11 June 2009

AMBALAT: MUNGKINKAH PERANG MELETUS?
sedarkah kita bahawasanya terlalu banyak fakta yang telah disembunyikan oleh kerajaan BN? tidak cuma hal-hal yang berkaitan dengan komunis, malah hal-hal kebangkitan rakyat menentang penjajah juga turut disembunyikan oleh BN. yang kita tahu cumalah perkara yang mengangkat kebaikan mereka (BN) sahaja.

masih ingatkah kita dengan isu perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dan Indonesia? tahukah kita bahawasanya penduduk indonesia telah siap bersedia untuk memerangi malaysia gara-gara perebutan tersebut? tahukan kita bahawa berpuluh demonstrasi anti-malaysia telah dilakukan di kedutaan besar Malaysia yang berada di Indonesia itu?

ternyata, kerajaan BN berjaya menguruskan hal ini secara "cool" sehinggakan kita di malaysia tidak merasakan adanya ancaman besar dari Indonesia yang telah siap untuk menyerang kita. jika isu sebesar itu kerajaan BN mampu menyembunyikan dari kita, apa lagi hal-hal perjuangan yang sememangnya bertentangan dengan mereka. ternyata kerajaan malaysia melakukan management dengan "baik".:)

bibit kebencian rakyat indonesia ke atas malaysia tidak pernah berhenti. malah, perasaan membenci malaysia semakin kuat apabila mereka (indonesian) menganggap malaysia cuba mencuri pulau ambalat yang diklaim milik mereka.

kes kapal perang malaysia yang dikatakan menceroboh kawasan perairan di Ambalat benar-benar meletakkan indonesia berada dalam keadaan siap untuk berperang dengan malaysia.

"Kalau negara kita sudah terganggu, dengan siapa saja kita bisa berperang. Kalau memang ada pelanggaran, tentu kita akan bertindak tegas. Dan itu memang harus ditindak tegas"- Jusuf Kalla (Wakil Presiden Indonesia)

kelmarin, 10.6.2009, sekali lagi puluhan massa yang berasal dari Laskar Merah Putih dan belasan orang dari HMI menyerbu Kedutaan Besar Malaysia dari pagi hingga petang. Mereka memprotes tindakan Tentara Laut Diraja Malaysia yang melakukan pelanggaran batas wilayah di Ambalat untuk sekian kalinya.

persoalannya? adakah pihak pemerintah malaysia cuba bermain api? persoalan lagi, sekiranya api tersebut marak, perang meletus, apa kita sedia untuk menghadapi perang?

apapun yang berlaku (akibat kerajaan malaysia), semoga kita saling berbaik antara sama dengan lain. HAPUSKAN RASISME! HAPUSKAN NASIONALISME!











bacaan tambahan:
AMBALAT
Ambalat Berdaulat
Demo di Kedubes Malaysia Ricuh
Soal Ambalat, Panglima Malaysia Akui Salah
MALINGSIA.COM
LASKAR MERAH PUTIH
GANYANG MALINGSIA

No comments: