18 February 2008

KAWAN - KAWAN YANG HEBAT.
ada 2 kawan aku yang masuk tv disebabkan kehebatan mereka.

kawan aku yang nama glamernya Vovin telah menghantar sms berikut kepada aku. sms-nya menyatakan beliau akan keluar dalam tv rtm dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia untuk mempromosi novel terbaru beliau. jam 9 pagi, aku tonton rancangan tersebut. dan aku lihat Vovin sedang diwawancara dalam mengupas novel terbaru beliau yang berjudul Opera Angkasa. setakat pengetahuan aku, Opera Angkasa merupakan novel kedua beliau selepas novel Aliya Elyana. bro, mintak novel free satu. jangan lupa sign kat buku tu okeh.hehe. sila lawat Vovin di sini: http://dunia-vovin.blogspot.com

semalam, aku tengok berita. isu pilihanraya hangat diperkatakan. dan sedikit terkejut apabila aku melihat, kawan aku akan menjadi calon pembangkang dalam melawan Khairi Jamaludin (menantu Pak Lah) nanti. "wah! hebat!". getus suara hati aku. kawan aku yang bernama Badrul Hisham ini merupakan anak buah kepada Ezam Md. Noor yang merupakan aktivis kepada sebuah badan ngo yang bernama GERAK. tak tahu pulak aku si Chegu Bard ni masih bersama parti Keadilan. aku ingatkan dia sama-sama keluar dari Keadilan masa Ezam keluar dari Keadilan tempoh hari. apa pun, semoga berjaya aku ucapkan kepada kawan aku yang sorang ni. kalau menang, jangan lupakan gua beb. belanja roti bakar okeh! :). sila lawat Chegu Bard di sini: http://www.chegubard.blogspot.com

aku pulak bila nak keluar tv? aku tak keluar tv beb. aku tak pilih jalan itu. :)

No comments: