12 July 2007

HIDUP YANG BERUBAH.
BAB SATU

12.7.07, hari khamis, ini kali pertama aku meluncur ke internet setelah 12 hari tidak berbuat demikian. puncanya, aku telah berpindah ke tempat kerja yang baru. kedudukan posisi kerja aku di tempat baru ini masih sama dengan posisi kerja di tempat lama. tapi corak permainan kerja berubah total. daripada taktik 2-4-4 kepada 1-1-1. maksud aku, aku adalah pemain tunggal di tempat kerja yang baru ini. di posisi aku, cuma aku.


BAB LAPAN
di tempat kerja baru ini, tidak punya apa-apa. bermula dari bangunan kosong kepada tidak kosong. daripada tidak aku perabut, kepada ada perabut. daripada duduk bersila, kepada duduk bersilang kaki di atas kerusi empuk, daripada bangunan berwarna putih buruk, kepada warna purple bercampur biru bercampur putih.


BAB DUA PULUH
tempat kerja baru aku ini, namanya UiTM KAMPUS KOTA BHARU. kampus cawangan kepada UiTM KELANTAN.kewujudannya diinspirasi oleh Dato' Mustapa Mohamed, menteri pengajian tinggi Malaysia. dan pada 8.7.07 yang lepas, Dato' Mustapa datang melawat Kampus Kota. di iringi oleh Dato' Profesor Dr. Ibrahim Shah, Naib Chanselor UiTM Malaysia. 8.7.07, hari paling gila buat semua staf UiTM Kampus Kota Bharu. sudahnya kampus baru ini tidak lengkap fasiliti sepenuhnya, terpaksa pula menyiapkan diri untuk kunjungan orang besar ini pula. namun, semuanya berjalan lancar dengan bantuan Tuhan maha kaya. alhamdulillah.


BAB DUA PULUH DUA
di tempat kerja baru ini, hidup aku berubah. segalanya berubah. diulangi, segalanya berubah. contohnya, jika dulu aku lunch bersama teman seperjuangan, tapi sekarang aku lunch bersama teman hati. sayang G! :).

No comments: