16 SEPTEMBER 2008
proses pengundian di Permatang Pauh telahpun selesai. dan segala isu-isu berkaitan dengannya telah pun tamat. tiada lagi isu sumpah laknat. tiada lagi isu liwat. yang ada sekarang hanyalah isu lompat parti dan pertukaran kerajaan pada 16 September 2008 ini. Anwar Ibrahim kata cukup bilangannya ahli parlimen BN dari Sabah & Sarawak yang akan melompat ke Pakatan Rakyat. aku tak pasti akan perkara ini samada ianya akan berlaku atau tidak. cumanya, berdasarkan keyakinan Anwar yang menjaja isu ini, nampaknya, kemungkinan besar akan berlaku perubahan kerajaan pada tarikh tersebut. dan kerana keyakinan Anwar itu juga menyebabkan pihak BN sedikit tergugat, walaupun mereka merasakan pertukaran kerajaan mustahil untuk berlaku. namun, kegusaran BN terserlah. acara menandatangan surat jaminan taat setia ke atas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun dianjurkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Afdal yang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen petang Khamis bersama lebih 20 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
pada firasat aku, Anwar mungkin berkata benar dalam hal ini. kerana pengaruh Anwar bukannya sedikit. dan akan jatuh teruk kredebalitinya Anwar sekiranya pertukaran kerajaan tidak berlaku seperti yang dicanangnya. cumanya aku tak merasakan yang akan melompat adalah ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. aku lebih merasakan yang akan melompat parti adalah ahli parlimen dari semenanjung malaysia. itu yang aku rasakan.
aku tidak di pihak yang mana-mana dalam perkara ini. cumanya, jika benar pertukaran kerajaan akan berlaku, aku (mungkin) rasa gembira, kerana aku sudah bosan duduk di bawah kerajaan yang ada sekarang.

No comments:
Post a Comment