03 January 2018

2018 : Tasnim Darjah Tiga. Harraz Masuk Pasti.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk tengok anak-anak membesar. tahun ni, tahun baru 2018, Tasnim dah melangkah ke darjah seterusnya, iaitu darjah tiga. dan adik tasnim, harraz gibran buat kali pertamanya melangkah ke alam persekolahan tadika di umur 5 tahun. 

tasnim di tahun baru persekolahan biasa biasa aja. dan harraz juga dalam radar yang biasa biasa aja walaupun for the first time masuk ke alam persekolahan tadika. sifat harraz yang biasa nampak selalu menegur kawan kawan yang dia tak kenal di masjid dia apply di tadika. tak menangis pun masuk ke alam baru. muka selamba relax dengan rambut sedikit panjang membuatkan hidupnya lagi bersahaja.hehe. pergi sekolah ok, cuma harraz tak suka pakai baju sekolah. ye lah, selama ni tak biasa pakai uniform, jadi dia merungut sikit kata tak selesa pakai baju hijau tu. itu je lah yang dia komplen. yang lain lain ok.