13 November 2006

ORANG KECIL BERTEMU ORANG BESAR.
sepuluh haribulan sebelas. hari jumaat. sembilan pagi. di kota bharu. kopitiam coffee house menjadi saksi.pertemuan aku, ezam, badrul dan kawan2. siapa ezam? tanya kawan aku yang berada di pulau pinang. ezam atau lebih polular sebagai Ezam M. Nor atau Ezam KeADILaN adalah antara tokoh politik pembangkang yang pernah ditahan ISA tidak lama dulu. beliau merupakan penasihat politik Anuar Ibrahim dan juga bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat [PKR]. ya ezam telah meletak jawatan ketua pemuda PKR. tapi aku kurang pasti sama ada ezam masih di PKR atau sudah tidak melibatkan diri dengan politik kepartian. yang pasti, setelah meletak jawatan ketua pemuda PKR, ezam muncul sebagai pengurusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi [GERAK], sebuah NGO yang menentang korupsi.

itu serba sedikit tentang ezam. dan aku bertemu dia. jika dulu aku cuma menonton ezam berpidato dari jauh, jumaat lepas aku duduk bertentangan dengannya. satu meja. dan menikmati sarapan pagi bersama. terus terang aja, aku sedikit kekok untuk berbual mesra dengan ezam. ya, ini bukan kali pertama aku duduk semeja dengan ORANG BESAR. tapi entah kenapa aku rasa seperti ianya suatu pertemuan yang formal. mungkin kerana pada waktu itu agak ramai pengikut yang menemani ezam. dan semua memakai baju kemeja. walhal aku cuma memakai t-shirt lusuh. yah, pakaian santai anak muda yang rock.hehe.:P. sekitar 10 orang semuanya yang menemani ezam. semuanya orang parti keadilan. ada juga pada waktu itu, bakal ketua pemuda PKR yang akan memenuhi kekosongan yang ezam tinggalkan.

dalam ramai-ramai tu, aku cuma kenal ezam dan badrul saja. kami bertiga rancak berbual. yang lain2 asyik menjamu selera pagi sambil mendengar big bos [ezam] berbicara dengan orang muda yang hensem [aku lah tu.:P.hehehe]. topik perbualan kami lebih menjurus kepada dunia aktivisme. tentang GERAK. tentang bagaimana nak menentang rasuah. tentang bagaimana nak mencipta kuasa rakyat yang kuat. tentang bagaimana nak berkalaborasi. tidak ketinggalan juga tentang Altantuya.hehe.:).

perbualannya santai saja.sambil2 berbual, aku mengeluarkan 2 naskah goblog untuk dihadiahkan kepada ezam dan badrul. dan badrul memberi aku beberapa leaflet GERAK.jam sepuluh lima belas pagi, badrul mengajak ezam untuk meneruskan perjalanan mereka selanjutnya. ke kuala terengganu. sebelum berpisah, ezam meminta aku menanda-tangan di atas goblog yang aku hadiahkan tersebut. [rasa mcm penulis besar plak main autograp2 nih.hehe.].dan pasti aja ini merupakan titik mula yang baru kerjasama aku dan GERAK. dan juga dengan dunia aktivisme di Kelantan khususnya.;).

No comments: