05 June 2008

MINYAK OH MINYAK.
pertengahan tahun 2006, harga minyak naik sebanyak 30 sen. sebahagian rakyat tidak senang dengan kenaikan ini. makanya, sebahagian rakyat tersebut mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan ketidaksetujuan mereka terhadap kenaikan harga minyak tersebut. dan sekumpulan rakyat tersebut menamakan diri mereka Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes). masa tu aku still duduk kat KL. dan aku salah seorang daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi anjuran pihak Protes. walaupun banyak kali demonstrasi di lakukan, dan ramai protester ditangkap, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak kerajaan. harga minyak tetap dengan kenaikan sebanyak 30 sen. masa tu, Timbalan Perdana Menteri kita, Pak Cik Najib cakap, "UBAH CARA HIDUP".

dan sekarang, sekali lagi harga minyak dinaikkan. dan kali ni kenaikan sangat tinggi berbanding sebelum ni. iaitu sebanyak 78 sen. gila punya kenaikan. pihak kerajaan tahu yang rakyat akan tersentap dengan kenaikan ini. makanya, sekali lagi ulang tayang berlangsung. namun heronya bukan lagi Pak Cik Najib, hero barunya ialah Pak Lah. Pak Lah cakap, "UBAH CARA HIDUP".

aku rasa nak tergelak jek dengar ucapan ulang tayang "ubah cara hidup" ni. hehe.:)

apa pun, pasti pihak Protes akan mula megadakan demonstasi untuk membantah kenaikan minyak yang gila ini. aku harap, demonstrasi ini akan disertai oleh ramai rakyat (bukan hanya sebahagian seperti sebelum ni). dan aku harap demonstrasi ini akan menjadi titik mula kepada peyatuan rakyat tertindas untuk menentang kerajaan yang jahat. Tolak dan Lawan Kerajaan Yang Menindas Rakyat!!!

No comments: