27 August 2012

Design Baju Khat Kufi

weekend lepas, aku terasa nak design baju punk rock. pikir punya pikir, aku dapat idea utk jadikan KOLEKSI ZINE sebagai subjek dan objek utama dalam pembikinan baju ni.

sebab ianya baju Koleksi Zine, makanya, aku kena letak taglinenya iaitu "membudayakan pembacaan zine". tagline ni letak kat belakang. kat depan aku nak letak IQRA'.BACALAH dalam format khat kufi.. aku tak reti buat khat kufi sendiri. jadi, aku ingat nak copy dari image google jek sebab aku ada terperasan satu design kat billboard ada khat kufi iqra'.bacalah tu.

semalam aku start design tagline untuk design belakang. kejap je siap. main design ala-ala cut and paste jek. tapi nak design yang kat depan masalah. aku google cari gambar iklan yang aku tengok kat billboard tu tak jumpa. aku pun tak ingat iklan apa dah. sebelum ni gi usha kat billboard tu pun diorang dah tukar iklan lain. jadi, aku google khat kufi yang lain-lain. yang lain-lain ada jumpa, tapi tak berkenan dengan apa yg aku harapkan.

bila aku tenung-tenung balik khat kufi tu, aku rasa macam boleh buat sendiri jek khat tu. jadi aku decide utk buat sendiri. mula-mula fikir nak tulis "IQRA.BACALAH". iqra dalam format khat kufi. bacalah tulisan rumi biasa jek. pastu pikir balik, dah banyak dah pun orang buat perkataan iqra' dalam khat kufi. tapi perkataan bacalah aku tak jumpa pulak dalam format khat kufi. mungkin sebab iqra' tu sendiri. kebanyakan orang dah baca iqra tu dengan maksud bacalah. makanya, aku decide untuk buat khat kufi perkataan BACALAH. biar orang baca "bacalah" dengan maksud "bacalah", bukan dengan maksud "iqra'". hehe.

maka, bermulalah episod memandai-mandai hasilkan khat kufi BACALAH. start dengan mengeja bacalah dengan tulisan jawi, aku tanya kawan-kawan, ada 2 pendapat. satu cakap eja dengan huruf "ba alif ca alif lam ha". ada yang cakap eja "Ba alif ca lam ha". itu pendapat kawan-kawan. yang aku fikir sendiri ejaannya "ba. cha. lam alif. ha". daripada perbincangan ejaan ni, maka terhasillah design yang pertama ni.

kawan-kawan cakap "ba alif". aku pergi buat "ba cha" terus. nampak sangat aku design ikut kepala aku jek. haha. jadi, edit lagi skali. hehe. lagi satu, kawan yang lebih arif pasal khat ni cakap, cha dengan lam tu bersambung. so, re-edit.
ok. dah re-edit jadi macam ni.ingatkan dah ok.memang dah ok dah pun sekali pandang. dua kali pandang pun dah ok. hehe. cuma bila pakar khat cakap tengok, dia cakap, cha dengan lam tu sambung direct. jadi, re-edit lagi skali. dan hasilnya...
siap! inilah hasilnya. walaupun di mata mereka yang profesional khat ni tak sharp dan tak balance, bagi aku yang beginner ni, aku rasa sangat puas hati. mana taknya, dengan tak tau apa-apa pasal khat ni, belajar sikit-sikit kat youtube, akhirnya aku dapat buat sendiri. lama jugak ah nak hasilkan khat ni. makan masa 3 jam jugak. hehe.

so, bacalah dalam khat kufi dah setel. dengna kata lain, design depan hampir siap. design belakang dah lama siap kan. jadi, masuk fasa design baju pulak. yang dalam kepala nak design lain. alik-alik yang jadinya lain pulak.

ni design pertama:


ni pulak design kedua:



ada kawan yang cakap kalo letak perkataan "bacalah" tanpa letak gambar budak baca buku tu lagi cun. kalau kat baju nampak macam ni ah:


 

 tengok punya tengok, aku pun tak tau nak pilih yang mana berkenan di hati. tiga-tiga design pun cun sebenarnya. hehe.ketiga-tiga design kat atas ni on the spot punya design ni. plan lain, design lain. hehe. idea sebenar aku untuk design kat depan ni macam ni sebenarnya: 



tapi sebab gambar "budak" tengah baca buku tu tak sharp, aku jadi kureng sikit nak guna design ni. puas dah aku edit nak bagi sharp gambar budak ni, tapi jadi pecah jugak. hampa.


ok ni pulak design kat belakang:



jadi, lepas tanya pendapat kawan-kawan, ramai yang setuju dengan design minimalis rock and roll. design ni maksud aku:


so skang ni, aku akan ke fasa seterusnya iaitu fasa mencetak baju. nak tengok berapa  kos apa semua, baru boleh share baju ni dengan kawan-kawan. chow.


2 comments:

Lokman said...

hai abang! haha. Lama tak melawat blog kawan-kawan. Dah bertahun rasanya. Cantik baju!

Taufik said...

comey baju
awat mahai