KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM5 dan 6 haribulan 9 yang lepas, aku menghadiri kursus kawen selama 2 hari bertempat di Dewan Irama Inn, Bachok. aku tidak keseorangan. aku ditemani Siti Marshila Haslinda [lynn]. tidak, sebetulnya aku yang menemani lynn.:). kenapa aku bilang aku menemani lynn? kerana, idea asal untuk mengikuti kursus ini adalah datangnya daripada lynn. beliau mengajak aku kerana beliau sudah semakin menghampiri gerbang perkahwinan yang dijangka akan berlangsung tahun depan. namun beliau masih belum menghadiri kursus perkahwinan. makanya, beliau mengajak aku.untuk pengetahuan, lynn sudahpun bertunang. bukan bertunang dengan aku, tetapi dengan orang lain.:).
jadi, selama 2 hari aku dan lynn ke Dewan Irama Inn, Bachok. pergi bersama. dan pulang bersama. dengan motokar masing-masing menuju ke lokasi yang cantik. lokasinya sudah pasti cantik kerana dewan tersebut terletak di tepi Pantai Irama. pendek kata, lepas abis kursus memang boleh terus dating kat tepi pantai tu. menikmati angin pantai sambil menikmati makanan laut bersama kekasih. oh asyik! hehe. :)kursus selama 2 hari ini dihadiri kurang lebih seramai 150 peserta. kebanyakannya datang secara berpasangan. begitu juga dengan aku, berpasangan dengan tunang orang.hehe.:p. dipendekkan cerita, selama 2 hari tersebut, kami hanya sekadar mendengar ceramah tentang segala macam hal yang berkaitan dengan alam rumah tangga mengikut panduan Islam. semua hal yang berkaitan alam perkahwinan diperbincangkan. daripada seremeh-remeh isu sehinggalah isu yang paling sulit. dan diulangi, kursus ini hanyalah kursus mendengar ceramah. tidak ada soal jawab mahupun menjawab ujian, tetapi sekadar mendengar ceramah. itu saja.dalam dewan tersebut aku mengambil tempat baris ketiga dari depan. agak depan. lynn juga berada di posisi depan, di barisan kedua. lokasi yang sangat baik untuk aku melihat paparan yang ditunjukkan pada screen paparan. dan aku pasti peserta yang duduk di belakang tidak akan nampak jelas apa yang terpapar di skrin sepertimana aku melihatnya. jadi, pastinya pemahaman aku lebih jelas berbanding peserta yang duduk dibelakang. ini kerana, pihak penganjur tidak mengedarkan nota kepada peserta setiap topik yang dibincangkan. ini aku rasa kekurangan yang ada dalam kursus ini. seharusnya, untuk pemahaman yang lebih jelas, pihak penganjur harus mengedarkan nota yang akan dipersembahkan oleh para penceramah supaya peserta dapat memberi lebih penumpuan keatas topik yang dibicarakan. selama 2 hari, kami diperkenalkan dengan 10 orang penceramah dengan 11 tajuk. para penceramah adalah terdiri daripada imam masjid, tuan qhadi, doktor kesihatan dan juga kaunselor. topik-topik yang dibentanghuraikan adalah seperti berikut:- AKIDAH- IBADAH- AKHLAK- KOMUNIKASI SUAMI ISTERI- PERKAHWINAN DAN PROSEDUR- HUBUNGAN DALAM KELUARGA- PENGURUSAN KESIHATAN- PENGURUSAN SUMBER KELUARGA- PENGRUSAN KONFLIK- PENGURUSAN TEKANAN/STRESS DALAM KEHIDUPAN- PENGURUSAN TALAK, FASAKH DAN PROSEDUR PERCERAIAN
kesemua topik telah dihuraikan dengan begitu cemerlang oleh para ceramah. sama sekali tidak membosankan. malah, kadang-kadang aku merasakan seperti cerita lawak dipanggung wayang.asyik gelak jek memanjang.hehe.lucu beb. memang lucu.tak percaya tanya lynn.hehe.:). untuk ini, aku ucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mencari para penceramah yang lucu.:). cuba korang bayangkan kalau penceramah tu bentangkan isu dengan gaya membosankan, komfom korang tido punya...jadi, secara keseluruhannya, aku simpulkan bahawa KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan ini adalah satu langkah yang sangat bijak sebagai pendedahan awal kepada kita semua sebelum menempuh alam perkahwinan. cumanya, aku sangat berharap kelemahan-kelemahan kecil yang ada dalam kursus ini dapat ditangani dengan segera agar kursus ini menjadi lebih baik di masa akan datang. apa pun, aku dah ada sijil kawen. dah dapat satu lesen kawen. yey!!!! hehhehe.:p
09 September 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment