28 December 2006

Tajuk Lama: MASUK BARISAN JIWA KACAU. BUKAN MASUK BARISAN NASIONAL.
Tajuk Baru: MASUK BARISAN YANG SATU LAGI.
buku Masuk Barisan (bukan buku Masuk Barisan Nasional) dah keluar. siap untuk dijual. tapi aku tak nak beli. aku nak yang free. aku mintak dengan Basri. Basri mintak alamat aku untuk dia pos Masuk Barisan kepada aku. dan 16.12.2006 yang lepas, buku Masuk Barisan sampai ketangan aku. yey! aku dapat buku free. hehe.:P. terima kasih ya Basri sebab bagi buku Masuk Barisan secara percuma kepada aku. nanti aku buat buku lagi, aku kasi free kat ko pulak okeh.:).biasalah, adab hidup berjiran, kena saling beri memberi.hehe.:).

seperti biasa, aku akan komen buku yang aku baca tu secara bertulis kalau aku rajin. tapi selalunya aku tak rajin. tapi kawan-kawan punya pasal, ku gagahi diri ini untuk mereview sedikit sebanyak hasil kerja kawan-kawan. maka, dengan itu, sambil membaca sambil aku mencari kekurangan yang terdapat dalam buku MB tu. aku tak nak cari kelebihan, sebab yang harus diper-elok-kan dimasa akan datang adalah kekurangan yang kita ada sekarang. tapi, aku tak jumpa banyak kekurangan. ternyata menggunakan khidmat 3 orang editor memantapkan lagi penerbitan sesebuah buku. shabas! tepuk tangan buat korang [tepuk-tepuk-tepuk].

tapi awal-awal lagi aku dah tau, dari mulut basri sendiri, bahawa Masuk Barisan ini akan jadi buku yang standart-nya diakui oleh DBP.dari segi susun atur ayat, tatabahasa, subjek dan predikat, semuanya dititik berat oleh pihak editorial. dinilai dan ditapis sebagus mungkin, sebelum dipublish untuk tatapan umum. dengan kata lainnya, semua tulisan yang ada di buku Masuk Barisan adalah tulisan yang terpilih. jadi, tak ada kelemahan yang aku boleh komen dari sudut tulisan yang terdapat dalam Masuk Barisan. semuanya bagus. walaupun gaya bahasa agak formal, mood membaca blook masih ada.

kalau tang tulisan tak ada kekurangan, kat mana lagi aku nak cari kekurangan? tang susun atur buku? kalau bab susun atur aku tak ada masalah. memang begitulah keadaan susun atur sebuah buku. sekeping-segi empat-macam biskut cream creakers. tapi bagus juga kalau kadang-kadang kita cuba susun teks dalam buku dengan keadaan yang sedikit berbeza dari buku-buku yang biasa kita baca. mengenai kreativiti maksud aku. apa pun, aku jarang nampak masalah timbul disebabkan susun atur.

cumanya, kalau aku jadi penyelenggara Masuk Barisan, aku akan besarkan sedikit saiz font bagi tajuk entri. biar nampak perbezaan antara TAJUK dan ISI.

No comments: