07 January 2007

Punk Tidak Mati. Zine Juga Tidak Mati.
"Punk Not Dead" adalah slogan keramat yang diwarisi sejak zaman berzaman. dan ternyata slogan ini begitu jitu untuk terus memastikan punk itu sentiasa ada di muka bumi ini. Tentu saja tanpa zine, kewujudan punk itu tidak sempurna. namun, sejak kebelakangan ni, tak ramai punkers yang berminat untuk menghasilkan zine. makanya, kepupusan zine berlaku dengan sempurna.



sehinggakan aku merasakan slogan "save the zines" harus dilaungkan. apa pun, tertanya kita masih tidak memerlukan slogan "save the zines", kerana, budaya zine sudah menyerap ke dunia arus perdana. zine yang dulunya cuma dihasilkan oleh anak-anak punk yang serba kekurangan kini telah dipraktik oleh kelompok manusia arus perdana yang langsung tiada kaitan dengan punk scene. tidak pasti samaada ianya berlaku secara kebetulan ataupun sememangnya ini adalah transformasi kematangan pertumbuhan zine itu sendiri. yang pasti, sudah semakin ramai yang bersetuju dengan MEMBUDAYAKAN D.I.Y SEBAGAI ALTERNATIF. ya, D.I.Y. Do It Yourself. buat sendiri. zine adalah budaya menghasilkan zine secara sendiri tanpa mengharapkan syarikat publisher untuk mengeluarkan buku tersebut.


walaubagaimanapun, aku tertarik untuk bercerita mengenai sebuah publisher yang mengelarkan diri mereka dengan nama PUSTAKA BT, sebuah publisher dari kelantan. aku tak pasti status sebenar publisher tersebut. apakah ianya sebuah syarikat yang besar atau sekadar nama kepada sebuah grup yang tidak punya syarikat, seperti Papakerma Press.hehe.:P.




apa pun, aku ingin mengucapkan tahniah kepada tenaga kerja PUSTAKA BT yang giat berusaha mewujudkan budaya membaca berkos rendah. PUSTAKA BT merupakan salah satu contoh golongan non-punk yang menerbitkan zine. bukan cuma satu zine, tapi bermacam-macam jenis zine [nota: rujuk pada gambar]. dan penerbitannya adalah sangat konsisten. hampir setiap minggu, ada saja zine baru yang diterbitkan. dijual juga dengan harga yang sangat murah. walaupun tercatat pada zine harganya rm2 senaskah, namun demikian, aku cuma membeli setiap zine dengan harga rm1 senaskah. sangat murah!


"jual murah-murah jah. serial [seringgit] so [satu]. ambik kos fotostat jah"- penjual zine
"serial so? dio bulih untung kok mano pun tok tahu"- pak cik pembeli
"hehe. tok tahu ah.:)"-aku


jika anda membaca zine dari golongan punk, maka kontennya menjurus kepada isu-isu sekitar dunia punk aktivis. jika anda membaca zine dari Geng Jurnal, maka isinya berkisar tentang dunia penulisan blog. dan jika anda membaca zine terbitan PUSTAKA BT, isinya lebih kepada dunia Islam. apabila ramai pihak dari kelompok berlainan mula menghasilkan zine, kepelbagaian genre zine muncul. dan keadaan ini akan mengindahkan dunia zine itu sendiri. kita punya banyak pilihan membaca mengikut minat masing-masing. jika belum ada genre zine yang anda minat, anda buat genre anda yang tersendiri. ayuh! seperti yang aku katakan sebelum ini, membuat zine adalah sesuatu hal yang berkenaan dengan KEBEBASAN. jadi, setiap usaha yang mengeluarkan diri kita dari kongkongan duniawi adalah sangat disokong.




sekali lagi aku ingin mengucapkan taniah dan terima kasih kepada PUSTAKA BT yang mewujudkan budaya membaca berkos rendah. aku sentiasa menyokong kalian! jika ada yang berminat untuk mendapatkan zine terbitan PUSTAKA BT, sila hubungi mereka di: buletintarbiah@yahoo.com atau 019-9296878.



p/s:- gambar cd tu sekadar hiasan semata-mata. hehe. tapi alang2 dah ada gambar, aku citer ah sikit. untuk 4 cd kat atas tu dan juga sehelai t-shirt The Upstairs, aku habis Rp225 000. dua ratus dua puluh rima ribu (rupiah) beb. kaya tak aku? hehe. :P

No comments: