19 June 2006

UNTUK RUANGAN FORUM ZINE CIKUI.
hai dhani,saya cikui dari labuan.salam perkenalan dari saya.sebenarnya,saya ada membuat sebuah zine.jadi di dalam zine tu saya ada membuat satu ruangan forum yang di mana saya bertanyankan pendapat kepada seseorang.saya haraap saudara tidak keberatan untuk memberi pendaapat saudara..
ini soalanya.


SOALAN:
kita semua sudah tahu bahawa,perkerjaan dan pembelajaran itu adalah perkara penting dan juga rutin di dalam hidup kita.sebagai seorang yang bergiat di dalam dunia hc/punk adakah anda merasakan bahawa diri anda sudah menjadi seorang yang hipokrit apabila anda di alam perkerjaan dan pembelajaran. kita semua tentu sudah tahu mungkin apa yang kita tentangkan di dalam hc/punk sudah tentu ada jika kita berkerja atau pun belajar.jadi apakah pendapat saudara,adakah kita tidak payah bekerja supaya kita dapat merpejuangkan hc/punk ini dengan lebih dalam lagi.

JAWAPAN:
ada tiga perkara yang saya highlight-kan daripada soalan anda di atas, iaitu: 1]perkerjaan dan pembelajaran. 2]hipokrit. 3]apa yang kita tentangkan.

membaca sepintas lalu dari persoalan yang ditimbulkan, apa yang dapat saya fahami ialah,saudara berpendapat belajar dan bekerja adalah tindakan yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dengan oleh punk/hc. terus terang saya katakan bahawa saya tidak setuju dengan penyataan saudara. ya, mungkin saudara melihat bekerja dan belajar adalah menyumbangkan keuntungan yang besar kepada kapitalis [saya bilang "mungkin" kerana subjek yang diutarakan terlalu umum. makanya, saya tidak tahu apa maksud soalan sebenar]. padahal, bekerja tidak seharusnya di syarikat milik kapitalis dan belajar tidak seharusnya cuma di sekolah. jadi, apa yang menyebabkan kita seorang punk jadi hipokrit jika belajar dan bekerja?

saya sempitkan pandangan saya. mungkin soalan mengatakan para punk/hc hipokrit dalam perjuangan kerana belajar dan bekerja setelah melihat situasi yang mana rata-rata dari kita membesar di sekolah dan bekerja di pejabat milik kerajaan kapitalis. dan ini sangat sekali bertentangan dengan pendirian punk itu sendiri yang menentang kapitalis. makanya, wujudlah keadaan hipokrit seperti yang dimaksudkan.

untuk menjawab soalan saudara, saya pecahkan jawapan saya ke dalam 3 kategori yang saya highlight-kan di atas.
1]perkerjaan dan pembelajaran.
-belajar dan bekerja adalah sebahagian kitaran hidup kita sebagai manusia. kita tidak boleh lari dari perkara ini. walaupun demikian, pilihan tetap ada. mau belajar di sekolah milik sosialis atau kapitalis? mau bekerja di syarikat sendiri atau kapitalis? makanya, keputusan terletak di tangan kita. saya bercakap tentang pro-pilihan. jadi, mau jadi cerdik atau bodoh? kita ini hidup di dunia yang busuk. sampai saatnya kita tidak dapat lari dari kebusukan itu. makanya kita harus terjun ke dalam kebusukan tersebut dan mencipta keindahan.

2]hipokrit.
-bercakap tentang hipokrit bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun ianya dalam konteks punk/hc. menjadi punk/hc adalah menjadi diri sendiri. makanya, kita tidak harus menghukum seseorang yang kita lihat sudah "terpesong" dengan apa yang [maksud] punk sudah tertulis di zine-zine. cukup sekadar dia tahu apa yang dia mahukan dan tidak melakukan tindakan yang mengganggu hak orang lain, pada saya itu sudah cukup punk.

3]apa yang kita tentangkan.
-bila berbicara tentang apa yang kita tentang, ini akan menampakkan kehipokritan masing-masing. pada saya, masih ramai yang tidak tahu apa maksud punk yang sebenar. jika tahu sekali pun, mereka tidak mempraktik apa yang mereka sepatutnya lakukan. dan disini istilah hipokrit selayaknya digunakan.sebagai contoh: punk menganjurkan kehidupan yang tidak memperlecehkan wanita, sedangkan mereka yang mengaku punk itu sendiri masih lagi melakukan perlecehan terhadap wanita.jadi, ini adalah hipokrasi dalam perjuangan. saya tidak mahu menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut. pada saya, masih ramai mereka yang mengaku punk yang tidak faham dengan apa maksud punk. jadi, mereka tidak tahu apa yang harus di lawan sebenarnya. yang harus diketahui oleh seorang "punk" ialah, bila dan dimana acara gig seterusnya akan berlangsung. hadir ke gig sudah cukup untuk membuat kita "pun"k. tidak perlu tahu apa yang harus ditentang/dilawan kerana kita tidak pernah akan menang dalam perlawanan sebegini sedangkan kita sendiri tidak kenal siapa kita, masakan kita mengenal siapa musuh kita. jadi, marilah kita ke gig beramai-ramai.;).see you in mosh pit bebeh!



nota: jawapan saya kepada soalan di atas ada tersirat di dalam 3 point yang saya huraikan tersebut. cari yang tersirat ok.;)


p/s:- aku nak ucap terima kasih pada cikui yang sudi ajak aku berdiskusi. dan nak mintak maaf jugak dengan cikui sebab aku tak hantar jawapan ni pada dia. bukan aku tak nak hantar, tapi dah lewat ah. aku dah dapat lama dah soalan ni. cuma baru sekarang aku berkesempatan nak menjawab. jadi, sebagai gantinya, aku letakkan jawapan aku kat sini agar hajat cikui mewujudkan "ruangan forum" di zine-nya untuk berkongsi pendapat dengan pembaca kesampaian. sekali lagi aku minta maaf pada cikui.

No comments: