NO ONE SHOULD CRY part 1. Sedikit cerita cinta NOSC 1998 – 2001.
BY HAFEEZ AMAN.
Biasalah introduksi kenalah serious.
Hehe. Aku pernah cakap pada Dhani dulu yang aku akan mulakan satu projek dimana aku nak tulis kononnya novel lah tentang NOSC ataupun nama penuhnya Network Of Solidarity Collective ni, tapi aku tak buat sebab aku malas. Ada pernah tulis sikit first page yang aku tepek dalam blog aku yang aku dah delete dulu tapi setakat tu je la. So memandangkan aku ada masa free sikit maka tak salah lah aku menulis sikit tentang rentetan sejarah anak anak muda punk hardcore dalam NOSC ni. Baru Komunikasi Bunuh Kejahilan! Bak jeritan lagu Ancaman.
Aku sendiri mula berkenalan ngan scene punk HC masa tahun 1995. Masa tu aku dengan Jera (editor CorePack Fanzine, Jeritan Batinku Fanzine, Burnhate Distro) aje yang saling berkontekan. Lagipun sekampung. Senang le. Tiap tiap hari aku lepak dengan jera sambil pinjam kaset kaset dia.
Aku berkenalan dengan dunia fanzine melalui Jera jugak yang kasi/jual kat aku OUT OF STEP fanzine. Maka dari situlah timbul idea untuk aku buat zine juga. Abstained Agogo fanzine #1 terbit pada tahun 1997. Lepas tu Ayeh (editor A Peace Destination Fanzine, Now and Again Newsletter) join jadi second editor. Tapi masa tu Ayeh ni skinhead. Hehehe. Fanzine aku tu masuk Blasting Concept dua kali sekali Fanzine Jera. Bangga seh!
Faisal atau nama samaran dia Dhani mucuk, kontek aku dari Penang. Bila dia balik Kelantan time cuti sekolah dia kontek aku. Dia perkenalkan aku pada band Ravage masa tu. Aku ngan Ayeh pergi jumpa dia kat rumah dia di Nilam Puri. Sebab dia ada adik pompuan, maka selalulah kami lepak rumah dia kononya ingin berbincang tentang punk HC. Haha. Last sekali dia pun join jadi sub editor Abstained Agogo Fanzine yang hidup sampai isu 7 yang mana kali terakhir keluar pada tahun 2003 kalau tak silap aku. Isu paling femes adalah isu Split dengan zine Homiside, zine Bidan dari Melaka.
Aku Ayeh ngan Faisal selalu lah dok cari kawan kawan yang dari Kota Bharu juga sebab masa tu takde scene yang betul betul solid lagi dekat KB kecuali scene Skinhead dengan KB Rebel Squadnya. Band famous KB masa tu The Panic. Walaupun kami 3 orang aje masa tu (Jera dah masuk UM ambik Law), kami kira agak radikal jugaklah. Hari sabtu turun sebar pamphlet anti McDonald dengan Anti Shell. Kat belakang Mydin tu lah. Sebar pamphlet Anti McD depan McD. Gile gangster.
Lalu kami jumpa dengan Pudin (second editor CorePack, Burnhate distro) melalui Jera. Muka dia macam orang jawa dan dia sangat hebat melukis. Maklumlah orang seni. Maka selalulah kami lepak di cafeteria Parking sebelah Hankyu Jaya tu. tapi aku dah tak tahu apa nama shopping Mall kat sebelah parking tu sebab dulu nama MunLoong, pastu Hankyu jaya, pastu Naim Jaya pastu last sekali aku dengar dah jadi The Store no 3 kat kelantan.
Bersambung ke bahagian 2.
sumber: www.cintakanaman.blogspot.com

No comments:
Post a Comment