"Lucky Garden"- sapa aku ringkas kepada driver taksi. dia menganggung tanda setuju. aku dan Zaza masuk ke dalam teksi. yang kemudiannya meluncur ke lokasi.
jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.10 ptg. "aduh! lewat lagi aku. janji jumpa pukul 1.45"-getus hati ku. lima minit di perut teksi, kami tiba di lokasi. Dr Irwan dan sorang anak muda sedang enak berbual-bual. sudah lama mereka menunggu kami. "sorry lambat..."- perkataan pertama aku kepada mereka diiringi sekuntum senyuman manis sambil tangan menghulur salam.
eh kejap. aku ni nak tulis cerpen ke nih? :)
tengah hari rabu kelmarin, aku dan Zaza gi jumpa Dr Irwan kat Restoran Syed, Lucky Garden, Bangsar, KL. jumpa Dr Irwan sbb nak kasi free copy Goblog sebagai tanda terima kasih kerana banyak membantu aku dalam menjayakan Goblog. ada orang muda kacak bergaya bersama Dr Irwan. Amir Mukhriz namanya. aku tak kenal dia.Zaza cakap dia penulis. dah beramah mesra, baru aku tahu Amir ialah penulis zine Sabotaj.
perbualan aku dgn Dr Irwan agak rancak. dan sekali sekala dicelahi Amir. juga Zaza.
dalam masa berbual2 tu Dr Irwan ada hadiahkan aku dan Zaza senaskah majalah SASTERA.NET dan juga note book ESASTERA.COM. aku dapat notebook kaler merah. Zaza dapat kaler purple. satu lagi notebook kaler hijau. untuk orang kelantan kata Dr Irwan dalam nada bergurau.hehe. "nanti bolehlah u promote majalah ni kat blog u"-Dr Irwan. "eh boleh boleh.takde masalah"-aku.
beberapa ketika kemudian amir Mukhriz tunjuk zine Sabotaj isu 2 yang baru rilis dan siap sedia utk di jual. aku cakap Sabotaj isu 1 aku tak tgk lagi. dia keluarkan Sabotaj isu 1 dan dikasi ke aku utk dibelek2. aku tanya, berapa harga satu zine nih. dia cakap RM4 satu. tiba2 Amir kasi Sabotaj secara percuma kepada aku. dan jugak Zaza. aku pun tanpa berfikir panjang menghulurkan Goblog kepada Amir.percuma.sebagai tukaran dan tanda persahabatan.:)
Dah masing2 dapat buku yang ada tercatat nama masing2, maka bermulalah sesi autograf.hehe. aku+zaza+drirwan+amir bertukar2 tanda tangan.:)
ok skang aku nak promote skit buku2 yang aku dapat nih.:).
aku mulakan dengan zine Sabotaj#2 yang baru abis aku baca kejap tadi. Zine yang dicetak atas 8 helai kertas A4 ni memuatkan karya 4 penulis agong, iaitu, Jigo, Op, Amir dan Vovin. aku kategorikan zine ni sebagai bahan bacaan ringan. sbb semua tulisan terkandung tak memerlukan kemahiran berfikir untuk memahami setiap isi tulisan. mesejyang disampaikan straight to the point. dan kadang2 mampu membuat ko ketawa kecil.hihi.:P. aku suka layout zine ni. simple dan kemas. tak payah pikir panjang. kontek Amir dan beli zine Sabotaj ni sebelum abis.
Majalah Sastera.Net yang memaparkan gambar A.Samad Said di muka depannya merupakan majalah baru yang dikeluarkan oleh geng komuniti ESASTERA.COM yang diselenggara oleh Dr Irwan. konten majalah ni aku tak abis baca lagi. tapi aku tgk sepintas lalu, majalah ni banyak mengangkat isu sastera dalam keadaan sekarang. keadaan yang tak boleh tak ada komputer.
ada cerpen. ada artikel. ada puisi. ada info terkini esastera.dan ada nama aku.nama aku kuar majalah beb.jangan tak tahu.haha.:P. tapi bukan nama aku jek. nama korang pun ada. kat bawah ni sebahagian artikel aku highlight agar korang beli majalah ni. terutamanya yang ada nama mereka.hehe. (pancing baik punya nih.hehe.:P)
"...kelahiran Jiwa Kacau telah disusuli dengan Jongkang Jongket (Mat Jan), Ayah Kita Bos (Tok Rimau & Sinaganaga), dan yang terbaru, Goblog (gabungan 13 penulis blog diselenggara oleh Dhani Ahmad). Selain dalam bentuk buku, tulisan-tulisan blog ini ada juga diterbitkan dalam format majalah seperti Gangguan Teksual (ahli kominiti Geng Jurnal,diselenggara oleh Tok Rimau), Sabotaj dan Sabotaj 2 (Op, Jigo, Amir Mukhriz dan Vovin)"- petikan tulisan Amir Mukhriz
"di Malaysia, blook pertama yang diterbitkan oleh Geng Jurnal dan diselenggarakan oleh Basri Nor Mohd. Di luar Geng Jurnal, blook pertama yang diterbitkan ialah Goblog (yang diselenggarakan Dhani Ahmad)" - petikan tulisan Dr Irwan
Tok Rimau, Amir, Faisal Tehrani adalah sebahagian daripada kolumnis majalah Sastera.Net ni. harga zine Sabotaj RM4. ko tambah RM3 dah boleh dapat majalah Sastera.Net. RM7 untuk senaskah majalah pro-printed yang ada 64 muka surat bercetak adalah sangat berbaloi. aku tak paksa korang beli. tapi kalau nak beli, masuk kedai ni: Kedai Esastera
saya rasa cukup dulu sampai di sini. saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun.
PECAH KACA
PECAH GELAS
SUDAH BACA
HARAP BALAS.
sekian. terima kasih. muahs! ;)
No comments:
Post a Comment