25 November 2012

Boikot Produk Isreal 2012

gerakan boikot barangan isreal sering kedengaran di Malaysia setiap kali Gaza diserang. dan aksi boikot ini biasanya tidak bertahan lama. ianya seperti pelangi yang muncul ketika hujan. keadaan itu berlaku setiap kali israel menyerang gaza. banyak produk-produk israel yang disarankan boikot. namun, yang menjadi produk utama untuk diboikot adalah Mc Donalds.

saya kira, aksi pemboikotan keatas produk Mc Donalds pada kali ini lebih berjaya dari sebelum-sebelumnya. kerana, sudah ada mereka yang menyarankan agar produk-produk israel ini diboikot satu-persatu secara khusus. maka, yang menjadi sasaran awalnya seperti sebelum2nya adalah Mc D. aksi langsung keatas seruan boikot Mc D ini jugak telah berjaya dilakukan secara fizikal. tersebar beberapa gambar di ruang legar facebook mengenai anak-anak punk dari Kelantan yang menyatakan protest mereka terhadap Mc D dengan menampal beberapa poster yang menyokong rakyat Palestine di Gaza di entrance Mc D.

tidak sekadar itu, mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Teknologi Mara juga turun kejalanan mendistribusi leaflet-leaflet informasi mengenai keadaan di gaza serta mengenai kempen boikot barangan israel kepada orang awam.

dan anak punk sekali lagi mengambil inisiatif menjadikan sebuah teks sang pengarah sebuah NGO yang bernama Aqsa Sharif menjadikannya sebagai sebuah leaflet yang menyeru pemboikotan Mc D dikalukan secara konsisten.

ngo-ngo yang cakna Palestin juga banyak melakukan demonstrasi serta menyarankan kempen boikot produk israel.

sehingga ke hari ini, walaupun gencatan senjata telah dipersetujui, namun, solidarity ke atas Gaza masih kuat dan gerakan serta seruan memboikot produk isreal masih lagi diteruskan di Malaysia.







No comments: