02 March 2006




AKTIVITI: BERCANDA DI TEPIAN TASIK
TARIKH: 11.3.06 [Sabtu]
MASA: 10 pagi - lewat malam
TEMPAT: Artport, Galeri Shah alam, Tasik Shah Alam.
TIKET: Donasi [sumbangan ikhlas dari anda ini akan digunakan untuk membayar kos instrument dan juga kos-kos berbayar yang lain. Jadi, donate-lah sebanyak mungkin.J.terima kasih.]


[ATURCARA]
> Pameran dan jualan zines/buku-buku underground.
> Penerangan ringkas tentang acara yang dianjurkan.
> Diskusi tentang zine/alternatif literatur. Panelis: ________, ______ & _______.
> Persembahan musik band-band independent tempatan dan juga band jemputan khas dari Jepun.

*juga akan terdapat persembahan pemusik bebas [busking] dari rakan-rakan sekitar KL sepanjang aktiviti berlangsung.


[PERSEMBAHAN BAND]
1] AKTA ANGKASA - space rock from angkasa lepas
2] TWO FOOT CANDLE - melodic thrash rock with screaming vocal
3] CYNIC 19 - japanese power violence
4] SHOCK SYSTEM - powerfull rap core ala Rage Against The Machine
5] THE ACT WE ACT - japanese post hardcore
6] CUSTOM DAISY - mathematical grind core

*persembahan band mengikut susunan di atas.


[DISKRIPSI AKTIVITI]
"BERCANDA DI TEPIAN TASIK
" murupakan acara yang tidak ubah seperti pesta buku yang pernah anda hadiri di PWTC mahupun di tempat-tempat lain. Cuma yang bezanya ialah, kami cuba menonjolkan sebanyak mungkin bahan bacaan yang tidak pernah dijual di kedai-kedai buku kesayangan anda. jika ada skali pun, ianya tersangat jarang dan sangat susah untuk ditemui.

Buat julung kalinya idea acara ini direalisasikan ke alam nyata dan ianya merupakan acara percubaan bagi kami pihak penganjur yang mempunyai rancangan untuk menjayakan acara seperti ini dengan keadaan yang lebih besar dan meriah, yang akan kami namakan sebagai ZINE SYMPOSIUM. jika ada yang bertanya "apakah itu zine?", maka datanglah kepada kami pada hari tersebut dan kami akan menerangkannya secara detail kepada anda.

secara kasarnya pada 11.3.06 ini akan berlangsungnya pemeran dan jualan zine/buku/literatur alternatif yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. pada masa yang sama juga akan berlangsungnya satu diskusi yang berkenaan dengan acara yang dijayakan ini. sebagai acara penutupnya, kami akan hidangkan anda dengan acara persembahan musik dari band-band independent tempatan dan juga terdapat penampilan khas dari band yang dibawakan dari Jepun. jangan risau, kami bukanlah kumpulan black metal yang haram disisi perundangan malaysia.:). kami adalah orang muda yang percaya bahawasanya tidak membaca Harian Metro mahupun Kosmo akan menjadikan kita lebih pandai.:).

datanglah beramai-ramai memeriahkan acara ini. jangan lupa membawa kekasih masing-masing kerana tempat berlangsungnya acara ini adalah tempat yang sangat indah untuk bercanda.hehe.:).


"selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karakteristik, tak ada beza antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan buletin-buletin Jumaat di masjid-masjid "



[PERINGATAN]
* Kepada anak-anak band, sila datang awal untuk sound check. Beradalah di sana seawal jam 10 pagi dan selewat-lewatnya jam 2 petang. Kegagalan anda untuk datang pada waktu yang ditetapkan akan mengganggu acara yang telah direncanakan. Kepada orang ramai/pengunjung juga sila datang awal. kerana banyak aktiviti menarik dan juga tempat indah untuk dinikmati bersama si dia.J.

* Bands! jangan lupa membawa sendiri peralatan seperti gadget, cable, zoom, effect, guitar, bass, violin, keyboard, sitar, organ, drum snare, cymbal, pedal etc. Kami hanya akan menyediakan keperluan asas sahaja. - 1 drum set, 3 guitar amp, 1 bass amp (all with micing), mic, p.a system (monitor, mixer, speaker) and stand.

* Bawalah barangan/produk d.i.y anda (music, literature, zine, t-shirt, handmade/homemade item, anything!!!) untuk dijual atau dipamerkan. Meja/tempat untuk menjual atau mempamerkan barangan akan disediakan secara percuma kepada anda.

* Kepada sesiapa yang berniat untuk menbaca sajak, memberi penerangan informasi terkini, memberi penerangan tentang zine atau mahu mengambil bahagian dalam acara diskusi, bersiap sedia memperkasakan diri anda seadanya. kerana kami mungkin akan mengadakan sesi terbuka kepada semua orang untuk berbuat perkara yang mereka mahukan secara demokratik. lebih kurang macam "public space" ah nie.J.

* Bawalah wang yang lebih untuk membeli barangan yang ada dan juga untuk menderma/donasi kepada kami [penganjur] untuk membayar kos yang dikeluarkan.JUMPA KAMU DISANA!!! TERIMA KASIH!!!



[PIHAK PENGANJUR]
Papakerma
Artport
Propamedia Records
Revolt & Chaos Records


Teks: Dhani [papakerma]
Grafik: Poodin [artport]

No comments: