02 April 2006

MAJLIS SANTAPAN MALAM: Anjuran Majlis Jaksa Pendamai [JP] Kelantan.
Malam 1.4.06, aku menghadiri majlis dinner anjuran JP kelantan atas jemputan pakcik aku bersempena dengan Hari Ulangtahun Kelahiran Sultan Kelantan yang ke 56 yang berlangsung di River View Hotel, Kota Bharu. Acara yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 12 malam ini dipenuhi dengan acara nanyian dan tarian oleh para artis dan juga pada JP sendiri. antara artis yang hadir pada hari semalam ialah Sharifah Shahiran [sebagai pengacara], Azharina [penyanyi] dan juga Rossa, penyanyi terkenal yang diterbangkan khas dari indonesia. Aku kira aku kurang bernasib baik malam tadi kerana aku duduk di meja yang paling jauh dari stage utama. namun tidak mengapa kerana meja aku agak dekat dengan meja sultan. dan mata aku tak putus2 melihat raut wajah isteri Tengku Mahkota yang berasal dari Bangkok itu. Lawa sungguh orang thailand ni ya! hehe. :P. ampuunnnnn tuanku! :)

p/s:- semua gambar di bawah adalah sedara mara sepupu sepapat aku. geng orang BESAR kelantan. aku sorang jek orang kecik. :). sila klik gambar di bawah untuk paparan gambar yang lebih besar.













No comments: