31 December 2019

KENANGAN TAHUN 2019

31.12.2019: hari terakhir sebelum Malaysia masuk ke tahun negara maju 2020, mood blogger aku lain macam sikit rasa dia. aku tulis ni khas untuk entry blog aku. tapi sebab aku nak share cerita dgn korang, aku post kat facebook juga lah. huhu


AZAM
azam tahun baru? azam tahun baru ni pada aku adalah is "sembang". life goes on mcm biasa je. macam sekarang ni, ko tengah main fb. esok pun ko macam ni jugak lah. nothing ever change. tahun baru dengan tahun lama cuma berbeza umur je. umur ko makin tua. umur anak ko yang tadika dah naik darjah satu. yang tingkatan satu dah naik tingkatan dua. itu je. azam tahun baru yang ko tanam awal tahun tu wujud hanya untuk ko ingat azam ko tak berjaya dicapai je bila dah hujung tahun nanti. sebab, jarang yang work out untuk azam tahun baru. aku "tak percaya" pada azam tahun baru. tapi aku tak nafikan kita perlukan benchmark untuk berazam. jadi benchmark azam aku bukan hanya tahun baru, tapi setiap masa yang aku rasakan perlu berazam, aku akan berazam untuk dapatkannya. contoh benchmark azam, puasa tahun ni nak solat tahjud tiap tiap malam. ya berjaya solat bulan puasa. lepas puasa, terbongkang. haha. tu contoh je.


TWITTER
"Hasrat 2019 ni banyakkan twitter kurangkan fb. 3 hari kat twitter, kicauan aku meletup. Berbelas ribu retweet. Mcm mcm orang komen, sokong dan juga kecam. Haha." <-- 10="" 2019.="" aku="" ayat="" blog="" br="" january="" kat="" ni="" pada="" tulis="">
baca sikit lagi tulisan kat blog: "Nak slow dkt fb. Ingat ok layan twitter. Baru dua tiga hari nak istiqamah, dah naik nama. Kita nak relax relax je kat dunia selain fb. Skali femes pulak."

Hasrat aku yang ni aku rasa berjaya. aku berjaya kawal diri untuk kurangkan mereview kat fb. nak bandingkan tahun sebelum sebelum ni, aku rasa tahun ni graf posting aku kat fb menurun. takde nak post benda benda yang tak penting sangat. mostly yang aku post kat fb adalah nolej. punk kat spread nolej. kehkeh. tapi, aku gagal kat twitter. aku join twitter since 2009, 2019 still lg aku tak reti nak layan. kawan aku cakap twitter ni syok sendiri. tulis something tp takde orang like pun. aku setuju dgn kawan aku. kalo ko netizen biasa2 je, main twitter nak harapkan orang like, memang ko akan kecewa kat sana. bukan senang senang nak dpt respon kat twitter. tapi aku nak ke twitter bukan sebab nak orang like atau retweet kicauan aku. aku ke twitter untuk "Mencari Relax 2019". tapi meletup pulak. aku twit pasal nak tengok apa RESPON JAKIM kalo Sajat kawen. Ye Sajat yang ko kenal tu lah. aku bukan nak "attack" Sajat. aku tuju ke JAKIM. tuju tanpa fikir pun. maksud aku, lepas baca berita Sajat nak kawen, terus aku twit benda yang tak penting tanpa fikir apa yang akan berlaku. ye lah, benda tak penting, main cakap lepas je lah. kalo benda penting, nak cakap pun kena pakai teks. teks tu 10 kali ubah baru ko boleh baca pada khalak ramai. tu beza cakap benda penting dengan benda tak penting. tup tup, meletup pulak yang aku twit tu. sampai ke pengetahun Jakim. Salah sorang ahli syura dalam Jakim respon kepada twit aku. Da'i Wan nama dia. pada aku dia respon cara tak bijak. sebab cara dia respon tu twit aku tu lah isu jadi meletup. dia kata kes sajat tu "jakim dihalang kuasa duit". ishh... kalo dia bijak, dia kena counter balik twit aku dengan cara tunjuk Jakim tu power. yang dia respon tu cakap jakim tu lemah dan tok boleh lawan kuasa duit sajat. netizen marah lah. kata tak bijak kang marah. tapi itu lah. netizen fb tak tau kes ni. kes di twitter setel di twitter je. tak bawak masuk fb. hehe. ko google lah pasal kes ni kalo nak baca detail. berlambak masuk portal dan berita. tak pasal pasal melekat nama aku kat isu tu.


BLOG
gagal kat twitter, aku cuba buat comeback kat blog. dan gagal jugak. huhu. untuk tahun ni, ni adalah entry yang ketiga untuk blog. gagal habis. huhu. masa zaman blog dulu, masuk ofis, terus buka blog dan menulis. sekarang, masuk fb dan tengokkkk je orang lain menulis. diri sendiri tak tulis. kat fb pun tak tulis, apatah lagi kat blog. huhu.


MSTAR & MALAYSIAKINI
mstar dengan malaysiakini ni paper yang aku selalu baca. malaysiakini aku baca since zaman anwar awal awal kena pecat dulu. mstar pulak aku baca sejak Fathi Aris Omar jadi ketua editor kat sana. sebab kawan la senang citer. si Fathi tu la kawannya. Kawan zaman Radiq Radio, zaman Komuniti Seni Jalan Telawi. mstar ni projek the star dalam bahasa melayu. lama lama aku jadi tak baca mstar. tapi konsisten baca malaysiakini. hari hari politik politik politik. sampailah 3-4 bulan sebelum ni, aku unfollow malaysiakini. aku try take back my life from politik kepartian. aku stop baca malaysiakini dan kembali baca mstar. tiba tiba hidup rasa lebih ceria bila baca mstar. haha. tapi serius, rasa kurang sikit dos politik sempit ulang tayang dalam hidup bila tak baca malaysiakini. baca mstar asyik pos berita viral scene twitter je. ye lah, baik baca cerita viral selain cerita politik, hidup jadi lagi luas. hehe. tapi senang betul geng mstar buat kerje. review cerita viral kat twitter je, jadikan konten berita. huhu.jadi its ok kalo tak main twitter pun, baca je mstar. nanti boleh tahu apa yang viral kat twitter.


PUBLISH BUKU
tahun ni tak produktif langsung. baik label sendiri, mahupun label koletif. ada projek. tapi tak jalan. ada meterial, tapi takde duit. duit ada sikit sikit, main projek print baju. last last projek buku senyap. tapi tahun 2019 aku memang tak pasang niat nak publish buku sebenarnya. aku plan nak rilis zine. ada la satu title dah siap semuanya. tinggal  nak cetak je. tp itu pun tak cetak cetak sampai habis tahun 2019. hmmmmm

BUAT BAJU
projek buat baju ni aku kira tahun ni satu kejayaan besar buat diri aku. aku main cetak baju ni bukan bukak pre order pun. aku cetak design yang aku nak. aku design sendiri, aku cetak sendiri. eh tak, cetak sendiri tapi hantar kedai. haha. 2-3 tahun lepas aku dah beli semua peralatan untuk print baju sendiri. beratus pitis habis kat situ. tinggal nak beli cermin untuk expose design je. sangkut kat situ, sangkut sampai ke sudah. tapi terkait jugak dengan kekangan tempat untuk proses block sebenarnya. orang yang main printing dia tahu lah bab nak kena ada space untuk cuci block, print baju dan lain lain tu. dah makan tahun sangkut projek print baju ni, tahun ni aku outsource je. aku buat baju ni bukan profit based. lebih kepada aku buat design yang aku nak pakai. lepas tu kalo ada kawan yang nak jugak aku selit order skali. aku tak pernah bukak pre-order. dan tak pernah ambik bayaran awal kalo ada yang berminat nak baju. aku print dulu, dah siap baju baru bayar. risiko orang tak jadi ambik baju ada, tapi kecik je. sebab aku bukan mass produce. agak fun jugak layan scene baju ni. fun sbb memang minat aku. hasrat sekian lama terpendam aku kira berjaya dicapai tahun ni.


MOBILEGRAPHER
since aku dah beli balik handphone lebih dari seribu, aku start balik snap snap gambar macam sebelum sebelum ni. photography ni benda yang aku suka. cuma sampai sekarang tak mampu nak beli kamera dslr tu. tak, tipu juga kalo kata tak mampu. cuma aku sebenarnya tengah buat projek "besar" yang tak sudah sudah. projek personal. banyak duit habis kat situ. banyak masa habis kat situ jugak. dan banyak benda lain yang aku tak boleh nak commit. nak sambung stadi tak boleh. nak beli kamera tak boleh. nasib baik sempat beli handphone yang cun jugak kualiti dia. dan aku start snap gambar gambar yang aku suka. aku start main gambar black and white. awal tahun byk aku snap gambar direct hitam putih. gambar gambar aku up kat IG dengan nama Al-Jamii. sengaja aku guna nama ni supaya aku boleh layan syok sendiri tanpa anda semua tahu. Anda semua tak tau kan? maksudnya aku berjaya atas tujuan aku tu. hehe. maksud al-jamii (ejaan sebenar al-jami') tu "The Gatherer, The Collector". maksudnya tu ig tempat aku kumpul gambar. lepas main black and white, terjebak dengan kawan aku yang main teknik minimalis. minimalis ni lagi cun kalo gambar color. aku pun bukak ig baru nama Gibrangrafi khas untuk gambar color minimalis. malas nak campur dgn gambar hitam putih. last last pening ah banyak sangat ig, aku tutup dua dua ig ni jadikan satu ig dengan nama aku. btw, projek "besar" yang aku kena hadap bertahun tahun tu dah nak sampai ke penhujung. aku harap tahun ni aku boleh beli kamera yang proper sikit lah untuk penuhi keinginan yang dah lama terbuku. amin...

No comments: