19 July 2008

HARI SABTU YANG INDAH
ini hari, aku mengemas BILIK aku yang dah lama tak dikemas. kalau korang tengok bahagian link kat tepi kiri ni, ada sedikit perubahan rupa bentuk. aku susun elok-elok link mengikut klasifikasi masing-masing. dan aku telah buang semua link yang mana web tersebut dah tak wujud lagi. jadi, sekarang aku rasa lebih selesa dengan keadaan BILIK aku sekarang. :)

lepas kemas BILIK, aku rasa nak makan roti canai. lantas aku ke bandar. 5 minit perjalanan, aku tiba di tengah-tengah bandar kota bharu. aku park kereta kat depan syarikat Jaffar Rawas. salah satu syarikat islamik yang terkenal kat kota bharu ni. segala macam benda dia ada jual. buku, cd, kismis, kain semayang, sejadah dan sebagainya. pendek kata, Jaffar Rawas ni lebih kurang macam MyDin ah. lepas park kereta, aku pegi pekena roti canai. dah abis makan roti canai, aku melangkah ke tempat parking kereta aku. aku tengok, waktu parking aku masih panjang. jadi, aku pun menghabiskan masa tu kat kedai Jaffar Rawas. aku pergi tengok2 buku kat sana. banyak giler buku kat situ. macam library. dan kebanyakkan bukunya berkenaan dengan hal-hal islamik. terdetik di hati aku untuk beli sekeping dua buku. aku pun dah lama tak beli buku. dalam dok merayau-rayau kat situ, aku tengok kat satu sudut, ramai orang dok membelek-belek buku kat situ. aku pun ke situ. aku tengok, buku-buku kat situ dijual dengan harga diskaun 50%. kebanyakan buku-buku lama. tapi tak jadi masalah. buku-buku lama pun bermanfaat jugak.

dan aku akan lama membelek buku-buku lama tersebut. akhirnya, aku memilih untuk membeli 4 naskah buku berikut:

+ 20 KESILAPAN IBU BAPA
+ TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MUSLIM
+ IBU SEJATI : KELAHIRAN, PENJAGAAN & PENDIDIKAN ANAK CEMERLANG
+ PENDINDING INSAN MUKMIN : SENJATA DARI MENAHAN HASUTAN SYAITAN.

aku beli buku-buku tersebut dengan harga RM14. murah kan. :)

No comments: