10 January 2019

Mencari Relax 2019

Pertama, ko baca teks dia. Pada aku x de apa pun teks ni. Tapi, ko tgk dia punya like (love) sampai 4.7k. dia punya share (retweet) sampai 5.4k. Ok lah. Kita anggaplah mamat ni org femes kat twitter. Sbb tu ramai yg like dan retweet. Tapi still, pada aku, teks ni biasa je. Aku sign up twitter tahun 2009. Tp sampai sekarang x reti aku nak feel main twitter ni.  Hasrat 2019 ni banyakkan twitter kurangkan fb. 3 hari kat twitter, kicaukan aku meletup. Berbelas ribu retweet. Mcm mcm orang komen, sokong dan juga kecam. Haha. Paling real, ada yg komen semua tuit aku panjang2. Salah tempat katanya aku masuk main kat dunia twitter. Betul jugak kata dia. Aku dari dunia masyarakat blogger. Masyarakat yg tulis panjang kat blog. Bila wujud dunia fb, ok lg lah sbb masyarakat fb still boleh tulis panjang panjang. Tp masyarakat twitter paling panjang satu post "status", 280 patah perkataan je. Aku masuk dunia twitter, semua post aku akan jadi thread. Tak puas aku bila tulis pendek2. Tp itu lah. Walaupun since 2009 lg aku menapak di twitter, 2019 still lg aku belajar nak feel main benda tu. X reti aku nak layan. Cuma, kalo kena cara, cepatlah cerita ko tu tersebar. Laju gila masyarakat twitter main retweet. Kawan aku cakap "Twitter is perang cyber". Dia cakap lagi, "yang penting ada stand" . Nak jadi kiri ok. Nak jadi kanan ok. Jangan jadi tengah tengah. Nanti kiri kanan kena belasah. Kalo jadi kiri, at least geng kanan je yg belasah. Haha Nak slow dkt fb. Ingat ok layan twitter. Baru dua tiga hari nak istiqamah, dah naik nama. Kita nak relax relax je kat dunia selain fb. Skali femes pulak. Ok lah. Nak install apps blog lah kejap.

No comments: