25 October 2008

BUKU WAJIB DI BELI!!!
minggu lepas aku terpandang satu artikel bertajuk Terapi Solat kat website Berita Harian. aku tengok sepintas lalu dan ianya menarik minat untuk aku membacanya. nak baca kat opis dah tak sempat. masa aku terpandang artikel tu dah pukul 5 dah. dah waktu balik keje. jadi, aku print artikel Terapi Solat tersebut. kat rumah, aku khatam artikel tu. dan aku lihat ada satu nama yang aku kenal yang terlibat dalam kajian mengenai solat tersebut. nama yang aku maksudkan ialah, Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar.

siapa Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar? jika kamu pernah membaca buku Goblog, pasti kamu pernah melihat nama Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar dalam buku Goblog tersebut. Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar merupakan seorang pensyarah di fakulti kejuruteraan di Universiti Malaya. mempunyai minat yang mendalam dengan dunia sastera dan beliau merupakan pengasas kepada komuniti E-Sastera. terlalu banyak benda berkaitan Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar untuk aku senaraikan kat sini.

tapi, yang penting untuk korang tahu ialah, Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar merupakan penyunting kepada buku Goblog. dan melalui bantuan Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar jugalah buku Goblog ini berjaya di cetak dengar harga yang agak murah (berbanding tempat lain). aku sudah lupa bagaimana aku boleh bertemu dengan Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar. tapi aku masih ingat, beberapa kali kami mengadakan pertemuan di kedai mamak di Lucky Garden, Bangsar, untuk membincangkan perihal Goblog. dan kali terakhir kami bertemu adalah pada 1.6.08 yang lepas, iaitu sewaktu kenduri kahwin aku. kebetulan beliau berada di Kota Bharu, maka dia bertandang ke kenduri kahwin aku.

berbalik kepada cerita "Terapi Solat " tadi, belum sempat aku mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar untuk hasil kerja beliau dan kawan-kawan itu, hari ini aku menerima email dari beliau yang bertajuk "SOLAT-KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS:: MUST HAVE!!". isi emailnya adalah seperti di bawah.

apa apa pun, tahniah saya ucapkan kepada Prof dan rakan-rakan yang telah membuat satu kajian yang menarik dan sangat berkait rapat dengan kehidupan saya. insyaAllah saya akan membeli buku ini.:)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



SOLAT - Kebaikan Dari Perspektif Sains

Membongkar Fakta-fakta Saintifik Di Sebalik Solat

Pengarang Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok

ISBN 978-967-5148-03-3

Penerbit Jab. Kej. Bioperubatan UM

2008, Edisi Pertama, 113 muka surat

Harga RM 30.00 (harga pos percuma)

Kandungan
Kajian saintifik yang menerangkan kesan solat terhadap komposisi badan, denyutan jantung, sakit pinggang, prestasi otak, kekuatan otot, dan keupayaan seksual lelaki.

Berwarna-warni penuh keseluruhannya. Dapat diperoleh dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Harga istimewa dari Kedai eSastera.
Sekiranya anda berminat untuk membeli buku ini, anda boleh sms/email kan nama dan alamat anda ke nombor telefon dan email yang tertera di bawah.
Untuk Tempahan:
Telefon/SMS
019-2550599 (Puan Ilya)

Blog Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar : http://irwan.esasterawan.net

No comments: