"aku merasakan cinta itu sebagai sesuatu ataupun seseorang yang boleh aku kenali dan fahami. hari demi hari aku merapatkan diriku dengan cinta, namun semakin aku rasakan aku makin mengenali (cinta), semakin keliru aku dibuatnya. aku mula melakukan perkara yang bertentangan dari apa yang aku fikirkan. logik akal semakin tidak dipakai. logik nafsu? ya! yang ini sering digunakan. mungkinkah ini yang dinamakan cinta? cinta membuatkan aku keliru, tak keruan dan terkesima hanya kerana perkara kecil. semakin aku mengenali cinta, semakin aku jauh dari diriku, semakin asing aku rasakan bila bersendirian dengan diriku. semakin aku mengenali cinta, semakin kabur pandanganku tentang realiti yang aku mahukan"
No comments:
Post a Comment