HARI INI DALAM SEJARAH
10 minit sebelum jam 2 petang, bertarikh 1.10.07, isnin, sedang saya dan kekasih menuju ke sebuah kedai, melalui jalan Kubang Kerian - Panji, sebelum pada persimpangan lampu isyarat kawasan perindustrian Padang Tembak, saya memberi signal ke kanan dan membelokkan kereta saya. tiba-tiba datang sebuah motosikal dari belakang melanggar bahagian depan sisi kanan (bumper) kereta saya. didapati pelanggar tersebut adalah seorang pelajar. dia jatuh dibahu jalan setelah pelanggaran berlaku. saya dan kekasih keluar mendapatkan pelajar tersebut. didapati dia mengalami luka kecil dilengan dan lutut. kerana motosikalnya mengalami sedikit kerosakan, saya dan kekasih mengambil keputusan menghantar pelajar tersebut ke sekolahnya kerana pada jam 2 petang dia akan menduduki peperiksaan PMR. tidak jauh dari tempat kejadian, kami tiba di sekolah beliau. kami bertemu dengan guru-guru yang ada untuk menceritakan hal berkenaan. pengetua sekolah juga ada bersama untuk mendengar perkara yang berlaku. berbekalkan ubatan yang disediakan pihak guru, kekasih saya selaku pengamal perubatan dipertanggungjawabkan secara tidak rasmi untuk membersihkan luka pelajar tersebut. setelah selesai kira-kira jam 2.30 petang, pelajar tersebut melangkah ke dewan peperiksaan. dan kami melangkah pulang ke pejabat. kami menelefon ibubappa pelajar tersebut untuk memberitahu kejadian tersebut. inilah laporan saya.

No comments:
Post a Comment