22 November 2007

GUA KENA CILOK BEB! ADUH!
kelmarin, masa aku berenti sedut minyak kat stesen minyak petronas, sedang aku menanti pekerja pam tu masukkan minyak, tiba-tiba aku didatangi sesorang lelaki yang tak aku kenali, berumur lingkungan awal 30-an. dia datang menghala ke kerata aku dgn penuh konfiden dan cakap dia kenal aku. dia tanya aku kenal dia ke tak. aku cakap tak kenal, dalam seminit dua aku dok cuba remember saperkah mamat ni, tiba-tiba dia membuka pintu kereta sebelah kiri aku, masuk dan duduk dalam kereta. aku sedikit terkejut. minyak siap di isi,aku kasi duit kat pekerja pam, dan menggerakan kereta sedikit kehadapan. dia masih lagi memusing-musingkan ayat untuk menerangkan siapa dia. beberapa ketika selepas itu, dia cakap secara sangat berkias (tapi bersungguh-sungguh) yang dia sebenarnya nak pergi ke suatu tempat untuk melawat sedara dia mati, tapi kereta dia habis minyak. sebaik saja mendengar ayat tersebut, terdetik sepantas kilat dalam kepala aku bahawasanya: AKU KENA PAU!. siot betul. terkena aku kali ni. tapi aku memang tak bajet. perwatakan dia langsung tak menampakkan dia adalah kaki pau. dan aku jugak tak bajet kaki pau skang dah advance. skills yang diorang guna dah makin hebat. cilakak betul. dah aku dah tau siapa dia dan apa yang dia nak, jadi aku tak cakap banyak. aku cakap, aku takdek duit. gaji pun tak masyuk lagi. jadi aku kasi jek yang mana aku ada. aku kasi rm7. still ada rm50 dalam wallet aku. fuh... nasib baik dia tak mintak wallet. kalo tak, licin beb. apa pun, berdasarkan apa yang aku dah alami, aku sarankan korang agar:
1. PASTIKAN KERETA SENTIASA DALAM KEADAAN BERKUNCI SEWAKTU DI
STESEN MINYAK.

2. JANGAN BUKA CERMIN LUAS-LUAS. BUKA SIKIT JE CUKUP.
3. JANGAN MELAYAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG TIDAK DIKENALI.
diulangi
JANGAN MELAYAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG TIDAK DIKENALI.

No comments: