10 October 2012

Rebiu Buku : KO KB KU KL

KO KB KU KL.
harga: rm20 
kontek: www.sol-jah.blogspot.com

ini buku sangat punk rock woooo... penulis buku ni, Fadli Al-Akiti merupakan seorang yang tak asing lagi dalam dunia penulisan ni. kalo tak percaya, cuba google nama Fadli Al-Akiti, berlambak keluar informasi pasal dia. nak cakapnya, dia memang into dalam scene penulisan ni secara serius. mana tak seriusnya, kerja pun dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.hehe. kalo korang google nama dia, mungkin akan jumpa citer pasal Afifi Al-Akiti. ok, itu abang dia. the only one orang Malaysia yang mengajar kat Universiti Oxford. kalau korang dapat cover cerita abang si Fadli ni menarik jugak. Dia dapat mengajar kat Oxford tu bukan apply kerja guna result SPM atau mana-mana U pun. tapi guna sijil stadi kat pondok-pondok. power tak? nak cakapnya, kalau kita belajar melalui sistem pendidikan pondok pun boleh jadi orang yang berjaya dan hebat. Fadli dgn abang dia sama-sama hebat dalam bidang masing-masing. dan buku Ko KB Ku KL ni juga sangat hebat. kenapa aku cakap buku ni hebat? sebabnya, dalam masa beberapa bulan je si Fadli ni menjadi warga Kota Bharu, dia dapat cover hampir kesemua tempat-tempat menarik kat KB. tak lama dia duduk keje kat KB, tak sampai setahun pun. lepas tu dia pindah keje kat KL balik. akhir tahun 2008 dia pindah KB, bapak segala otai geng Sindiket Sol-Jah teks aku mintak bawak si Fadli ni minum-minum kat KB. first time gi jemput dia aku ajak lepak kat Hayaki depan Billion KB, dengan geng-geng punk rock KB, si Jera, si Faisal dan si Koja. itu yang first time. lepas tu memang kerap ah kami lepak bersama. dan banyak lah benda-benda punk rock yang dia tak pernah buat, kitorang ajak dia buat sekali. oh ya, lupa nak cakap, si Fadli ni bukan punk rocker. dia mat indie geng Sol-Jah. jadi, banyak juga perkara-perkara punk rock yang beliau 1st time jumpa kat KB ni. dan buku ni memang ceritanya berkisar mengenai dunia punk rock dia kat KB. yang jadikan buku ni punk rock, sebabnya kawan-kawan sekeliling beliau tu lah, Jera, Faisal, Koja, Dhani dan lain-lain. nama-nama yang aku sebut ni, memang korang akan jumpa dalam buku ni. tapi sebagai watak sampingan je lah. watak utama dalam buku fiksyen ni namanya Mod dan Luwi. Mod ni jenis rebel sikit. dari KB pergi KL, terjumpa awek cun nama Shana, jatuh cinta kat Shana, Shana bawak gi gig, bawak gi Food Not Bombs, bawak gi demo dan sebagainya. pendek citer, kisah perjalanan Mod memang kisah yang punk rock. Luwi pulak sebuah watak sisi lain dari Mod. Luwi ni jenis konflik identiti disebabkan khunsa. Watak Luwi dan nilai-nilai kehidupan Luwi juga sangat punk. Pada awalnya kehidupan Luwi sebagai seorang lelaki. lepas consult dengan ustaz dan sebagainya, akhirnya Luwi pakai jugak pakaian sebagai seorang perempuan. apa ending Luwi, jadi pompuan ke jadi laki? itu korang kena baca sendiri. haha. :p. yang menarik pasal buku ni jugak, setiap babak cerita, tajuknya diletak nama lokasi/tempat menarik sekitar KB dan KL. aku macam tak sangka jugak, masa mana lah mamat Fadli ni berjalan kat KB ni sampai dia boleh cover hampir kesemua tempat-tempat kat KB. (dia mmg banyak berjalan kaki sbb takde transport sendiri kat sini.saje ngada-ngada tak nak bawak lah tu.haha). sampai ke Attack! Attack! Studio pun dia tahu. aku ada bawak ko gi layan gig kat situ ke bro? tak ingat pulak aku.haha. gaya bahasa buku ni jugak agak menarik. tak macam buku novel yang biasa-biasa. macam baca buku skrip drama pun ada jugak. tapi memang cool gayanya. lain dari yang lain. penggunaan bahasa juga dikombain antara bahasa kelate dan bahasa kl. mungkin akan ada beberapa perkataan Kelate yang tak berapa nak Kelate tu akan menyebabkan pembaca susah nak paham. tapi kat disklamer awal-awal lagi dah cakap, "Hok kecek Kelate, tapi sajo tok ikot bahaso Kelate. Kalu kecek Kelate blako, takot rama hok tok pehe". jadi, sekali lagi aku cakap, ini buku sangat punk rock woooo... saper tak baca memang rugi.

4 comments:

Hisham Mohamad said...

terasa ingin terus pergi muda osman... tapi takut. ada ke? dah sampai ke kat machang?

Dhani said...

takde kat kedai-kedai berhampiran bos. kena order online. hehe.

Hisham Mohamad said...

tahu doh.. nanti kawe jadi ajen pegi letak dekat SMO...hehe...

Anonymous said...

Этот пост — одно из немногих исключений, когда читаешь с интересом и что-то для себя выносишь. Спасибо Вам. Добавлю в избранное[url=http://voronezh.recikl.ru/].[/url] :)