11 October 2022

10.10.2022 : Kakak Masuk Asrama

Kelmarin, antara hari yang paling bahagia buat kakak. Dan hari yang melangkah ke ruang pembelajaran yang satu lagi. Kakak daftar masuk asrama. Alhamdulillah. Akhirnya.

Selepas dapat tawaran masuk ke sekolah Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), dalam kepala kami dan kakak, memang plan nak duduk kat asrama. Tapi, disebabkan alamat kami di daerah Kota Bharu, jadi, secara automatik, orang KB tak layak duduk asrama disebabkan jumlah kemasukan asrama yang terhad. Dia ambik pelajar diluar daerah KB je untuk menginap asrama. jadi, harapan untuk stay asrama, tinggal harapan.

Namun, cubaan untuk masuk asrama, tidak berhenti disitu. Bermula sesi persekolahan pada 4.4.2022, proses rayuan masuk asrama dilakukan. tak dapat rayu, minta diresearvekan jika ada pelajar yang keluar asrama. dan akhirnya, selepas 5 bulan, mendapat info ada kekosongan asrama setelah pelajar SPM tamat belajar. tepatnya pada bulan 9 kami dapat info ada asrama kosong. jadi usaha untuk masuk asrama terus dilakukan. Kami hubungi pentadbiran asrama untuk pengesahan. dan ianya disahkan ada kekosongan.  kami minta detail info untuk daftarkan kakak ke asrama. Maka keperluan untuk ke asrama dilakukan. 

Disebabkan dah tengah bulan 9, kami rancang untuk masuk asrama bulan 10. Usaha membeli kelengkapan masuk asrama dilakukan dengan pesat. Dan alhamdulillah, selepas hari ahad cuti Maulidul Rasul, hari isnin, 10.10.2022, kami hantar kakak ke asrama MMP.

Momen hantar kakak ke asrama biasa-biasa je. Takde feeling feeling macam hantar depan asrama bagai. sebabnya, boleh je kalo nak jumpa hari hari pun. Sebab sekolah kat area kb jugak. lepas daftar dan loading barang jam 2.30 ptg, kakak ada kelas tambahan pulak pukul 3.15. jadi, semua kejar masa. So kami berpisah dalam kereta je.

Kelmarin, antara hari yang paling bahagia buat kakak. Sebab dah dapat apa yang dia harapkan. Tapi, hari yang sedih buat adik. Bermula hari tersebut, adik dah takde the only one kawan siang dan malam dia. kami pun sedih juga. tapi adik paling terasa. sebab kakak lah kawan paling rapat dgn dia. sembilan tahun hidup bersama, tiba-tiba nak berpisah. tak dapat bayang apa perasaan adik.

Apa pun, semoga kakak boleh survive dengan dunia baru. Semoga selamat semuanya. 




No comments: