Habis Gelap Terbitlah GOBLOG
Oleh: Dhani Ahmad
Bermula dengan Jiwa Kacau, diikuti dengan Jongkang Jongket dan Ayah Kita Bos, kini muncul pula Goblog.
Goblog merupakan sebuah buku yang memuatkan koleksi tulisan 13 orang penulis blog, lelaki dan wanita, yang mana tulisan mereka diambil dari weblog masing-masing dan kemudiannya dibukukan. Buku dwi-bahasa ini mengangkat topik kehidupan sebagai tema. Kehidupan yang merangkumi segala macam isu seperti cinta, seni, politik, aktiviti hidup dan sebagainya.
Kelahiran Goblog yang dilancarkan secara rasmi oleh pihak penerbit pada 13.8.06 yang lepas telah menjadikan jumlah terkumpul blook (blog + book) yang ada di Malaysia setakat ini kepada 4 buah semuanya.
Goblog mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai buku pertama yang dihasilkan oleh komuniti d.i.y punk/hardcore, yang mana kesemua penulisnya adalah penggiat komuniti indipenden tersebut. Papakerma Press selaku penerbit buku ini juga diuruskan oleh anak muda yang bergiat aktif dalam komuniti yang sama.
Menurut editor Goblog, idea asal untuk menerbitkan Goblog tercetus setelah beliau merasakan sudah sampai masanya *zine dibaca oleh semua golongan, bukan hanya terhad kepada pembaca di komuniti d.i.y sahaja. Jadi, Goblog adalah representasi kepada sebuah zine yang dicetak secara pro-printed dalam usaha untuk meraih pembaca dalam skala yang lebih besar.
Secara keseluruhannya, isi kandungan Goblog tidak banyak perbezaan dengan blook-blook sebelumnya. Cumanya, para pembaca akan dapat merasai feel pembacaan sepertimana kita membaca tulisan di weblog sebenar. Ini kerana, Goblog sememangnya mengekalkan gaya tulisan asal para penulis sepertimana meraka menulis di weblog. Dengan kata lainnya, Goblog tidak menggunakan bahasa rasmi yang telah ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi menggunakan bahasa slanga yang bersahaja. Kerana Goblog adalah produk yang dikeluarkan oleh komuniti d.i.y, makanya melalui Goblog para pembaca dapat menyelami dan mengetahui serta merasai pengalaman-pengalaman hidup para penggiat komuniti d.i.y.
Kebanyakan penulis Goblog masih bergelar pelajar IPT. Jadi, Goblog adalah hasil kerja orang muda untuk kita semua. Satu buku, 13 penulis muda, 13 gaya bahasa berbeza, bermacam-macam kisah hidup.
Buku setebal 176 muka surat yang diterbitkan Papakerma Press ini dijual dengan harga RM20 senaskah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Goblog, sila layari website penerbit di www.papakerma.com atau layari weblog rasmi Goblog di www.goblog2006.blogdrive.com
*zine adalah buku yang dikeluarkan sendiri oleh penulisnya.

No comments:
Post a Comment