi berdebar debar jugak. aku takut diorang edit artikel tu sampai mesej jadi lain. aku tak kisah diorang nak edit artikel aku, asalkan mesej yang aku nak sampaikan diorang tak kacau. ko nak edit struktur ayat ke, nak edit tatabahasa ke, nak edit ejaan ke, silakan. janji mesej asal yang aku utarakan tak terpesong.

dan skang dah bulan 11. on the way nak gi opis, aku singgah kedai buku dan beli majalah Dewan Siswa. pastu aku baca artikel yang aku tulis tu. aku tengok ada sedikit perubahan. tapi aku puas hati dengan artikel tu walaupun dah berubah serba sedikit. pastu aku mesej aniq: "ko dah beli majalah Dewan Siswa? :)"




[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]


nota: terima kasih kepada encik fadli (kawan dari DBP) kerana sudi menjemput aku menulis.

No comments: