29 April 2009

Jualan Amal Untuk Palestin

--Bab Pendahuluan

Seperti biasa, aku, Ayien, Faisal dan Koja melepakkan diri di kedai makan menghabiskan sisa-sisa hidup sambil menikmati keindahan alam sekitar kedai makan tersebut, kedai makan tu kat kubang kerian, berhampiran hospital USM. Dalam keghairahan berkongsi cerita sensasi masa kini, tiba-tiba ayien bersuara bertanyakan apa next aktiviti yang akan dilakukan NOSC. Dan disinilah titik mulanya. Macam-macam idea keluar dari mulut kami. Nak buat screening lah, nak buat gig lah, nak buat workshop lah, nak buat itulah, nak buat inilah, dan macam-macamlah. Namun semuanya tak bernoktah bilamana memikirkan keadaan sosiopolitik di Kelantan ni. Ada 2 masalah utama iaitu, undang-undang kerajaan negeri dan juga lokasi. Nak buat aktiviti kat mana beb??

Nak buat sesuatu aktiviti d.i.y memang tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah kepada kami yang tinggal di KB ni adalah masalah tempat. Nak buat sesuatu program kenalah cari tempat yang sesuai, baru senang orang nak datang. Bila dah ada tempat untuk beraktiviti, baru boleh fikir nak buat aktiviti apa. Fikir punya fikir, cari punya cari, memang takde tempat yang strategik. Dan sebagai respon kepada soalan Ayien tadi, aku jawab ”susah-suah kita buat je flea market. Bukak table kat mana-mana dan jual barangan terpakai murah-murah. Duit hasil jualan donate kat mereka yang memerlukan”. Ayien, Faisal dan Koja menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang aku utarakan. Perbincangan terhenti di situ. Tiada kata putus sebagai pengesah-terimaan idea aku untuk dijadikan aktivit NOSC. Hari dah lewat malam. Kami pun beredar.


--Bab Tiga Belas

Selang 4-5 hari kemudian, tiba-tiba handphone aku mengeluarkan bunyi lagu Bedroom Avenue dendangan Goodnonight Electric, menandakan ada mesej masuk. Aku check handphone aku, ada mesej dari Ayien. Katanya, dia dah mula mendapatkan barangan terpakai dari rakan-rakanya untuk dijual pada acara flea market yang NOSC bakal jayakan nanti. Tapi barangan belum cukup banyak katanya. Dia nak collect lagi. Nanti kalu dah banyak dia akan bagitau aku lagi. Tersenyum aku baca dari Ayien tu. ”bersemangat nampaknya si Ayien ni”. Getus hati aku.


--Bab Lapan Belas

Beberapa hari kemudian, seperti biasa, aku organised acara lepak lagi. Kali ni aku ajak diorang lepak kat port baru yang ramai orang muda lepak, iaitu kat riverside foodcourt. Bukan foodcourt sebenarnya tapi kedai makan yang open table kat siar kaki di tepi sungai Kelantan. Tempat ni baru je bukak. Lokasi yang cantik ,di tengah-tengah bandar KB dan di tepi sungai, permandangan yang cantik. River view memang cantik. Tapi kalu pegi malam tak nampak ape pun sebenarnya...hehe.. Apapun, riverside ni dah jadi port baru untuk warga KB melepak. First time aku sampai kat situ terkejut gak aku. Ramai giler orang lepak kat situ. Dan perkataan yang keluar dari mulut aku masa pertama kali lepak kat riverside ialah ” macam kat Padang Kota Lama (Penang)”. Sekarang riverside dah jadi port kami untuk melepak. Dan aku organised lepak hari ni adalah bersempena dengan Dean (Papakerma) ada kat KB. Dia (Dean) pulang ke KB dari KL untuk 2-3 hari atas urusan apa ntah. Jadi, ruang yang ada kami ambil untuk sama-sama melepak. Aku ajak Jera, Faisal, Koja dan Ayien untuk sama-sama menjayakan acara lepak ni. Macam biasa , bila dah lepak tu macam-macam cite kuar. Daripada sekecil-kecil isu kepada sebesar-besar isu. Daripada isu kat Malaysia sampailah isu kat Palestin. Masa lepak ni Ayien ada spread flyers pasal keadaan kat Gaza yang pada masa tersebut diserang hebat oleh Israel. Sambil-sambil dok sembang tu aku ada keluarkan isu nak buat flea market tu. Ayien cakap dia dapat banyak gak barangan terpakai yang dia collect dari kawan-kawan se-universiti dia. Jera pulak cakap, kat umah dia ada satu lori barangan terpakai. No wonder la, Jera tu kan tokei bundle. hehe. Diskas punya diskas, akhirnya satu keputusan dibuat , bila tarikhnya dan dimana lokasinya telah kami putuskan. Kami bersetuju untuk menjalankan acara JUALAN AMAL UNTUK PALESTIN bertempat dihadapan masjid Muhammadi, KB pada tarikh 30.1.09 bersamaan dengan hari Jumaat.


--Bab Dua Puluh Dua

Sebelum tiba hari jualan amal tersebut, aku berfikir sendirian. Dalam kepala aku ligat mencorak bagaimana yang harus terjadi pada hari jualan amal nanti. Aku merasakan seolah-olah keadaan pada hari jualan amal nanti kurang meriahnya tanpa sebarang newsletter dan banner yang mengutuk serangan yang dilakukan Israel. Lokasi untuk jualan amal adalah lokasi yang sangat strategik. Dibuat pula pada hari yang sesuai. Pasti aja aktiviti jualan amal nanti akan meletup! Itu aku tak risau. Cuma yang aku risau ialah, tiada leaflet ilmu yang nak disebarkan pada hari tersebut. Aku tak risau sebenarnya. Cuma aku rasa macam tak happening jek kalau jualan amal cuma sekadar jualan, tak ada perkongsian ilmu. Makanya aku mengharapkan akan ada leaflet yang berkenaan dengan Palestin yang dapat disebar kongsi bersama pengujung yang datang ke meja kami. Untuk tujuan tersebut, aku sms/call Ayien. Aku beritahu dia yang aku rasa aktiviti jualan amal tu nanti akan jadi lebih menarik kalau ada leaflet ilmu yang dapat dispread dan untuk mendapatkan leaflet sedemikian, caranya adalah mendapatkannya daripada kumpulan-kumpulan NGO. Harus hubungi NGO untuk tujuan ni. Ayien cuba hubungi Aman Palestin. Aku pula cuba hubungi Haluan Palestin. Keesokannya Ayien call aku, untuk cakap yang dia dah call Aman Palestin untuk menyatakan hasrat kami untuk mengajak mereka bekerjasama dengan kami dalam projek ni. Aman Palestin mintak kitorang buat kertas kerja untuk tujuan tersebut. Huh! Sampai nak kena buat kertas kerja tu...tak payah la!! Tak payah susah-susah. Make it simple and fun. Kensel Aman Palestin. Seterusnya aku kontek Haluan Palestin. Tanpa perlu buat kertas kerja, Cuma cakap melalui telefon tanpa bersua muka, pihak Haluan Palestin bersetuju untuk bekerjasama. Bila diorang (Haluan Palestin) tanya apa yang perlu diorang buat, aku cakap, diorang cuma perlu bawak banner dan juga bawak seberapa banyak risalah yang berkenaan dengan Palestin untuk sebaran umum. Itu saja.


--Bab Dua Puluh Tiga Setengah

Hari yang dinantikan telah tiba. Pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke lokasi. Tapi sebelum ke lokasi, aku kena pegi ambik barang kat umah Ayien. Faisal dan Koja pulak aku mintak tolong pergi ambik Fadli Al-Akiti. Sambil gi ambik Fadli tu, si Faisal pergi ke kedai untuk membeli plastik dan juga tali untuk ikat banner. Oh ya! Semalam mereka (Ayien, Faisal, Koja) bertungkus lumus menyiapkan banner yang bertulis ‘JUALAN AMAL UNTUK PALESTIN’. Diorang buat banner tu guna kaedah stensil, iaitu spray perkataan kat banner. Giler punk rock banner ni wa cakap lu... hehe. Tepat jam 9 pagi, aku sampai kat umah Ayien. Janji jumpa kat depan masjid pukul 10 pagi. Jadi, lepas angkat barang-barang dari rumah Ayien masuk ke kereta, dah setel sumbat semua barang dalam keta, kitorang terus meluncur ke lokasi. Banyak jugak barang-barang yang kami bawak. Penuh dua bijik keta. Yang jadi banyak ni bukan ape, sebabnya semalam jugak (lepas buat banner) si Ayien ni pergi ke kedai bundle Jera untuk mengambil besi yang akan kami gunakan untuk sangkut baju yang kami nak jual nanti. Bukan cuma besi yang Jera bagi pinjam, tapi Jera juga bagi baju dan seluar terpakai untuk dijual pada aktiviti jualan amal ni. Penuh bonet /seat belakang kete ayien dengan baju seluar yang Jera kasi. Banyak!!! Memang tak muat kereta. Kena bawak lori baru buat.hehe. Barangan yang Jera kasi dah banyak, ditambah pula barangan yang Ayien collect, barang jadi banyak gila! Mustahil dapat habiskan semua barangan ni untuk dijual dalam masa 5-6 jam jek. Jadi aku sarankan pada ayien, jangan bawak banyak sangat. Tinggal kat umah separuh. Dah siap angkut barang kat rumah Ayien, kitorang pun gerak ke lokasi. Tepat jam 10 pagi, aku dan Ayien tiba di lokasi. Nampaknya kitorang sampai awal. Sebab kelibat Faisal, Koja dan Fadli belum kelihatan. Beberapa minit kemudian mereka tiba. Dalam pada menunggu kedatangan pihak Haluan Palestin, kami memulakan kerja men-setup booth jualan kami pada hari ni. Lebih kurang pukul 10.15 pagi kami berada di lokasi. Keadaan masih lengang. Sebetulnya lokasi yang kami pilih ni merupakan tapak yang sememangnya menjadi medan perniagaan pada setiap hari Jumaat. Maksudnya akan ada banyak gerai yang dibuka dilokasi tersebut. Dan kami menyelit diruang yang telah kami kenal pasti tiada peniaga yang membuka gerai di tapak tersebut. Tanpa meminta majlis perbandaran, tanpa memberitahu pihak masjid, kami membuka ‘gerai’ kami diruang kosong di tepi kedai makan. Kami hanya memaklum tujuan kami kepada tokei kedai makan tersebut dan mereka membenarkan kami membuka gerai kami dilokasi tersebut. Kerj-kerja membuka gerai dimulakan. Takda apapun sebenarnya, Cuma buka meja yang bertujuan nak letak risalah ilmu untuk sebaran dan juga memasang besi-besi yang akan digunakan untuk menggantung baju dan seluar terpakai untuk dijual. Selain baju dan seluar, ada juga barangan lain seperti beg tangan, topi, baju melayu, baju kurung dan kasut. Semua barang ini kami jual dengan harga RM3 setiap satu. Setelah siap membuka gerai kami, akan menerima call dari Encik Razali iaitu wakil dari Haluan yang menyatakan beliau telah berada dilokasi. Aku memberitahu koordinat yang tepat kami berada dan kami bertemu. Encik Razali cuma berseorangan. Katanya beberapa orang wakil dari Haluan akan tiba sebentar lagi. Kami membantu Encik Razali memuat turun barangan yang beliau bawa. Seperti yang telah dipersetujui, Encik Razali membawa banyak risalah yang berkenaan dengan Palestin untuk sebaran umum. Selain itu, Encik Razali juga membawa beberapa tabung dan calendar berkenaan dengan kempen untuk Palestin. Tabung dan calendar adalah untuk dijual dengan harga RM5 setiap satu. Setelah semuanya siap di setup, kami duduk berbual-bual sambil menunggu para pembeli. Banyak pertukaran maklumat berlaku antara kami (NOSC) dan encik Razali (HALUAN). Beberapa ketika kemudian, muncul kelibat 2 orang muda, yakitu wakil dari Haluan Palestin yang datang untuk sama-sama memeriahkan acara pada hari ni.


--Bab Tiga Puluh Lima

Menurut kebiasaan, gerai-gerai jualan di hadapan Masjid Muhammadi ini akan diserbu pelanggan sekitar antara jam 12 tghari sehingga jam 3 ptg. Para pelanggan adalah mereka yang rata-ratanya muslimin yang ingin ke masjid untuk melaksanakan kewajipan solat jumaat. Namun, keadaan pada hari ni mencatatkan seawal jam 11.30 pagi gerai kami telah dikunjungi pelanggan. Ada dua tarikan besar kenapa pelanggan mengunjungi gerai kami. Pertama, kerana harga barang yang kami tawarkan sangat murah bagi kualiti barangan yang kami bawa. Kami cuma menjual kesemua barang terpakai yang kami bawa dengan harga RM3 sahaja. Faktor kedua, pelanggan berkunjung ke gerai kami untuk mendapatkan maklumat mengenai isu Palestin yang kami bawa. Untuk kedua-dua alasan tersebut, maka berlakulah proses membeli sambil menderma. Jam ditangan menunjukan 12.15 tghari umat manusia semakin ramai diperkarangan masjid. Dan ramai juga yang berkunjung ke gerai kami. Para collectivist NOSC dan teman-teman aktivis dari HALUAN sibuk dengan peranan masing-masing. Ada yang mengedarkan risalah, ada yang melayan pelanggan membeli, ada yang bersembang-sembang bertukar informasi dengan orang ramai yang datang dan sebagainya. Sekitar jam 12.30 tghari, kelihatan teman-teman dari United Against Discrimination Collective tiba di lokasi. Teman-teman UADC seramai 6 orang itu datang untuk sama-sama memeriahkan majlis. Keadaan pada ketika ini sudah memenuhi gerai kami. Semakin hampir masuknya waktu Jumaat, semakin ramai yang datang memilih barangan yang kami jual. Proses jual beli untuk fasa pertama berakhir pada jam 1 ptg. Kami berhenti beroperasi seketika untuk menghormati dan mengerjakan kewajipan bersolat Jumaat. Sebelum azan solat Jumaat dilaungkan, Jera muncul dengan mengenakan sepasang baju melayu siap sedia untuk solat Jumaat.


--Bab Tiga Puluh Tujuh

Selesai saja memberi salam tanda berakhirnya solat jumaat, kami bersama ramai orang menyusun langkah keluar dari masjid. Kami ke lokasi gerai kami untuk meneruskan aktiviti kami. Keadaan untuk fasa kedua ini ternyata lebih meriah dari fasa pertama. Orang ramai berpusu-pusu menyerbu gerai kami untuk membeli barangan murah sambil menderma. Walaupun keadaan agak sibuk, namun keadaan berada dalam terkawal. Teman-teman di NOSC, HALUAN dan UADC memainkan peranan masing-masing.

--Bab Tiga Puluh Lima (Bab Akhir)

Proses jual beli yang bermula dari jam 11 pagi telah berakhir sekitar jam 3.30 ptg. Iainya berakhir setelah tiada lagi muslimin yang hadir ke masjid. Dalam kata lain, target jualan kami adalah kepada hadirin yang datang untuk solat jumaat. Setelah tiada lagi hadirin yang membanjiri masjid untuk solat jumaat, maka tiada lagi manusia yang datang ke gerai kami. Dengan itu, jam 3.30 ptg kami mengambil kata putus untuk menutup gerai kami. Sebelum kami mengemas barang-barang kami, kami berehat seketika di restoran berhampiran untuk membasahkan tekak yang kekeringan sambil-sambil berkongsi cerita menarik sekitar aktiviti yang dijalankan tadi. Teman-teman aktivis HALUAN meminta diri sebelum sempat kami minum bersama kerana mereka masih punya aktiviti lain yang perlu dihadiri. Jadi, yang minum pada petang tu hanyalah teman-teman di NOSC dan UADC.

Setelah selesai minum, kami mengemas segala peralatan dan barangan kami. Sekitar jam 4.30 ptg, kami beredar pulang ke lokasi masing-masing.




Nota tambahan:-

*pihak NOSC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ni. terima kasih yang teristimewa kami tujukan kepada pihak HALUAN PALESTIN (En. Azhar & En. Razali) yang sudi bekerjasama dengan NOSC dalam menjayakan aktiviti jualan amal ni. terima kasih juga kepada teman-teman dari UADC dan kepada orang ramai yang sudi membeli sambil menderma.

* kesemua wang hasil jualan telah kami serahkan kepada pihak Haluan sebaik saja aktiviti yang kami jalankan selesai. Kami menyerahkan hasil jualan tersebut tanpa mengiranya terlebih dahulu. Sehari kemudian, ,En. Razali melaporkan jumlah kutipan yang kami perolehi melalui Jualan Amal Untuk Palestin ini ialah sebanyak RM300 tunai.




Yang melaporkan:

DHANI AHMAD

No comments: