MASUK WAD BUAT KALI KE BERAPA NTAH.
minggu lepas. aku masuk wad lagi. untuk kali keberapa ntah. kali ke empat atau kelima kot. ntah lah. dah lupa aku. yang pasti bukan buat kali pertama. dan minggu lepas sekali lagi aku dibius seluruh badan. mulut aku dikerjakan oleh doktor tanpa aku sedarkan diri. sedar-sedar je kedua-dua rahang bawah gigi aku bengkak.
aku dimasukkan wad pada minggu lepas untuk melakukan minor operation untuk mencabut gigi bongsu. bukan sebatang, tapi dua batang. makanya, aku melakukannya dalam keadaan tanpa sedar. dengar jek cabut gigi, tapi ini bukan sebarangan gigi. ini gigi bongsu. kaedah cabutannya sedikit rumit. perlu dicabut secara pembedahan kecil yang dinamakan Minor Operation Surgery. kalau cabut sebatang jek, boleh jek dibius secara biasa. maksudnya, doktor akan cabut gigi dalam keadaan kita sedar. tapi sebab aku nak cabut dua batang, makanya doktor cadangkan agar cabutan dilakukan dalam keadaan aku tidak sedarkan diri. tujuannya jelas, agar aku tidak mengalami kesakitan melampau. atas nasihat tunang aku yang juga seorang pengamal perubatan pergigian, aku bersetuju untuk melalukan operation tersebut. kenapa aku nak cabut gigi ni? sebab gigi bongsu ni tak tumbuh dengan betul. dia tumbuh secara menyerong. dalam bahasa doktornya, kedua gigi aku ni tertidur. walaupun kedua gigi ni menyerong, ianya tidak menyebabkan kesakitan pada aku. cuma, makanan selalu lekat kat gigi tu. dah le gigi tu kat hujung skali. susah nak dicapai oleh berus gigi. jadi, setiap kali ada makanan terselit kat gigi tu, aku jadi rimas. dan lama-lama gigi tu jadi buruk. dan keburukan tersebut menyebabkan mulut berbau. jadi, keputusan nekad diambil. cabut!
tengah hari 26.4.08 (sabtu) aku check in ke wad di HUSM. waris terdekat yang menemani aku masa kat wad adalah tunang aku. lepas check in, tunang aku balik rumah sekejap untuk ambil barangan keperluan. tinggal aku sesorang tido atas katil kat wad tersebut. tak ramai pesakit kat wad tesebut. cuma 6 orang je termasuk aku. banyak lagi katil yang kosong. petang2 sikit tunang aku tiba di wad. untuk menemani aku. hari pertama tidak ada apa2 yang berlaku. cuma melalui prosedur2 biasa. aku di periksa tekanan darah, di ambil darah, di soal selidik lebih kurang oleh doktor. itu jek. kemudian aktiviti melepak sampai lebam. aku tak tido atas katil pun. aku lepak atas kerusi. dan tunang aku lepak atas katil kosong kat sebelah katil aku. kitorang layan cintan kat situ.hehe. sebelah malamnya, jururawat bertugas datang kasi 2 bijik ubat. bukan untuk di makan, tetapi untuk di sumbat ke bontot. aduh!!! ini cabaran yang besar nih. jururawat tu pesan, jangan lakukan proses masukkan ubat tu terlalu lama, nanti ubat tu cair. dan berdasarkan pengalaman, percayalah, bukan senang nak "makan" ubat ni. tujuan dia bukan apa, nak suruh proses pembuangan sisa-sisa dalam perut berlaku. supaya proses operation kesokaannya berjalan lancar tanpa gangguan benda-benda busuk. dan alhamdulillah aku berjaya "makan" ubat tersebut walaupun susah. setelah ubat tersebut berada dalam usus perut, beberapa ketika kemudian, perut rasa tak sedap. dan aku pun pergi termenung kat toilet. balik dari toilet, aku tengok tunang aku dah tertidor kat katil sebelah. aku pun nak layan tido jugak ah. tapi rasa tak mengantuk lagi. jadi aku layan baca surat kabar dan jugak layan tengok gambar-gambar dalam majalah gubahan hantaran perkahwinan. dalam dok layan majalah tu, ada jururawat datang kasi pil tido. dia suruh telan. dan dia suruh aku berpuasa start pukul 2 pagi sehinngga selesai operation. lepas aku telan ubat tu, tak sampai 15 minit, aku tido tanpa sedarkan apa-apa yang berlaku disekeliling.
sedar-sedar je, dah pagi ahad, 27.4.08. terjaga sebab ada jururawat datang nak cek tekanan darah. diorang akan cek tekanan darah 3 kali sehari. pagi, tengah hari, malam. ini hari aku mc. tunang aku pun cuti jugak. tengok file pesakit atas meja aku tu, aku punya turn untuk masuk bilik bedah adalah no 3. kes aku kes ke 3. dalam jangkaan, sebelum pukul 12 tengah hari aku dah boleh masuk bilik bedah. dan sebelah petang aku dah boleh discharge dari wad tu. dalam pukul 9 pagi, doktor yang akan operate aku datang melawat untuk review kes sebelum masuk ke bilik bedah. dia cakap, tak pasti lagi kes aku sempat buat hari ni ke tak. sebab ini hari banyak kes kecemasan. aduh... aku dah mula membayangkan aku akan stay kat wad tu lagi sampai esok. jangkaan awal petang ini hari dah boleh keluar. ntahlah. tengok keadaan dulu macam mana. doktor cakap, kalau hari ni tak sempat operate, dia nak cabut gigi aku dengan keadah biasa. sakit sikitlah dia kata. aku terima aja cadangan doktor. tak sanggup aku duduk dalam wad tu lelama. tunggu punya tunggu, pukul 12, aku masih belum dipanggil. pukul 1 pun belum dipanggil lagi. aku dan tunang dah mula frust. kalau hari ni tak dapat buat operation, aku nak discharge dari wad tu dan nak cabut gigi tu cara biasa. sebab, kalau esok baru operate, maknanya lusa baru aku boleh discharge dari wad tu. tak sanggup beb dok melepak dalam wad lelama. dan alhamdulillah, pada pukul 2 petang, jururawat bertugas cakap, "get ready ah, diorang dah panggil awak". aku pun, pergi tukar pakaian untuk masuk ke bilik bedah. 2.10 petang, aku di tolak ke bilik bedah diiringi tunang aku. beberapa minit kemudian aku sampai bilik bedah. dah masuk bilik bedah aku baru nak cabut cincin kat jari aku. nak kena operate mana boleh pakai barang kemas beb. lupa aku nak tanggalkan. jururawat bertugas pun tak ada cakap kat aku. dia pun lupa jugak. lepas tanggalkan cincin, doktor inject kat tangan aku. sebelum tu dia bagi aku sedut oksigen. lepas dia inject aku tak sedar dah. sedar-sedar jek rahang gigi aku sakit dan mula membengkak. dan masa memula aku sedarkan diri tu, aku dengar suara tunang aku tengah cakap telefon dengan mak aku. tunang aku call mak aku cakap yang aku baru keluar dari bilik bedah. dan berada dalam keadaan ok. mak ayah aku tak datang wad pun. diorang wakilkan kat tunang aku jek. aku pun taknak susahkan diorang. lagipun, tunang aku dah ada di sisi. cukup ah. i love u sayang.:).
pukul 2.30 petang di masukkan ke bilik bedah. pukul 5.30 petang baru siap. makan masa 3 jam jugak tu. untuk cabut 2 batang gigi memakan masa 3 jam. lama jugak. korang dapat imagine tak how complicated pembedahan ni? aku pun tak sangka sampai 3 jam operation ni berlangsung. aku ingatkan kejap jek. doktor cakap, susah nak cabut gigi aku tu. pukul 5.30 petang tu, keadaan aku dalam separuh sedar. aku mula sedar sepenuhnya bila aku dah berada di wad. masa mana aku tukar katil pun aku tak sedar. tapi yang pastinya, kesakitan mula dirasai. rahang makin lama makin membengkak. dah ler sakit, lapar dan dahaga pulak tu. dari pagi tadi tak masuk setitik air pun kat mulut aku ni. tapi ada air yang masuk melalui wayar kat tangan kiri aku ni. habis satu botol, ditambah pula dengan botol baru. air ubat. disebabkan air ni, tubuh aku tak rasa lapar. tapi tekak rasa dahaga. aku nak minum petang tu, jururawat cakap, jangan minum banyak, nanti muntah. 6 jam lepas operation baru boleh minum banyak. jadi, aku tak jadi minum. aku layan tido dalam kesakitan. tengah malam pukul 12 aku bangun tido. tunang aku pun terjaga jugak. kesian kat tunang aku. dia tido atas kerusi jek. aku pulak tido atas katil. macam tak adil jek rasanya. dah alang-alang dia pun terjaga, aku mintak dia tuangkan air satu cawan. lepas minum air satu cawan, kami sambung tidur. aku tidur-tidur ayam jek. tak nyenyak beb. sakit. orang kat katil hujung sana pun tak tidur jugak. aku dengar suara dia tengah mengadoi kesakitan. kesian kat dia. pukul 3 pagi, aku rasa nak kencing. aku bangun, ambil botol ubut yang tergantung tu, aku pergi ke toilet bersama botol ubat tersebut yang bersambung dengan wire ke tangan kiri aku. keadaan sunyi sepi. semua orang tido. jururawat betugas pun tido jugak. dah selesai menunaikan hajat, aku kembali menyambung tido. sedar-sedar jek, ada orang tepuk bahu aku. rupanya, nurse datang nak check tekanan darah aku. tekanan darah ok. tapi dia cakap badan aku panas. dia suruh aku minum bebanyak. aku tengok jam, baru pukul 5.30 pagi. aduh.... kenapa dia datang cek awal sangat ah? kalo dia check lepas subuh pun ok. ini tak subuh lagi dah datang check.
kemudian, tunang aku pun bangun. pagi isnin 28.4.05 sudah hampir cerah. lepas solat subuh, tunang aku beli nasi dan kuih muih yang attandan hospital datang jual kat wad. bagus jugak dia datang jual kat wad. tak perlu turun bawah untuk beli makanan. aku makan kuih muih yang tunang aku belikan. dan aku minum air bebanyak. sebab, pukul 8 pagi tu jururawat bertugas tu dah cabut wire kat tangan aku. maknanya, tak ada lagi zat makanan yang masuk melalui wire. maknanya, aku kena makan sendiri melalui mulut. walaupun sakit. nak telan makanan punyalah sakit. bukan sebab sakit gusi gigi yang dicabut tu, tapi sakit sebab ada luka kat tepi anak tekak aku. kesan-kesan doktor cabut gigi tadi agaknya. setiap kali ko telan makanan rasa macam ada tulang ikan yang lekat kat tekak ko. sakit. tapi, sakit tak sakit, aku belasah makan jek. lapar dan dahaga beb.hehe.
aku bajet sebelum lunch dah boleh discharge. tapi jangkaan awal meleset. doktor yang incharge kena buat kes emegency kat bilik bedah. tunggu punya tunggu, pukul 3 petang baru aku boleh discharge. sebelum discharge, jururawat bertugas bagi satu slip mc. aku dapat mc untuk 5 hari. dari tarikh 26.4.08 hingga 30.4.08. lepas bayar rm9 untuk caj 3 hari menginap di katil hospital, aku pergi ambik ubat kat farmasi. kos rawatan dan kos ubat aku tak kena bayar sbb aku pekerja kerajaan. setelah semuanya beres, tepat jam 3.30 petang , bersama tunang aku, kami pulang ke rumah.
aku merakamkan terima kasih tidak terhingga kepada orang yang paling aku sayangi, tunang aku, yang sudi menjaga aku sepanjang aku berada di hospital. terima kasih sangat-sangat ya sayang untuk apa yang sayang dah lakukan.;). terima kasih jugak kepada doktor abdullah dan doktor zetty yang mencabut gigi aku. terima kasih juga kepada doktor yasser serta kepada semua staff husm yang terlibat dalam episod aku masuk wad kali ini. dan sekali lagi, setinggi-tinggi terima kasih kepada tunangku yang sangat disayangai. muah kat pipi dia! hehe.:)

No comments:
Post a Comment