minggu lepas, 16 hb hingga 18 haribulan 7 tahun 2012, aku dan kawan-kawan merempat kat Biro Tata Negara kat Langkawi selama 3 hari 2 malam. gi BTN ni proses biasa bagi kakitangan awam. dan semua orang tahu apa fungsi BTN. jadi, tak perlu utk aku citer detail pasal program kat sana. cumanya, persepsi awal mengenai BTN sangat menggerunkan bagi sesetengah orang. bila dapat surat kena gi BTN, ramai yang akan cari alasan tak nak pergi. aku, malas nak ambik port dalam hal nak mengelak gi BTN ni. lambat laun, nak tak nak, kena gi jugak. jadi, fikir positif dan berperasangka baik. bertenang dan pergi menikmati keindahan langkawi : KEEP CALM & ENJOY LANGKAWI.
dipendekkan cerita, life kat sana selama berkursus memang enjoy. dia punya BTN takdelah mcm yang biasa-biasa kita dengar. biasa-biasa jek. dia layan mcm orang tua. ye lah, yang pergi pun majoritinya dah masuk umur fasa tua. takde apa yang stress. enjoy jek. lepak dgn kawan-kawan di kaki Gunung Raya sambil layan ceramah dan latihan dalam kelas.sebelum balik pulang ke tanah besar, masing-masing sempat habiskan duit kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group. dan jugak kat kedai pengeluar gamat. dan juga kat beras terbakar. lokasi wajib bagi para pelancong kat langkawi. ini merupakan kali ke 3 aku jejak kaki kat langkawi. insyaallah next time aku pegi lagi.
3 comments:
rasa macam tak sanggup doh nok gi kursus2 gini.
keh keh keh. tapi ok jek btn kali ni. takdok aktiviti kebudak-budakan pun. layan aktiviti biasa2 jek.
Taubat dah, aku kalau dibayar rm 25,800.00 pun, aku tak nak pergi.
Kena Dera.
aku tahu mesej utama BTN ni. bukan apa, Mesej ini secara umumnya menggalakkan rakyat menyokong BN dan Umno. Aku tak kisahlah nak sokong mana-mana. Tapi bab mendera tu kira melampau. ceramah apa kebenda sampai pukul 3.00 pagi.
Post a Comment