26 November 2006

23.11.2006 : BLINDATE & PERJUMPAAN SULIT DI KOTARAYA.
dua puluh tiga haribulan sebelas dua ribu enam. buat kali pertama aku menjejak kaki ke kuala lumpur setelah hampir sebulan menjadi warga kelantan. aku ke kl atas beberapa alasan. dan antara alasannya ialah untuk blindate dan juga menghadiri perjumpaan sulit dengan orang lama Geng Jurnal.:).

aku tak nak cerita panjang. cumanya aku nak beritau secara ringkasnya, aku blindate dengan xnimyx yang baru pulang dari australia sempena cuti semester.;). blindate ni berlangsung sedikit lewat dari perangcangan asal. jadi, plan asal tak dapat dilaksanakan. kami dating lepas solat jumaat. kami lunch di CM. seterusnya aku diminta xnimyx utk membawanya ke Pustaka Indonesia di depan Masjid India. di sana xnimyx ada membeli beberapa naskah buku cinta.:). dan aku membeli senaskah buku tentang Sheikh Siti Jenar. oh ya, aku ada tanya tentang Al-Kitab. ya, Al-Kitab ada dijual di sini. dengan harga rm45 senaskah. tapi aku tak dapat beli al-Kitab sbb kehabisan stok. barang rare beb! susah nak dapat tue... selepas sekain lama di lautan buku, kami ke Pertama Complex. untuk membeli henpon. kami tak lama di PC. dah jumpa henpon yang nak dibeli, aku terus angkat. dengan harga rm245 seketul. dah setel beli henpon, kami ke area lrt masjid jamek. untuk menghadiri perjumpaan sulit.:P.

jam 6 petang. seperti yang di janjikan. aku memilih restoran Al Wira sebagai lokasi.perjumpaan haram. eh, maksud aku perjumaan sulit.:P. perjumpaan sulit dihadiri oleh sinaganaga, mat jan, vovin, amyz, op, elmaaniq. aku juga menbawa beberapa kawan2 aku untuk turut terlibat dalam perjumpaan sulit ini, iaitu nizang, xriziex, kudin, arul, aiya, shana, nurul dan juga xnimyx. banyak benda yang berlaku kat perjumpaan ni. tak larat aku nak cerita. jadi, aku tak nak cerita.hehe. perjumpaan yang bermula jam 6 ptg ini tamat pada [lebih kurang] jam 10.30 mlm. -TAMAT-


berikut adalah barang-barang yang aku dapat/beli pada hari tersebut:

+ sevinir dari australia yang xnimyx bagi kepada aku. sehelai baju, sebatang pen, seutas keychain dan 4 cawan cinta.hehe.:P. terima kasih ya xnimyx. [dhani kenyit mata kat xnimyx.hehe.]

+ henpon dan buku yang dibeli bersama xnimyx.


+ buku kudeta yang aku beli dengan naga dengan harga rm15. ada tanda tangan naga, op, vovin kat buku ni. saper nak beli buku yang dah siap ada tanda tangan? aku jual murah2 jek. rm40 satu. ada berani? hehe.:P.

+ zine mosh dan drsa yang aku dapat secara percuma daripada nizang. terima kasih buat nizang. zine ni best beb. baik korang beli!

+ zine rapat, sticker kerata, dan buku ayat2 power yang diberi secara ikhlas oleh amyz kepada aku. terima kasih ya miz. nanti kita gi tgk CINTA sesama ek.;). [dhani kenyit mata kat amyz pulak.hehe.]

No comments: