26 April 2006

TUNGGU AKU DI JAKARTA.
hari ni 25.4.06, jam 10 pagi, selepas breakfast, aku baca paper Berita Harian yang ada di meja. selak punya selak, aku tengok iklan AirAsia yang promote harga tambang murah ke serata tempat. aku tengok destinasi ke Jakarta. harganya dari rm40. rm40 memang murah. tapi kalo nak harga tiket rm40, booking hari ni, tahun depan baru dapat pergi Jakarta. :P. apapun, aku tertarik dengan iklan tersebut. terlintas untuk aku log on ke website airasia untuk melihat informasi detail tentang iklan tersebut. tapi sekarang aku di kampung. tak ada access internet. jadi, aku hantar sms kepada fad dan toni mintak diorang login website airasia cek tiket murah ke Jakarta, dalam masa yang sama aku ajak diorang pergi ke Jakarta bersama-sama hujung tahun ni. Toni reply sms, cakap dia tak dapat pergi sebab hujung tahun ni dia nak pergi Mekah. Fad juga reply sms. Fad cakap nak pergi. Fad suruh aku booking tiket. tapi aku tak ada kad kredit nak beli tiket. Fad pun tak ada kad kredit jugak. jadi, fad ajak Zafirah yang ada kad kredit.hehe. zafirah stuju nak pergi bersama. jadi, zafirah booking/beli tiket untuk kami semua. selama seminggu, bermula 5.9.06, faisal+fad+zafirah akan berada di Jakarta. kepada Kak Dete, Hanny, Eva, Erin E.L.I, Sayap Imaji, Ibu Novianni, Rama Wirawan dan rakan-rakan di sana, tunggu aku di Jakarta. :)

No comments: