15 July 2009


SELSEMA BABI

Assalamualaikum,

Saya baru saja menghadiri mesyuarat berkaitan H1N1 di Pejabat Kesihatan Daerah Machang. Antara kandungan mesyuaratnya adalah - dengan perkembangan semasa, selsema h1n1 dianggap sama seperti selsema biasa (seasonal flue). Pihak kesihatan tidak lagi 'mencari kes', dan semua kes selsema yang datang ke klinik diberi rawatan yang sama. Hanya kes - kes yang mempunyai komplikasi sahaja (ie: jangkitan paru-paru dsb) akan dimasukkan ke wad dan dijalankan penyiasatan. Penekanan sekarang adalah lebih kepada kebersihan diri.

Semoga dapat membantu.

Sekian, terima kasih


DR. NIK MUZAIMAN MUSTAPHA
Pegawai Perubatan
UiTM Kelantan


No comments: