Email
“apa email awak dhani?” – Norhazliana bertanya kepada aku. “merahdanhitam at yahoo dot com. merah dan hitam tu rapat” – aku menjawab soalan. “oh awak suka kaler merah hitam eh…” – Norhazliana menyambung.
Kenapa merah dan hitam? Yang pasti merah bukan warna kesukaan aku. Hitam aku suka. Jadi kenapa merah dan hitam? Soalan ini sering ditujukan kepada aku. Ada yang kaitkan email aku ni dengan band Dewa yang sebelum ini muncul dengan warna merah dan hitam untuk album “Laskar Cinta”. Hakikatnya aku telah mengguna email merahdanhitam@yahoo.com sejak dari Dewa meriliskan album “Bintang 5” lagi. Dan untuk album “Bintang 5” warna yang mereka gunakan ialah biru. Jadi, kaitan email aku dengan band Dewa adalah tidak betul. Sebetulnya, aku sedang membaca sebuah majalah Anarko Sindikalis yang berjudul Red And Black Revolution disaat aku terkial-kial mencari apakah perkataan sesuai yang aku harus gunakan untuk email baru. Pada masa tu aku memang tertarik untuk mendalami idealogi Anarko Sindikalis. Jadi, bersesuaian dengan keadaan aku pada masa tersebut, aku rasa agak cool jika aku guna perkataaan merandanhitam untuk email baru aku. Merah dan hitam adalah translasi kata asal nama majalah Red And Black Revolution.:).
Merah
Setiap kali aku menyertai mana-mana demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur mahupun di Pulau Pinang, pasti merah akan mewarnai suasana demonstrasi tersebut. Hampir kesemua yang menyertai demonstrasi memakai baju berwarna merah yang tertulis slogan-slogan Sosialisme. Dengan itu aku tahu mereka adalah orang-orang sosialis. Aku bukan sosialis kerana setiap kali turun berdemonstrasi aku mengenakan baju berwarna hitam.:). Merah untuk sosialis. Hitam untuk?
Hitam
Pasti rakyat Malaysia lebih mengaitkan warna hitam dengan kumpulan Black Metal. Namun pada aku hitam adalah warna pemberontakan, warna revolutionaris, warna anarkis! Sememangnya komuniti punk/hardcore yang aku tergabung ini sebahagian daripada apa yang terkandung dalam Anarkisme. Kerana itu banyak anak-anak punk/harcore yang berpakaian hitam. Jika merah untuk sosialis, hitam untuk anarkis. Dan Anarkisme memang sudah bertapak di Malaysia. Pasti ada yang tidak tahu apa itu Anarkisme. Taip saja “Anarchism” di search engine ataupun wikipedia di internet pasti anda akan tahu apa itu Anarkisme. Oh ya, tidak bermakna aku anarkis kerana berpakaian hitam.:).
Bersatu
Setiap kali aku menghadiri gig (mini konsert) anjuran anak-anak punk/hardcore, suasana jadi gelap gelita kerana hampir semua manusia yang datang gig memakai baju hitam. Sebaliknya setiap kali demonstrasi diadakan, bumi jadi merah menyala kerana hampir semua orang memakai baju merah. Dua keadaan yang berbeza dan tidak bersatu. Padahal aku sering memimpikan seluruh warna (baca: idealogi) yang ada di dunia ini bersatu menjadi satu warna yang unggul. Aku impikan suatu hari nanti bumi ini akan dihuni oleh sebuah masyarakat aktivis. Cukup cuma sebuah masyarakat aktivis. Sebagai permulaan untuk mencapai apa yang aku impikan ini: di sini, berdiri tegak, sambil tangan menumbuk langit aku berkata dengan bersemangat “BERSAMA MEWUJUDKAN MASYARAKAT AKTIVIS!”
No comments:
Post a Comment