03 December 2006

WAWANCARA BERSAMA DHANI
oleh: Korok Kering Zine

Hai, assalamuaialikum. Sebelum kita pergi jauh, boleh ceritakan sedikit tentang diri anda? Latar belakang anda, hobi di waktu lapang, cita-cita, ciri-ciri wanita idaman etc.
Hai. Waalaikumussalam. Nama saya Dhani Ahmad. Seorang lelaki yang mempunyai ketinggian 170 cm dengan berat badan 60 kg. Seorang pemimpi (idealis) yang realis. Sering memimpikan perkara-perkara besar dan cuba dipraktikkan dalam kelompok yang dihuni. Menjadikan Indonesia sebagai kiblat utama dalam mencipta mimpi-mimpi indah. Penggemar musik indie pop. Pembaca dan pengumpul buku politik dan islamik/sufism. Sering jatuh cinta pandang pertama setiap kali melihat wanita cantik. Dan saya masih solo. :)

Secara jujurya, saya mengenali kamu melalui blog yang kamu tulis. Saya agak tertarik dengan gaya penulisan kamu pada ketika itu. Radikal, puitis, politis dan kritis. Sudah berapa lama anda ber’blogger’ dan menulis blog anda sendiri di internet? Apakah yang mempengaruhi anda untuk menulis blog? Adakah ia sekadar hobi, atau kerana anda inginkan perhatian ?
Blog pertama saya dicipta pada tahun 2002. namun saya mula menulis blog secara berterusan bermula tahun 2004. Sehinggalah sekarang. Sebetulnya blog saya ini tercipta setelah saya menghasilkan sebuah newsletter yang bernama Bilik Kecil Itu. Dan sebagai alternatifnya, saya menggunakan blog sebagai medium kedua untuk menyebarkan tulisan di newsletter itu kepada pembaca dalam skop yang lebih luas memandangkan budaya blog semakin digemari ramai. Bilik Kecil Itu hanya berjaya dikeluarkan secara bercetak sehingga isu ke 4. sehinggalah saya memutuskan untuk tidak meneruskan newsletter ini. apapun, kerana saya sudah mencipta ruang menulis di blog, maka saya teruskan penulisan saya di blog. Nama blog saya iaitu bilik.blogspot.com di ambil sempena nama newsletter Bilik Kecil Itu. Jika dulu tujuan blog saya adalah untuk memaparkan tulisan-tulisan yang ada di newsletter Bilik Kecil Itu. Tapi sekarang tujuannya berubah. Tulisan di blog saya sekarang lebih menjurus kepada perihal peribadi. Yah, berkongsi hidup dengan teman-teman.

Bermula dengan menulis zine Sebutir Bintang Merah, kini anda menghasilkan blook yang diberi nama Goblog. Tidakkah anda terpanggil untuk menulis zine lagi dan ceritakan serba sedikit tentang Goblog?
Goblog merupakan buku pertama yang dihasilkan secara d.i.y . Dijayakan secara kolektif oleh 13 orang anak muda penggiat gerakan d.i.y punk scene di Malaysia. Bermula daripada tiada seterusnya mencipta kemungkinan dan berakhir dengan kewujudan baru. Goblog adalah mimpi terbaru yang saya realisasikan. Tentang zine pula, saya tidak pernah punyai niat untuk berhenti menghasilkan zine. Cumanya, buat masa sekarang, saya tidak punya kesempatan [baca: malas.:)] untuk menghasilkannya. Apa pun, saya sedang berusaha ke arah tersebut. Semoga di tahun 2007 akan ada rilisan isu baru dari Sebutir Bintang Merah. :)

Kenapa anda konfiden untuk menerbitkan buku sedangkan kita tahu orang melayu kita ni malas membaca sampai kerajaan terpaksa membuat kempen untuk membaca.
Saya sering optimis dengan apa yang saya lakukan. Mencipta kemungkinan pada ruang ketidak-mungkinan punya risiko gagal yang besar. Tapi, yang lebih penting adalah mencipta kemungkinan kejayaan daripada menyerah kalah sebelum mencipta. Kita di sini adalah atas paksi revolusi. Dan tidak harus punya rasa takut dalam mengejar revolusi. Apapun, saya bukanlah Munir yang tidak punya rasa takut dalam mencipta perubahan. Rasa takut masih menebal di fikiran saya. Namun, yang lebih penting adalah cuba untuk mengatasi ketakutan dan mencipta kehidupan yang mencabar. Mengenai orang melayu malas membaca tidak menjadi masalah kepada saya. Kajian telah dibuat sebelum buku dihasilkan. Dan target pembaca yang perlu saya capai juga sudah dikesan. Yang tinggal cumalah, menghasilkan dan mengedarkan buku tersebut.

Apa pandangan anda tentang kehidupan manusia di zaman sekarang. Adakah anda melihat satu sudut yang positif jika manusia secara totalnya bergantung kepada kecanggihan teknologi untuk segala urusan kehidupan? Pandangan anda tentang kepentingan internet di dalam kehidupan kita?
Banyak produk teknologi canggih, pada saya, masih lagi sebagai barang kehendak. Bukan barang keperluan. Berarti, tanpa teknologi canggih saya tetap boleh meneruskan hidup. Begitu juga dengan internet. Hidup masih berjalan tanpa internet.

Anda salah seorang editor yang menulis untuk kolum surat khabar mahasiswa. Sebagai bekas pelajar, adakah anda rasa dengan "involve" ke dalam scene HC/PUNK ketika masih belajar adalah penting? Dan adakah mesej yang cuba anda mahu sampaikan dalam penulisan anda itu berjaya?
Melibatkan diri dalam scene punk tidak terlalu penting. Tapi yang lebih penting ialah melibatkan diri dalam dunia aktivisme. Dan punk adalah salah satu komponen yang terkandung dalam aktivisme. Tidak perlu ada tempoh masa yang khusus bila waktunya harus melibatkan diri dalam dunia aktivisme. Yang penting, bersama-sama mencipta masyarakat aktivis. Mengenai dunia penulisan saya pula, saya berjaya mencapai tujuan saya. Menyebarkan mesej kepada umum melalui medium yang lebih besar skala pembacanya adalah perlu. Meraih kesempatan-kesempatan yang ada adalah perlu dalam menyebarkan mesej. Tidak kira sama ada kesempatan yang wujud dari sudut mana sekalipun. Ada yang mengatakan hidup juga adalah tentang perlumbaan mengeksploitasi. Jadi, kita harus cepat mengeksploitasi agar tidak dieksploitasi. Apa pun, mengeksploitasilah dengan bijak dan jangan sampai ada berlaku penindasan kemanusiaan.

Kita digemparkan dengan berita penempatan Kampung Berembang yang dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang. Dan ada diantara penduduk kampung itu yang tinggal dikawasan itu lebih dari 30 tahun. Apa pandangan anda tentang hal ini? Adakah anda setuju jika saya katakan kita akan ditindas dan dicabuli hak demi kepentingan kepada pembangunan Negara?
Terus terang aja saya tidak tahu secara detail tentang isu Kg. Berembang. Apa pun, seharusnya kerajaan Malaysia tidak terlalu kejam menghalau penduduk kampung tersebut secara paksa. Kebajikan masyarakat harus diambil kira dalam mengambil apa jua tindakan sekalipun. Ternyata Hadharism ciptaan Pak Lah gagal mencipta kebaikan. Dan penindasan tetap bermaharajelela. Sama juga keadaanya dengan era rejim Mahathir. Kerajaan Mahathir dan Kerajaan Pak Lah tidak punya perbedaan. Kekejaman kerajaan tetap bermaharajalela.

Adakah anda straight edge? Apakah perasaan anda, jika anda seorang straight edge tetapi tidak bagi teman wanita anda? Patutkah anda tinggalkan teman wanita anda semata-mata kerana dia tidak straight edge seperti anda?
Saya tidak punya masalah dengan apa-apa status. Dia bebas untuk menjadi straight edge atau tidak. Yang penting, dia memahami saya memahami dia. Yang penting juga, dia cantik dan seksi di mata saya.hehehe. :). Saya bukan straight edge.

Malaysia sebuah Negara demokrasi. Demokrasi kuku besi. Bagi anda, sebagai seorang rakyat, adakah revolusi keatas Negara akan berjaya dicetuskan sedangkan kita sedar bahawa suara rakyat adalah suara yang lemah dan suara minoriti. Apakah yang patut kita lakukan sekiranya kita benar-benar ingin mencetuskan revolusi?
Revolusi bukan perkara mustahil untuk berlaku. Perkara yang perlu kita lakukan untuk sebuah revolusi adalah melakukan tindakan kearah tersebut secara istiqamah. Melakukan secara konsistan.

Apa pendapat anda tentang pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang?
Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah sekarang sangat lemah jika dibandingkan dengan kerajaan pimpinan Mahathir.

Isu 'homophobic' seperti gay dan lesbian hangat diperkatakan dalam scene satu tika dulu. sehingga kini ia masih releven untuk dibahas kerana masih ramai antara kita yang menganggap golongan gay dan lesbian tidak berhak diberi ruang dan utk hidup dengan cara mereka. Apa pendapat anda pula?
Kita diciptakan secara berbeza untuk saling menghormati dan memahami satu dengan lain. Bukan untuk membenci.

Adakah penulis blog yang menulis kisah hidup mereka didalam blog ini menulis secara jujur? Atau ada diantara mereka yang mereka-reka cerita untuk menarik perhatian orang lain untuk membaca blog mereka. Apa pendapat anda?
Terserah kepada penulis itu samada mahu menulis kisah benar mahupun fiksyen. Yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Kadang-kadang, saya juga mencipta tulisan dongeng. tulisan bukan kisah sebenar.hehe. :)

Apakah ciri-ciri positif d.i.y HC/PUNK yang ada pada diri kamu? Cuba senaraikan.
Baik. Jujur. Amanah. Menepati janji. Bertoleransi. Menepati masa. Tidak prejudis. Tolong menolong. Indipenden. Mengamalkan kesamarataan. Ramah mesra. Dan sebagainya yang baik-baik belaka.hehe. :)

Apa komen anda tentang zine scene di negara kita yg semakin merundum berbanding negara jiran, indonesia yg masih gah. adakah anda rasa kita menuju keadaan seperti di jepun di mana tiada langsung zine dihasilkan?
Sejak tahun 2004 sehingga sekarang, kekurangan zine dalam komuniti punk dapat dirasakan. Tidak banyak editor yang rajin untuk terus menghasilkan zine mereka. Begitu juga saya.hehe. :). Alasan kepada perkara ini bagi saya adalah disebabkan perkembangan kemudahan dunia internet. Malasah ini bukan cuma dihadapi oleh kita di sini. keadaan yang sama juga berlaku di tempat lain. Apapun, sejak akhir-akhir ini, saya melihat senario menghasilkan zine kembali berputik. Bukan di komuniti punk, tapi di komuniti penulis dunia maya yang mula mengabadikan tulisan mereka di kertas-kertas. Dan zine adalah pilihan mereka. Malah saya juga ada terjumpa salah satu penerbit buku yang menghasilkan buku-buku dalam format zine. Dengan ini, "dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan pelancaran kempen membudayakan amalan menerbit dan membaca buku berkos rendah." :)

Apa pengertian cinta bagi anda? Adakah ianya hanya lah salah satu untuk melengkapkan kepuasan seks? Atau anda ada hujah yang lain?
Pengertian cinta pada saya banyak. Salah satunya ialah, disaat saya melihat gadis cantik dan saya berasa ingin hidup bersamanya, maka disitu saya merasakan ada cinta pada gadis tersebut. Ya, saya jatuh cinta terhadap gadis tersebut dan saya ingin menikmati cinta bersamanya.hehe.:). Cinta dan seks itu dua perkara berbeza. Namun, seks sering terjadi apabila cinta bersemi. Apa pun, yang lebih penting ialah melakukan hubungan seks atas kerelaan bersama. Dengan ikhlas. Huhu. :)

Bagaimana anda melihat scene di Malaysia pada 10 tahun akan datang?
Jika ada 10 orang yang mempunyai matlamat yang sama seperti saya, iaitu menyebarkan idealogi punk ini ke dunia mainstream secara terbuka [dakwah secara terbuka.:)] mulai sekarang, saya yakin 10 tahun lagi masyarakat Malaysia akan melihat punk sebagai satu kumpulan orang muda yang memperjuangan aktvisme yang melakukan kerja-kerja kebajikan untuk kebaikan bersama.

Semua orang tahu bahawa Saddam Hussein telah ditangkap oleh Amerika Syarikat. Kita tahu, pemerintahan Saddam Hussein adalah pemerintahan kuku besi walhal dia adalah seorang yang beragama islam. Selepas penangkapan beliau, semua pengikut beliau hanya berdiam diri. Seolah – olah sudah tidak mahu menyokong beliau. Dan patut kah kita menyokong beliau hanya kerana beliau islam ataupun sebaliknya. Tetapi US berlipat kali ganda lagi kejam dari binatang. Apa pandangan rasional anda tentang isu ini?
Kita tidak harus menyokong sesiapa pun yang melakukan penindasan.

Senaraikan :
§ 5 buku kegemaran anda

o Soft Revolution
o Kisah Sheikh Siti Jenar
o Soe Hok Gie : Catatan Seorang Demonstran
o Munir : Sebuah Kitab Melawan Lupa
o Ahmad Wahib : Pergolakan Pemikiran Islam

§ 5 band kegemaran anda
o Dewa.
o Padi.
o Tegan & Sara.
o The Upstairs.
o Homicide.

§ 5 ciri-ciri wanita idaman anda
Kalau dari sudut yang boleh dilihat mahupun disentuh, saya mahukan wanita yang
o Chubby
o Educated
o Seksi
o Aktivis
o Murah senyuman. :)

§ 5 sifat negative pada diri anda
o Rahsia beb. Mana bleh bagitau.hehehe. :)

§ 5 blog yang menjadi feveret anda
o Saya tidak mempunyai blog feveret. Saya akan melawat ke setiap blog kawan-kawan jika punya kesempatan.

§ 5 sebab mengapa anda kata anda ramai peminat
o Eh, bila masa pulak saya kata saya ramai peminat? :). Saya tak punya peminat. Yang saya ada ialah kawan-kawan.

Boleh tak berkongsi sedikit tips tentang mahu meghasilkan sebuah buku. Dari segi pubishing, kos dan gaya penulisan itu?
Menerbitkan buku bukan satu kerja mudah. Eh agak mudah sebenarnya. Maksud saya, banyak fasa yang harus ditempuh. Dan fasa yang paling mencabar ialah dalam mencari dana untuk menampung kos perbelanjaannya. Maklum aja lah, saya ni bukannya golongan orang yang berduit.hehe. Dan menerbitkan buku bukanlah sesuatu yang murah. Apa pun, untuk proses-proses detail mengenai penghasilan buku, sila baca tulisan saya yang bertajuk: Cara Menerbitkan Buku Secara DIY pada zine ini.

Last word dari anda untuk awek-awek yang membaca zine ini.:)
Untuk awek-awek jek? :). Baiklah. Untuk pengetahuan awek-awek di luar sana, saya masih belum mempunyai kekasih hati. Tapi saya tahu si dia yang cantik yang akan berkongsi hidup dengan saya ada di luar sana. Mungkin juga dia sedang membaca tulisan ini. Jadi, kepada si dia yang akan bergabung sayap dengan saya untuk terbang merentas langit luas bersama-sama, saya setia menanti kamu mengetuk pintu hati ini. Jika kamu telah bersedia untuk melayari kehidupan bersama saya, sila sms kata cinta ke nombor ini: 019 2508857. hehehe.:).

No comments: