BOSAN DI PETANG JUMAAT YANG SURAM
hari jumaat di tempat aku, hari cuti. ditempat kau, mungkin tidak. dan sekarang adalah hari jumaat.dan aku bosan dengan keadaan sekarang. kosong. sepi. dan tak tahu nak buat apa. selalunya, hari jumaat aku bangun agak lewat. sekitar jam 11 baru bangun. balas dendam untuk hari-hari bekerja yang lain barangkali, yang memerlukan aku bangun seawal pagi. jam 11.30 baru menjamah breakfast.lepak-lepak kejap, masuk solat jumaat.selesai solat jumaat, jam 2 petang lebih, keluarga aku lunch. tapi aku tidak. kenyang breakfast tadi masih terasa. aku lepak tengok tv. dan bosan bertandang lagi. jam 3 petang, kemuncak kebosanan. resah. gelisah. mau bikin apa ya untuk hilangkan bosan? membaca barang kali boleh mengindahkan hari. aku melangkah ke bilik. menggapai sebuah buku kecil yang bertajuk I.S.A : Ia Sah Aniaya. buku baru yang aku beli 2 minggu lepas. aku membaca dalam posisi kuak lentang. tidak habis satu bab aku membaca buku, buku pula membaca aku. aku tidur.
No comments:
Post a Comment