SIAPA YANG LAYAK MENENTUKAN HIDUP KITA?
semalam gua tengok rancangan Jemputan Umrah kat cenel Astro Oasis. cerita dia mengenai sepasang suami isteri yang memenangi hadiah untuk pergi umrah setelah menghantar surat tunjuk sebab kepada rancangan tersebut kenapa mereka nak pergi umrah. sepasang suami isteri ni nama dia Pak Cik Mokhtar dan Mak Cik Azizah.
kisahnya berlaku setahun lepas, bilamana anak sulong (lelaki) pasangan ni yang sekarang berusia sebaya dengan aku memberitahu mak ayah dia yang dia minat dan nak berkahwen dengan sorang awek cun dimatanya. menjadikan keadaan lebih dramatik adalah, si ibu tidak berkenan dengan pilihan si anak. hancur hati ibu dengan pilihan anak. hancur hati anak dengan keputusan si ibu. si anak dan si ibu masing-masing berkeras dengan keputusan masing-masing. si anak tetap dengan pilihan dia. dan mak dia pulak tetap tak berkenan dengan awek pilihan anaknya. selepas kejadian tersebut, si anak membawa rajuk diri sebagai protes kecewa terhadap keputusan si ibu. tidak ada komunikasi aktif seperti biasa, banyak berdiam diri, banyak menyendiri di bilik. si ibu sedih dengan keadaan ini.
APA ALASAN SI IBU SEHINGGAKAN TIDAK BERKENAN DENGAN PILIHAN ANAK?
alasan mak cik azizah ni langsung aku tak boleh terima. kalo aku jadi anak dia pun, aku tak dapat terima. mak cik azizah ni tak berkenan dengan pilihan anak dia disebabkan AWEK TERSEBUT SEBAYA DENGAN ANAK DIA. dikatakan juga, AWEK TERSEBUT NAMPAK EGO. dan dituduhnya juga AWEK TU HANYA NAK KAN HARTA/KEDUDUKAN ANAK DIA yang berpangkat kapten. atas alasan ini, mak cik azizah beranggapan, KALAU MEREKA KAWEN SEKALIPUN, MEREKA KOMFOM TIDAK AKAN BAHAGIA. "dia [lelaki] buat kerja dia, dia [perempuan] buat kerja dia. masing-masing buat kerja masing"-mak cik azizah berkata. "kita sebagai orang tua kita dapat tengoklah kan orang tu macam mana perangai dia kan. kita sebagai ibu ni lebih tahu menilai yang mana baik yang mana buruk..." - kata mak cik azizah lagi.
aduhhhhhhhhh... menyirap jek gua dengar alasan mak cik azizah ni. dan secara spontannya di hadapan mak ayah aku,aku mengeluar perkataan "ekeleeee... dia yang ego cakap orang lain pulak ego". aku tengok rancangan ni bersama mak ayah aku. mak ayah aku yang beria-ria mahukan aku tengok rancangan ni sebenarnya. sebab, mak cik azizah dan pak cik mokhtar ni sedara kami. sedara jauh. tak kiralah dia sedara ke tak. yang pasti pada aku makcik azizah ni ego. kenapa aku cakap dia ego? sebab dia nak puaskan hati dia tanpa menghiraukan kehendak anak dia.
lama jugak rancangan Jemputan Umrah ni. sejam. jadi, banyaklah diorang cover cerita dilemma si mak cik azizah ni. diorang ada buat temubual dengan orang ramai tanya pasal nak kawen ikut pilihan sendiri atau pilihan keluarga. rata2nya jawab ikut pilihan sendiri. diroang ada tunjuk sudutan ceramah Dato' Dr Fadhilah Kamsah berkenaan mencari jodoh, dan diorang ada tanya pendapat ustaz mengenai perkara ni. aku paling suka dengan statement sorang ustaz yang diorang wawancara tu. kata ustaz, jika keluarga tak berkenan mestilah dengan alasan-alasan yang munasabah mengikut lunas-lunas Islam. maksud dia, alasan kena berpandukan ajaran Islam, bukan sebab peribadi.
jadi, persoalan diri mak cik azizah " kenapa Allah bagi ujian sebegini kepadanya. apa salah silap yang dia buat selama ni" adalah perlu difikirkannya secara lebih mendasar. kerana, masalah ini pada aku bukan berpunca dari anak dia, tapi berpunca dari dia sendiri.
menyentuh mengenai pendirian suami mak cik azizah, pada dasarnya, pak cik mokhtar tidak kisah dengan pilihan anak. cumanya, dalam keadaan ini, beliau mengambil keputusan untuk bersama isterinya. beliau memilih untuk bersama isteri dia kerana, kalau dia pilih untuk bersama anak dia, nanti dia akan merasa bersalah dengan isteri dia pulak. jadi, peranan pak cik mokhtar sebagai bapak terhenti di situ. keputusan terletak di tangan isterinya.
aku dan mak ayah aku sependapat. masalah ni senang jek nak setel. ikut je pilihan anak. habis citer. "zaman sekarang ni mak ayah ikut pilihan anak. biarlah mereka pilih. lagi pun, mereka yang nak kawen. mereka yang nak mendirikan rumah tangga. bukan kita.hehehe" - kata salah seorang orang awam yang ditanya dalam rancangan tersebut.
aku, kalau jadi anak pak cik mokhtar dan makcik azizah ni, yang tersepit dalam masalah ni, pasti lepas tengok rancangan Jemputan Umrah semalam, pasti aku akan kecewa yang teramat sangat dengan tindakan si ibu. sudahnya si ibu tidak bersetuju dengan pilihan hati atas alasan-alasan yang tak masuk akal, diberitahu pulak satu malaysia tentang masalah mereka. aduh.... hancur hati beb.
entahlah. tidak semestinya idea dari orang muda itu tidak bagus. dan tidak juga idea dari orang dewasa bagus semuanya. hidup sememangnya berat untuk ditempuhi. namun, seberat mana sekalipun harus dilalui. ibu, ayah dan keluarga memang penting untuk kita. tapi, yang lebih penting pada aku ialah, kesefahaman antara satu dengan lain. dan, toleransi harus menjadi titik keseimbangan dalam mencapai keadaan yang bahagia. saling-saling berkorban untuk kesenangan bersama. hidup kita di tangan kita. pilihan kita. kebahagian kita. kebahagian kita untuk sama-sama dirasai.
No comments:
Post a Comment