NO ONE SHOULD CRY part 4. Sedikit cerita cinta NOSC 1998 – 2001.
BY HAFEEZ AMAN.
Sambungan dari bahagian 3.
Dean start buat Papakerma Paper Distro. Ia berkembang pesat dengan penyertaan Faisal, Nazier dan Firdaus yang kemudiannya diganti dengan Encik Novianto Rachman. Banyak bawak band band luar datang Malaysia khususnya dari Jepun. Masa awal awal distro ni (sebelum jadi Papakerma Records sekarang) hanya edarkan bahan bahan bacaan aje. Salah satu edaran terawal diorang adalah Fanzine dari Filipina yang nama dia aku dah lupa. Kalau tak silap la.
Pudien ngan Jera pulak buat Burnhate distro. Tiap tiap bulan keluar distro list baru. Hebat juga. Banyak angkat band band DBeat ngan crust je. Aku ngan Dean ada ara ura nak buat label juga dengan nama Emolution Records. Dah kontek baik punya dengan This Machine Kills nak release Discography diorang, tiru bebudak yang release discography Code 13. Asas ke sapa ek? Lupa. Tu Steve Aoki tu. Later early this year Dean inform aku bahawa Steve (Dimmak records yang keluarkan Panic At The Disco) ni adalah abang pada model comel, Devon Aoki. Kalau aku tahu dulu time interview untuk Cintakan Aman #10 aku minta nombor telefon adik dia. haha Tapi terbengkalai projek tu.
NOSC darimana start nya NOSC ni? Ia bermula dari budak budak ni lah. Tapi jangan tak tahu, dalam lipatan sejarah yang tidak diketahui, Kota Bharu masa tu ada 2 kolektif. Satu NOSC lah dan satu lagi CPFE. Heheh Co-Punx Far East sebab dari jaluran Co-Punx collective yang ada kat penang masa tu. ahli kolektif CPFE ni ada dua orang aje. Aku ngan Faisal, hahaha. Siap ada tabung wa cakap lu.
Kami masa tu banyak buat weekend activity. Dari tukar zine, tolong memember buat zine, cari sapa lagi punk HC kat kelantan yang buat zine dan macam macam. Maka sebab masa tu member belah belah JB ngan KL dah start buat collective maka kami pun buat lah satu supaya senang nak buat activity. Collective ni takde nama sampailah satu hari tu kami ada rilis satu booklet tentang Racism. Aku saja letak nama Network of Solidarity Collective, sekali semua pula suka maka lekatlah nama tu. maka femes la aku sebagai orang yang bertanggung jawab memberi nama kepada NOSC itu hahaha. Kepada gadis gadis yang ingin kapel ngan orang femes macam gua, nanti kita kontek kontek. Jangan risau pasal nama anak-anak. Hehehe.
Banyak la jugak buat activity sebab kami memang active masa tu. Nak kuatkan scene punya pasal. Mini gig, Gathering, macam macam. Yang selebihnya hanya lepak dekat Parking atau Riverside (dekat Tambatan diraja) sambil berpakaian compang camping. Nak buat camne, kami semua peace punks. Hahaha. Pakaian mesti compang camping. Seluruh tubuh adalah medium komunikasi. Hehe. Masa tu scene baru lepas habis berdebat pasal Straight Edge lawan Posi Core/Muslim Core. Pastu berdebat pula tentang Chaos Punk dengan Peace Punks. Pastu Political Correctness, anarchism dan macam macam lagi. Almaklumlah, semua orang nak jadi macam Jimbo dan Parkinson serta ideology anarko punk nya. Barulah Broken Vision. Hehehe. Yang paling best ada member dari Pulai Serai terengganu yang buat ideology sendiri. Straight Oi!. Jangan main main. Hahaha.
Bersambung ke bahagian 5.
sumber: www.cintakanaman.blogspot.com

No comments:
Post a Comment