13 June 2007

MATI ITU PASTI.
jumaat lepas, imam masjid kampung aku meninggal dunia. semalam pulak, jiran aku pulak meninggal. sekadar untuk lebih jelas, imam adalah allahyarham dan jiran tu pulak allahyarhamah.
bukan apa, aku nak cakap, sebetulnya, kubur kat kampung aku ni akan menerima sepasang jenazah. tak pernah lagi aku dengar kat kampung aku ni, cuma ada satu kes kematian. betul beb. aku tak tipu. sejak dari kecik lagi, kalau ada berita kematian, mesti akan ada dua kematian dalam masa terdekat. aku pernah cuba untuk tidak percaya kepada "hakikat" ini. aku anggap ianya satu kebetulan. tapi masakan kebetulan boleh berlaku secara banyak kali dan konsisten?? sejak itu, aku anggap yang ianya kebetulan yang berterusan.
sejak itu, aku jadi risau bila mendengar berita kematian. aku risau untuk mendengar siapakah yang akan mati selepas aku mendengar berita kematian yang pertama tadi. sudah pasti aku tidak mahu kematian yang seterusnya adalah dari ahli keluarga aku. tapi itu dulu. masa kecil kecil dulu. sekarang aku lebih bersedia. kerana setiap kita pasti merasai mati. mati itu pasti.

No comments: