30 September 2006

Mempraktik Cara Hidup Sihat

Sebut saja perkataan punk, pasti terlintas di fikiran, kelibat anak-anak muda yang berpakaian pelik, dengan rambut mohawk mencacak yang berwarna warni, jaket kulit yang dipenuhi dengan patches dan stud, serta mengamalkan cara hidup bebas. Arak, dadah dan seks bebas tidak dapat dipisahkan dengan punk.

Itu sisi gelap punk yang sering dimomok oleh media arus perdana. Namun semua kita ketahui, ada keburukan maka ada juga kebaikan.

Tidak ada yang bagus tentang punk. Itu yang kebanyakan masyarakat tahu. Yang masyarakat tidak tahu ialah, wujudnya idealogi straight edge dalam komuniti punk.

Straight edge (sxe) adalah satu idealogi yang mempromosi cara hidup sihat. Tidak merokok, tidak mengkonsume dadah, tidak minum arak, dan tidak mengamalkan seks bebas. Ini adalah agenda besar yang dibawa idealogi sxe. Berarti, para pengamal sxe (straight edgers) bebas dari rokok, dadah, arak dan juga seks bebas.

Straight edge telah diperkenalkan buat pertama kali di Washinton D.C. oleh Minor Threat seawal tahun 80-an. Minor Threat adalah sebuah band punk yang terkenal pada era tersebut. Melalui lagu "Out Of Step" dan juga lagu "Straight Edge", Ian Mackaye (vokalis Minor Threat) menulis sebuah lirik yang menerangkan tentang sxe. Dalam masa yang sama mengajak para pendengar mempraktik cara hidup sxe tersebut yang secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan hidup kepada produk-produk kapitalis. Dengan alasan tersebut, ramai straight edgers mengatakan "straight edge adalah politikal".

Idealogi yang muncul di Washinton D.C. ini mula diamalkan secara meluas sekitar tahun 1981 – 1983. Telah merebak ke seluruh dunia. Dan kita sxe telah pun bertapak di bumi Malaysia.

Tidak hanya setelah mendengar lagu dari Minor Threat seseorang itu menjadi sxe. Mereka menjadi sxe dengan alasan-alasan tersendiri. Ada yang menjadi sxe atas alasan kesihatan. Ada juga atas alasan politik. Biar apa pun alasannya, yang pasti idealogi sxe yang bermula melalui musik ini diperluaskan sebaran info nya melalui kertas-kertas bercetak sehinggalah dibukukan. Melihat situasi perkembangan sxe di Malaysia, ianya banyak berkembang melalui zine-zine. Antara zine sxe yang popular di Malaysia ialah Out Of Step, Maximum Think, Sadis dan Thinking Straight. Sementara band yang mendukung idealogi sxe pula ialah Second Combat, Nostalgia, Eleven, Channel X, Last Minute dan banyak lagi.

Kebanyakan para straight edgers juga adalah pengamal cara hidup vegan ataupun vegetarian. Yang mana ialah lebih tertumpu kepada usaha-usaha menyokong hak asasi haiwan.

Pada kebiasaannya para straight edgers akan menandakan tanda "X" pada belakang tangan mereka di setiap acara musik yang mereka hadiri. Secara simbolik, simbol "X" tersebut mengatakan tidak kepada rokok, dadah, alkohol dan seks bebas. Tidak juga buat kapitalis!

1 comment:

Anonymous said...

Yes exactly, in some moments I can bruit about that I acquiesce in with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is quiet a suspect as you did in the decrease delivery of this beg www.google.com/ie?as_q=cheaphotelscom ?
I noticed the phrase you have not used. Or you partake of the dark methods of development of the resource. I take a week and do necheg